Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, November 13, 2008


_Konsep setia kawan. Malam semalam. Lepas kelas.

Soalan rambang pertama.

"Apa nama sahabat anda..?"

Masing-masing jawab nama kawan baik sendiri.

"Faris."
"Normah."
"Ani."
"Izat."
"Bini saya.."
"Si polan.. si polan.."


Soalan rambang kedua.

"Dalam masa 10 minit, kalau kena serang, siapa yang datang tolong kita? Kalau ada yang betul-betul datang tolong masa kesusahan tu, itulah dia namanya sahabat."

Ya juga.

Aku sokong 808%. No offence. Tapinya. Macam aku juga. Aku susah nak wujudkan istilah sahabat. Except. Kawan rapat. Kawan tak berapa nak rapat. Kawan tapi tak rapat. Kawan tak rapat langsung. Kawan tak kawan. Itu semua banyaklah.

Sebabnya.

Betul kata penyelia kelas aku. Dalam masa 10 minit ditimpa kesusahan, siapa yang datang tolong. Mana ada siapa-siapa. Cuma kaki dan tangan semata. Diri sendiri seadanya. Kesimpulannya. Kaki, tangan, mata, hidung dan mulut. Kaki tangan kerajaan semata. Pendek katanya, diri sendirilah sebaik-baik sahabat.

Aku rasa.

Sahabat itu bermaksud.. segala-galanya pun didahulukan demi untuk sahabatnya yang lagi satu. Walaupun dia dalam kesusahan. Walaupun dia dalam kelaparan. Walaupun dia tinggal separuh mati. Walaupun nyawanya dihujung tanduk. Tetap didahulukan teman. Semua keutamaan diletakkan pada sahabatnya semata. Menangis saing. Makan sepinggan. Tidur sebantal. Susah sama dipikul. Senang sama dibaling saja. Semuanya serba-serbi saing. Buang air besar kecil bagai pun saing.

Simpel saja term sahabat itu.

Ada bila diperlukan. Ada bila tak diperlukan. Pakai tak pakai. Tak pakai, pakai pun tetap ada saja. Makanya. Pasal itulah ayat 'Jaga Diri' diberanakkan. Jaga diri. Mekap peribadi. Tak kisahlah pakai MAC ke. Avon ke. Mabelline ke. Oil of Ulay ke. Apa lagi entah nama jenama-jenama kosmetik plastik mat saleh ini. Belasah kering saja.

100 Plus.

Manusia naif zaman ChokiChoki sekarang ini kena lebihkan diri sendiri semata. Kerana dirimu begitu berharga. Tagline jenama apa entah. Lagi juga. Perlu bersikap selfish dan acuh tak acuh dengan orang lain. Semuanya 'jual ikan' belaka. Aku termasuk sama. Tak terkecuali langsung.

So.
Tanya sikit, korang ada sahabat ke_

Kategori:

9 Responses to "Setia Kaki Tangan Kerajaan"

janesach said :
November 14, 2008 at 10:22 AM
Dulu rasanya ada. Skrg dah buat hal masing2. Maklumlah dah berlaki. Laki jadi sahabat. Bukankah pelik kalau susah, org lain yg tolong, bukan laki?

Dululah. Pernah masa kerja, demam. Bagitau saja2 dkt seorg sahabat. 20 minit kemudian; dia ada di bawah pejabat, nak bawa ke klinik dan hantar balik ke rumah. Sungguh terharu.

Tapi sahabat ini juga yg menikam belakang. Sungguh haru.
aku said :
November 14, 2008 at 5:39 PM
terasa..

papepun bagi aku ko adelah sahabat, tak kesah la
Hajar said :
November 14, 2008 at 9:41 PM
haih, kebanyakan manusia yang pernah mengaku jd 'kwn baik', 'sahabat karib' saya itu adalah orang yang dah berjaya menikam saya berkali2.

jadi?
mari kita menerapkan konsep 'jual ikan'.
kopi said :
November 15, 2008 at 11:42 PM
sahabat..mmg susah nak cari..tapi kalau dah jumpe tu..susah jugak nak jage..kdg2 prblem kecik boleh buat gaduh besar.betul la kdg2..kite nmpak titik hitam je kat 1 kertas putih..he2..dah jauh pegi dah ni..
famia said :
November 16, 2008 at 5:57 PM
jane: hm. sahabat juga manusia biasa. tak lepas dari benda-benda mcm tu.

kau: aku bukan kawan yang baik. tinggi sangat tu kasta ko letakkan.

hajar: to be alone is better kot. hehe.

kopi: hehe. understood.
November 16, 2008 at 7:16 PM
sahabat. hurm. susah nk ckp. dlu ada kawan smpi kiok. tp bila ade komitmen. huuu. susah nk ckp. lalallaa... i slmt kan u boleh.

ps: kelas ape lg. bkn da kije ke?
famia said :
November 16, 2008 at 9:17 PM
ST: selamatkan tang mane tu? hehe. kelas 'seni gerak'. da keje pon bole belaja lagi ape. kan. hehe.
November 18, 2008 at 7:12 AM
seni gerak tue kelas ape? seni? tarian? yea. keje pon boleh belaja. hanya org stamina mantap dan otak cerdas je. huhu!

cuba letak code neh nk kasik ilang kakitangan feedjit n myblogblog kat css.

.FJ_Heading {display: none;}
.FJ_TrafFoot {display: none;}


.mbl_fo_hidden {display: none;}
.mbl_h {display: none;}
famia said :
November 18, 2008 at 11:05 AM
ST: hehe. tengs di atas keprihatinan anda. eniwei.. seni gerak tu seni dalam bergerak. hehe. tarian? hoho. no. no. ape gune menari kalo tak reti bela diri. kan. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.