Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, November 06, 2008


_Oke. Oke. Aku admit.

Tahap pendidihan memang sangat ketara tingginya. Bila kena tembak tepat dengan mata jejaka. Memang boleh tak keruan. Dengan berdebar-debar tak tentu arah secara tiba-tibanya. Peluh sejuk. Semua benda serba tak kena. Waktu-waktu macam itulah boleh jadi orang bodoh. Spastik. Memalukan diri sendiri. Normal kan.

Macam haram.

Jumaat lepas. Stesen minyak Petronas. Belakang Ampang Point. Ada pam kosong. Nampak macam kacak dari jauh. Memang mengundang masuk. So, aku pun masuk. Menonong begitu saja. Turun kereta dengan kacak embunnya. Tempat masukkan minyak pun dah ternganga. Tengok pam nombor berapa.

Nombo 9.
Diesel.

Ah.. sudah.

Silap masuk. Dah salah. Dah salah. Angkat muka. Tengok kiri kanan. Nampak brader Satria depan tengah pandang straight. Tepat. Masuk mata. Sengih tak bertempat. Smirking. Sambil isi minyak. Watak dia. Tak berapa tall. Tak berapa dark. Muka bumi beliau ada sikit kacaklah tapi. Dressing kacak juga. Kemas. Kemeja putih. Seluar jeans. Memang bunyi macam kacak.

Kalau tak.. macamana aku boleh transfer jadi bongok depan itu kan.

Nervous aku tau.

Sengih-sengih macam perasan manis. Brader itu pandang tak berkelip. Macam tak pernah tengok perempuan. Motif nak gelakkanlah itu. Sampai kesudahannya. Nak cover malu punya pasal. Aku buat-buat masuk kereta balik. Tutup pintu kereta. Capai handphone. Buat-buat macam tengah on the phone. Konon-konon. Waemah saja letak dekat telinga.

Nak cover punya pasal.

Aku drive. Aku blah terus dari daerah itu. Selaju mungkin. Brader itu tak lepas pandang. Sampaikan aku rasa tayar Nami boleh cair kena lazer mata beliau. Gila tak tahan. Tak guna. Malu malu. Panas muka dibuatnya. Berpinar-pinar kepala. Aku rasa dia Cyclops jadianlah. Sampai balik rumah pun aku tak tutup tempat isi minyak Nami itu. Bengang betul dengan diri sendiri.

Nervous aku tau_

Kategori: ,

8 Responses to "Berderau Diesel"

DarkWan said :
November 6, 2008 at 6:35 PM
"Aku buat-buat masuk kereta balik. Tutup pintu kereta. Capai handphone. Buat-buat macam tengah on the phone. Konon-konon. Waemah saja letak dekat telinga."

Ep. Menggunakan hensepon di pam minyak bole dikenakan denda sebanyak RM5,000.
famia said :
November 6, 2008 at 6:42 PM
dope: not in d' car no. pintu da tetutup. lagi pula.. aku nervous nak mati. haha. mestilaaa langgar saje segala denda.
November 6, 2008 at 7:12 PM
hah, apo?!? hehe. kecian. kalo datuk k tgk cane ek? smbl isi minyak dlm porshe. eekkee!
ezad said :
November 6, 2008 at 10:12 PM
wakakaka... nami ko minum diesel ke?
ok pe.. murah pun murah....

tp, jejaka tu memang pandang ko ke, atau ko je yang perasan?
ntah2 dia tgh pkkan masa depan dia ke, sampai tak perasan kan ko...

tapi apesal ek, asal nak cover malu je capai handphone...
dah skema agaknya lah!
famia said :
November 6, 2008 at 11:23 PM
ST: datuk K? sape tu?

ezad: o.
DarkWan said :
November 7, 2008 at 8:34 AM
"famia said :
dope: not in d' car no. pintu da tetutup. lagi pula.. aku nervous nak mati. haha. mestilaaa langgar saje segala denda"

pintu tutup pun, gelombang radio telefon tu boleh menyebabkan resonan pada molekul minyak dan menyebabkan kebakaran. ayat aku tu patutnya berbunyi jangan guna telefon bimbit di stesen minyak tapi aku tulis pam minyak. kakakaka.

well .. speaking of nervous, i have no comment further. kekeke.

(tapi nak abaikan statement aku di atas pun boleh .. aku fizik dpt 5 je masa SPM kekekeke)
nurnana said :
November 7, 2008 at 2:31 PM
aku selalu je ter park kat tempat diesel.
hihi.

tapi aku wat derk sambil survey harga diesel terkini.
indrasakty said :
November 8, 2008 at 1:17 AM
Ketahuilah, kini taktik berpura-pura dengan henpon demi mencover malu sudah terlalu klise dan bersifat natural-sifar.

Sebaiknya terima saja kesilapan dan menjerit spontan, "Lahh, diesel-lah pulakkk" seolah-olah sedang stress dengan perkara lain sehingga tak perasan (riak wajah juga perlu bersandiwara).

Setidaknya, itu boleh buat orang lain takut nak pandang-pandang (barangkali).

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.