Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, November 16, 2008


_Ini semua. Cerita pasal emosi berkumpulan. Kategori balada.

Semalam. Aku mimpi adik Uri meninggal. Entahlah kenapa aku suka mimpi sedih cemas berlipat ganda. Mimpi kena tembaklah. Mimpi orang meninggallah. Namun begitu, orang-orang tua kata mimpi-mimpi macam itu selalu maksudnya berlawanan. Semogalah.

Dalam mimpi itu. Aku bagitahu emak, adik Uri dah tak ada. Sayu betul. Sobbing. Bersungguh-sungguh sedihnya. Sampaikan aku terjaga, aku masih sobbing. Mata berair. Hidung bermukus.

Ganas betul penangan CGI mimpi.

Dan sepanjang pagi tadi. Sampai ke malam. Kami semua sms dia bertubi-tubi. Tak dibalasnya. Kadang-kadang macam tak sedap hati. Tapi kena terapkan bersangka baik. Semoga dia masih panjang umur. Aku tak harap mimpi aku jadi kenyataan walaupun aku tahu semua itu ketentuan Dia. Semogalah. Tak sedap hati dibuatnya.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Semalam juga dapat sms. Salah seorang budak kelas 'Seni Gerak' aku accident. Betul-betul lepas kelas Jumaat malam Sabtu itu. Motornya terbabas masuk longkang. Kepalanya terhantuk. Pendarahan dalaman. Masuk ICU. Koma sekejap. Baru lepas operate malam semalam.

Dengar khabar, keadaan dia dah stabil sikit. Waemah baru Jumaat malam itu aku passing beg dia. Walaupun dia seorang 'mamat'. Tapi masih sebati memakai beg warna pink. Memang takdir tak dijangka. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Tadi malam juga. Ain sms. Katanya, aku bakal jadi makcik. Whoaaa..! Alhamdulillah. Gembira dalam duka. Gembira tang dia dapat rezeki anak. Duka itu pula. Entah datang dari mana. Mungkin sebab terfikir rezeki sendiri yang entah bila agaknya. Sayu dalam duka juga.

Takpelah. Kalau di dunia tiada, kata ketentuanNya. Aku tunggu dekat akhirat sana. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan. Mana tahu kalau esok lusa bertemu jodoh. Whoaa..

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Gara-gara nak masuk tahun 2009_

Kategori:

6 Responses to "Emosi Kategori Balada"

kel@mbu said :
November 17, 2008 at 2:20 AM
x plik pun.. pmpuan mmg mkhluk emosi.. :P
shafarina said :
November 17, 2008 at 8:55 AM
Anak sedara pun kategori anak jugerrrr :)
danineh said :
November 17, 2008 at 9:38 AM
Ain pregnen!!!

lambatnye aku ketahuan.. uhu.. tak aci
callister said :
November 17, 2008 at 4:55 PM
huhu..byknya kisah famia..
tapi kalo mimpi yang mati2 memg takut la..
walaupun mimpi tapi xsuke la mimpi mcm 2..
DarkWan said :
November 17, 2008 at 10:50 PM
emm .. x silap aku mimpi buruk x baik cite2 kat orang. kalo cam menggangu pikeran sgt tu, bole le cite kat org paling rapat, kiranya spy x membebankan kepala.

kalau aku x silap ler ..
famia said :
November 18, 2008 at 11:03 AM
kelambu: haha. correction. Manusia mmg makhluk emosi.

shafa: ya. anak tekak dan anak lesung pun anak juge. hihi.

dani: aku baru tau juge. taktau sape lagi yg tau. hehe. akhernye.

callister: kann.. tau xpe.

dope: org tua kata ke? tak penah denga pule. aku tak cite kat sape2. aku cume tulis kat sini je. korang yg bace. haha.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.