Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, November 04, 2008


_Apa punya jenis percutianlah entahnya.

Gila penat berganda.

Percutian yang tak dapat dilupakan. Memang kenangan. Percutian anak dara 4 sekawan. Dan 1 hero. Budak-budak VersaPAC semata. 4 hari. 3 malam. Dengan Maverick. Si hero. Ha.. Maverick ini bukan watak baru. Ini memang kawan Nami. Seekor Myvi juga. Hitam manis tapinya. Wataknya.. boleh tahan. Tall. Dark. Dan kacak. Potongan badan juga agak kencang. 36 28 40. Kulit berkilat. Dengan debu-deban. (Hihihi.. jangan hot ya tuan Maverick..~~)

Kiranya.
Memang penat berganda.

Perak.
Jumaat. Destinasi Kampar. Sedut oksigen. Sedekah karbon oksida. Sedut. Sedekah. Sedut. Sedekah. Lalu Taman Tasik Taiping. Jumpa pokok-pokok sujud. Menyembah bumi. Makan Yong Tau Fu sampai ke Taiping. Gila terbaik. Dia punya feel.. memang tak terkata. Tengok Taiping cuba. Baru tahu leleh tak leleh dia punya saliva. Memang kacak dia punya rasa. Malam pertama kami di situ.

Pulau Penang.
Sabtu. Destinasi Bayan Baru. Sedut oksigen. Sedekah karbon dioksida. Lari-lari manja tak bertempat sekeliling pantai Batu Feringgi. Main baling-baling air. Nak mandi tak lepas. Masing-masing usung seluar jeans sehelai. Basah suam-suam kuku saja. Night marketlah sasaran pertama. Tak ada yang lain di hati. Cumalah dia semata. Dalam 3 jam bertawaf satu night market. Memang tak ada kerja. Malam kedua kami di situ.

Pulau Penang. Lagi.
Ahad. Destinasi Batu Feringgi. Jalan-jalan sedut oksigen tak berapa nak tercemar sekitar Persiaran Gurney. Ini semua gara-gara nak cari jalan ke Bukit Bendera. Gila tak jumpa. Waktu tak nak pergi, jumpa pula papan tanda dia. Tak guna. Faham-faham saja takdir aku dengan jalanraya. Memang gila sesat, jalan tak jumpa. Sedih. Sedih. Kesian Dani. Kempunan. Lepas Gurney, balik samak segalanya. Layan Night Market lagi. Puas gila. Manusia dah kurang. Maklumlah. Esoknya kerja. Kami saja yang tak ingat nak balik. Sayang KL, tinggal-tinggalkan. Malam itu. Malam terakhir kami di situ.

Kuala Lumpur.
Isnin. Lewat petang nak ke senja baru sampai. Penat memang tak ingat punya. Dengan selsema dan sakit tekaknya. Dapat habuan pendek katanya. Berlipat ganda. Memang terasa deritanya. Utara punya cuaca. Memang kering semata. Awannya kena sorok kalau tengok pada gayanya. Memang panas lagi kering tak ingatnya. Pening gila kepala. Memang terasa bahang api neraka. Fuh..~~

Hah. Nak apa mendanya. Habis sudah. Itu saja_

Kategori: ,

11 Responses to "Percutian Bercuti"

indrasakty said :
November 4, 2008 at 10:23 PM
Ohh.. nasib baik selepas tempoh tersebut, manusia jadian masih selamat ada (rujuk entri sebelumnya).

Tahniah dan selamat menjadi lebih kuat.
kel@mbu said :
November 4, 2008 at 10:33 PM
x borong dvd pirate kt tanjong ka? heaven!
RieNa said :
November 5, 2008 at 8:21 AM
hah,sesat lagi???
padan muka..itulaa..mai penang takmau habaq kat aku.
aku bleh jd tourist guide.
setakat bukit bendera,kacang je beb!!!
famia said :
November 5, 2008 at 9:57 AM
indrasakti: haha. alhamdulillah. masa ada kesempatan nak benapas. boleh topup bekalan sikit2.

kelambu: uishhh.. itu menu utama. mestila borong!

riena: wohhhh.. kamu penangkah. haha. bukit bendera aku penah sampai. sekali saje. tapinya. itulah. aku takda jodoh dengan jalanraya.sedih sedih.
Dani neh said :
November 5, 2008 at 1:32 PM
nak gambaaaa...

aku nak buat entri blog jugak :P~ ahehehe.. boleh la boleh la..
nurjihad said :
November 5, 2008 at 2:58 PM
loh..nape tak singgah sitiawan..
boleh meronggeng disini dulu..
eheheh:P
tuanpunyemeverik said :
November 5, 2008 at 4:12 PM
jom gi bercuti lg... leh kite main game "mari teka artis didalam meverik" lagi... muahahaha

bile nk baik demam ni... huwaaaaa...
November 5, 2008 at 5:10 PM
kat kl xde dvdrip da ke? hehe! lenkali kalo nmpk kelibat maverick, gua akan panggil polisi. hehe!
Anisa Ahmad said :
November 5, 2008 at 8:02 PM
trip yg superb!!!
pasni kite g kote/bukit tinggi...(xsure which 1)
cam menarek jerk..

ok kak huzai..
wake me up when DECEMBER ends yeh..

hehehe
famia said :
November 6, 2008 at 7:16 AM
dani: oke oke. nanti aku passing ye gi uma ko.

nurjihad: hehe. bagi alamat la kak. baru boley cerita sampai tak sampai.

sumi: haha. jom. taman negara next oke.

ST: ada kot. tapi kualiti tak bagus. mahal gila. rm8. penang.. rm4 saja. nikmat!

anisa: haha. kite gi taman negara. amacam? ada keberanian?
daineso said :
November 11, 2008 at 11:11 AM
besnyer dpt gi jalan2

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.