Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 19, 2008


_Ada satu benda yang paling susah aku nak faham.

Lelaki memang gagah. Kental. Tegar. Sasa bagai. Tengok macam 'The Rock'. Memang kentalkan. Tough. Badan berketak-ketak ototnya. Bukan takat 6 ketul pack dekat perut dia. Dah 8 nak ke 10 barangkali. Itu baru The Rock. The Sun. The Moon. Belum lagi ahli bina badan macam Encik Malik Noor, Encik Arnold Schwazenegger dan Encik Rambo.

Hah.
Sasa kan mereka.

Ada juga lelaki gagah yang datang bersama pakej otot lain. Angkat bangunan pakai telinga. Tarik jentera pakai misai. Gantung batu-bata pakai lidah. Tarik kapal terbang pakai lubang hidung. Misteri nusantara sungguh. Memang suntik apalah organ mereka ini. Gila kental dan tegar.

Tapinya.

Ada satu benda yang paling susah aku nak faham. Homo sapiens berjantina lelaki yang gagah dan sasa dan kental dan tegar dan kacak ini. Yang memang tiada tandingan kalau nak dibandingkan dengan homo sapiens berjantina perempuan.

Macamana Encik Sponge Bob 'berseluar kotak tak berapa nak siap dan kalau picit-picit keluar air boleh sental badan' itu berjaya menarik hati lelaki?? Dan lagi sebiji. Seekor penguin yang bijaksana, degil, gigih, kental tetapi katik dan selalu miming keluar suara Eskimo macam tak siap bernama Pingu.

Rata-rata member lelaki dan adik lelaki dan saudara lelaki aku yang lain semua kaki kipas mati keras (die hard fan) Span Kuning Lembut Penyental Badan aka SpongeBob dan Pingu katik.

Tak kena

Kena ke?

Mana kena. Tak patut kena ini. Tak faham. Tak faham_


Kategori:

14 Responses to "Lelaki Span"

November 19, 2008 at 11:57 AM
wahahha. gwe pun tgk. ekeke! cane? gwe tgk pingu je. sbb layan ngan ank buah!
kel@mbu said :
November 19, 2008 at 2:21 PM
tak fhm? tah aku pun tak fhm.. aku rsa orait ja.. lainlah kalu lelaki tu lyan rncangan memasak.. mmg aku super tak faham..
famia said :
November 19, 2008 at 5:00 PM
ST: see. majoriti lelaki semua kaki span kuning.

kelambu: laki kalo masak2 itu adalah normal brader. untuk hidup perlu makan. untuk makan perlu masak.
Dani neh said :
November 19, 2008 at 5:31 PM
aku tak ske pingu..
tahapehape tah bahasa

spanj bob.. boleh aaa.. sengal2b*d*
orangkubikelbelakangko said :
November 19, 2008 at 9:11 PM
aku bkn laki.. ape lg bdn ketak2.. tapi aku suke je pinguuuu.... sbb pingu la aku sanggup bgn awal pg time2 wiken.. lps abis cite sambung tido blk.. muahahahaha..

aku pon suke je spanbob.. n sbb spanbob la aku sanggup x tido or kuar umah ptg2 time2 wiken... kekeke..

see.. ade pekdahnye suke tgk katun..

tp tu dulu la.. skang kalu sempat je br layan.. huhuhuh.. :P
ezad said :
November 19, 2008 at 9:22 PM
aku suka suka pamela anderson...
badan dia pun ketak2 gak..

ahahaha
callister said :
November 19, 2008 at 10:05 PM
haha..2 yang pelik 2..
memg xsesuai pun..
indrasakty said :
November 20, 2008 at 12:30 AM
Siri tivi yang dimaksudkan dalam entri di atas boleh disifatkan sebagai mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(1) Ringkas - Kamu cuma perlu buka tivi dan baring dengan selesa untuk menonton siri terbaru tanpa perlu fikirkan sambungan siri sebelum ini (seperti menonton sinetron atau drama koreajapan).

(2) Ringan - Kamu tak perlu fikir apa-apa untuk ketawa dan berhenti ketawa.

(3) Segera - Seperti paket mi yang cepat dimasak dan cepat habis, siri ini boleh kamu lupakan setelah tamat siaran tanpa sebarang rasa terkesan di jiwa.

(4) Tiada sesalan - Kamu tak perlu berasa tegang dengan jalan cerita, atau mimik muka, atau apa sahaja kerana jelas hati dan perasaan kamu tidak dipermain-mainkan seperti mana kamu menonton siri kartun jepun atau Janji Diana atau Sembilu Kasih atau Mutiara Hati atau (namakan yang lain-lain).

Barangkali empat isi penting di atas jelas menggambarkan jiwa lelaki biasa.
famia said :
November 20, 2008 at 10:09 AM
dani: hahahaha. itula. tapi acit suke gile spongebob. alang kalo tak silap aku kaki pingu. haha.

me: haha. ko xpela. ko gadissssssssssssss. tapi kan. walopon pingu tu sengal kering.. kadang2 layan gak la. mcm zomba! zomba!

ezad: ko miang. sbb tu la.

callister: kannnn.. pelik.

indrasakty: haha. oke oke. point taken. so.. kamu ni peminat setia span kuning picit2 keluar air ngan penguin kaki katik la yek? gud.
Faiz said :
November 24, 2008 at 1:27 AM
erk..aku agak kebingungan cerita anda ini...
pning2..
famia said :
November 24, 2008 at 11:40 AM
faiz: takpe.. first time datang sini mmg biasanya orang akan pening2 lalat. kadang2 mereka kena migrain. kesianlah. panas sangat agaknya dalam ni. hihi.
Amirez said :
November 27, 2008 at 3:45 PM
haha.
sy tgk pingu sbb dipengaruhi adik bongsu.
sy tgk spongebob pun sbb dipengaruhi adik paling last.

sy cuma berketak 3 :P
famia said :
November 28, 2008 at 2:20 PM
mirez: heheh. berketak 3? whoaa.
AliF said :
December 1, 2008 at 10:03 PM
adukss...macam mane bleh tersesat msk
page dia nie...wakakaka

"kalaulah aku jadi suamimu.....
Kain Baju...aku Cuci "

Kalaulah aku....huhuhuhuhu

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.