Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, November 24, 2008


_Setiap manusia ada super power.

Ini memang built in punya super power. Standard. Tak ada nak modify hantar bengkel. Apa korang ingat Superman, Spiderman, Batman dan segala man yang lain je ke ada super power. Ordinary man pun ada tau. Macam kita, contohnya. Cumanya. Antara sedar dengan tak sedar je. Tapi memang iya. Kita semua ada super power.

Super power KITA, berjuta ganda lebih hebat daripada segala man itu. Iya. Percayalah woi. Tak payah nak pakai 'seluar kecil' dekat luar. Dahlah ketat. Berdarah-darah hidung manusia sejagat. Bukannya hebat. Percayalah woi. Tak payah nak pakai kereta kebal gila bersayap boleh tukar-tukar macam transformer. Tak payah itu semua.

Percayalah dengan super power kita.

"Lu tak caya sama wa ke beb?" Mat Pet (Malaysia).

Wa caya. wa ca.. yalah ni.

"You don't trust me?" Harry Potter (UK).

Trust. Trust. Unit trust.

"Lo nggak cayain ama gwe dong?" Dewi Sastroyo (Indonesia).

Cayain. Cayain. In aja dong.

Dulunya. Aku tak berapa perasan super power ini. Maklumlah. Tengah jahil. IQ pun memang rendah. Mak bapak bagi nasihat berbuih-buih pun macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri kadang. Tak pun telinga tiba-tiba berasap. Panas pun iya juga kadang. Memang satan masih menggelegak dalam jiwa.

Satu hari..

Dua hari..

Tiga hari..

Berhari-hari..

Bila datang kesusahan. Bila susah hati macam dunia dah nak kiamat dan tak sempat bertaubat. Bila sedih hati sampai nangis berguling-guling macam dalam dunia ini kita seorang je yang paling malang. Bila datang ketakutan macam semua jenis spesis hantu dan iblis tengah berkumpul dalam jarak 3cm dekat belakang kita.

Bila datang semua perisa jiwa.
Di situlah keluarnya super power kita.
Super power yang paling power dalam dunia yang power ini.

SELAWAT.

Kenapa aku kata super power.

Itu memang super power built in. Tertanam secara kekal. Tak dapat dicarigali. Dalam setiap hati kudus manusia. Yang mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan yang mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Macamana nak tahu super power itu ada power.

Senang je. Nak tau power tak power. Setiap kali kau bangun tidur. Kau test super power itu. Baca selawat. Setiap kali kau nak gosok gigi. Baca selawat. Nak pakai kasut. Baca selawat. Nak buka pintu. Baca selawat. Nak masuk kereta. Baca selawat. Setiap perbuatanlah pendek katanya. Verb orang putih kata.

Bukan takat itu je kau test super power.
Semua takat tau.
Baru kacak.

Bila kau kena tinggal awek/balak.
Bila kau ditimpa dugaan (yang kau panggil malang waemah bukan).
Bila dateline hari itu.. tapi banyak lagi kerja tak siap.
Bila berdebar-debar nak kena buat presentation depan bos.
Bila kepala tiba-tiba blank tak tahu nak jawab soalan test.
Bila nak makan tiba-tiba tak ada duit.
Bila kena marah dengan bos/kawan/mak/bapak/cikgu/bf/gf.
Bila terasa nak maki mencarut di tengah jalan raya.
Bila berjalan seorang diri malam-malam tengah sunyi.
Bila tak ada duit nak bayar hutang bil bagai.
Bila susah hati laptop hilang.

Dan. Semua bilalah pendek katanya. Tak ada kerja aku nak senaraikan semua 'bila' dalam satu dunia ini. Gila tak kacak. Harapan tulus ikhlasku. Semoga kau orang sedar diri bahawasanya, kita semua ada super power yang paling power seorang satu dalam dunia ini.

So, percaya tak sekarang_

Kategori: ,

7 Responses to "Rahsia Super Power"

indrasakty said :
November 24, 2008 at 9:23 PM
Wah, hebat! (dengan nada baru tersedar dari mimpi)

Nanti mari kita tulis satu skrip filem superhero yang bukan pakai baju merah, muka macam kering, lawak tak berapa lucu, CGI lebih dari sudu (dan lain-lain kritikan ikhlas), tapi skrip filem superhero dengan super power seperti yang cik puan nyatakan di atas.

Mungkin ini boleh berikan inspirasi positif dalam minda anak-anak cik puan nanti suatu masa.

Harap-harap.
RieNa said :
November 25, 2008 at 7:59 AM
saya percaya.

setiap kali kehilangan barang, saya akan berselawat byk byk byk.

lps tu tak lama mesti brg yg hilang tu akan muncul dpn mata.

magis.
famia said :
November 25, 2008 at 10:05 AM
indrasakti: hehe. kenape kena minda anak2 semata. orang tua tak boleh ke? waemah orang tua lagi ramai buat dosa. kita pun kategori orang tua juga. terapkan pada yang tua dulu.. yang muda tu kita paksa selow2. oke? hehe.

riena: ha bagos. super power itu telah menunjukkan powernya. bagos.
November 27, 2008 at 10:32 PM
nice!
famia said :
November 28, 2008 at 2:19 PM
dboy: hah. nice too! :p
November 28, 2008 at 7:09 PM
penulis belog ini ada aura super power. hehe. kata2 dia satu penangan yg best. tp satu je. dia lupa petrol da trn harga!
famia said :
December 1, 2008 at 9:47 AM
ST: haha. assalamualaikum.. minyak baru turun takat rm2 je oke. belum turun lagi dan lagi pun.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.