Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, October 15, 2008


_Kau nak tahu contoh manusia ketinggalan zaman?

Hah.

Pagi tadi. Minyak tinggal 2 bar. Belum nyawa ikan lagi. Tapinya. Pasal malas gila nak tunggu dia blinking, aku pun pergilah isi. Saja. Nak bagi Nami sarapan pagi-pagi. Minyak Petronas memang lazat berbanding Shell. Alah. Minyak mana-mana pun sama saja. Kalau boleh isi minyak masak ke minyak sapi ke. Lagi lazat. Murah pun murah. Agaknyalah.

Dalam rm70, Nami bersarapan.

Mewah betul. Aku punya sarapan pun tak sampai rm3. Tahu tak Nami woi. Hah. Pagi tadi. Aku beli Pokka Pomegranate lagi. Teh Delima paling sedap dalam dunia. Dengan beli minyak sapi untuk Nami. Bersyukurlah Nami, gua sangat murah hati padamu. Lepas itu, apa lagi. Angkat. Tekan. Masuk. Picit.

Zreng...
Zrengggg...
Zengggggggg...

Bunyi Nami tengah teguk minyak.

Glukk..!

Nami sudah kenyang. Baru rm61.45. Woi! Biar betul. Aku dah bayar rm70 tadi. Apa pasal sikit sangat minumnya Nami. Kau 'minum tak kenyang, mandi tak basah, accident tak kemik' ke Nami? Macam manusia bercinta saja kau ini. Mengada. Dukalara aku macam ini. Aku tekan lagi. Saja paksa. Mana tahu dia saja buat perangai ke. Nak kata penuh tak nampak pula macam penuh perutnya. Tak melimpah ruah pula muntah minyaknya.

Glukk..!

RM63.08. Hesh.. boleh pergi lagi ini Nami. Come on man. Aku tekan lagi.

Glukk..!

RM64.85. Dah sendawa 3 kali ini Nami. Kena berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w. So, aku berhenti. Angkat. Lepas. Keluar. Tak picit. Pandang kanan. Tengok sikit berapa ringgit je dia sarapan.

Ehhhhhh...

Sejak bila harga minyak dah jadi rm2.30...????

Bukan rm2.50 ke. Hah. Inilah contoh manusia dah ketinggalan zaman. Entah berapa banyak zaman dia tertinggal pun tak tahu. DSAI dah jadi Perdana Menteri ke belum entahnya. Lamanya tak tahu berita dunia. Jangankan dunia, berita Kuala Lumpur pun tak habis khatam lagi. Ada hati nak tahu berita dunia.

Waw..~~
Macamana aku jadi manusia ini.

Kagum dengan diri sendiri. Aku rasalah kan. Nami lagi updated pasal berita dunia berbanding aku. Teruknya. Nasib baik budak stesen minyak itu bagi duit baki. Kalau tak, tak tahu nak cakap apa. Belagak lagi isi rm70. Tak pandang kiri kanan langsung sebelum isi.

Hah.

Apa lagi berita yang aku tak tahu_

Kategori:

20 Responses to "Tertinggal Zaman"

DarabDua said :
October 15, 2008 at 1:43 PM
wah!
besau jugak selera nami lu tuh kan.
LediAgli said :
October 15, 2008 at 4:40 PM
tu lah kau... DSAI belum jadi lagi PM.. dah 40sen turun.. kekekeek... saba eh.. ko kalu tak tau ape2.. jangan gabra.. ape kate ko kol aku hehehe
M-I-N said :
October 15, 2008 at 9:21 PM
mesti akibat overdose chokichoki nih.wah gile nyenyak tido 8 hari.hibernasi?
danineh said :
October 15, 2008 at 10:33 PM
aku tahuuu..
aku dengar kat redio mase drive...
[berbanding org yg dengar mp3 playa kaaaaaaan]

ahehehehe
indrasakty said :
October 15, 2008 at 10:52 PM
Hindraf diwartakan sebagai pertubuhan haram bermula hari ini. - Berita lain yang (mungkin) kamu tak tahu.
Sahrul Izam said :
October 15, 2008 at 11:17 PM
Harga choki choki Naik 40sen
sekian terima kasih.
lindosh said :
October 16, 2008 at 12:52 AM
aku pun tatau apa2 gak. smalam dalam sotkabar dah cakap arinih mungkin turun harga minyak. tapi aku tak baca pon. jadinya aku isi minyak penuh kemarin. ruginya aku
nuaeman said :
October 16, 2008 at 9:54 AM
Berita terkini! : Harga minyak akan turun lagi 50 sen bermula esok!!




tapi bukan minyak petrol laa.. minyak masak terpakai uncle Lim.. :)
landaklaut said :
October 16, 2008 at 12:33 PM
harga minyak dah turun, harga barang tak turun2! berita hangat utk hari ini. terima kaseyyy!!
aishah said :
October 16, 2008 at 3:07 PM
hoho...jiji ku belum diisi harga minyak baru lagi...
besar jugak tangki nami kau eh famia. nak sama ngan jiji ku.
:P
ezad said :
October 16, 2008 at 8:04 PM
wah.. breakfast sampai rm70.. baik jadi kreta mcm ni... kalo aku rm70 tu boleh pakai seminggu tuh...
famia said :
October 16, 2008 at 11:23 PM
darabdua: waw! memang besar. selera makan rakus.

ledi: haha. ape pule 40sen yang! dulu rm2.50. skang jadik rm2.30.. kira 20sen saje. ko tolak dr rm2.70 ke? dramatik sungguh.

min: hiber.. orang hiber memang begini. maneee dapat chokichoki.. mane maneee..

dani: ahkahakhakhaks.. ye yeee.. aku layan mp3 player saje.

indrasakti: yeke? ituuu memang tak tahu.

sahrul: mane ade naik.

lindosh: hehe. yeke. ko cube lagi.

nuaeman: coiiii.. bikin saspen sajeee pacik ni.

landak: haha. tu bukan berita. tu suara tak puas hati tu.

ecah: jiji ye name beliau. jiji.. nami.. sume ade 'i'... istimewaaa.. hari rayee...~~

ezad: kan.. tapi ni dah turun harge.. berapa tah full tank dia.
M-I-N said :
October 17, 2008 at 12:52 AM
famia : sabar kan sebahagian dari iman.sabar ye...sabar.:)
nurnana said :
October 17, 2008 at 11:50 AM
woi.15 oct la minyak turun.
ape da.

juju mkn rm 50 je dah full.
juju baik. tak mcm nami.
Aisyah said :
October 17, 2008 at 9:08 PM
wow. tahniah.

kaya gila isi rm70.

i gle kedekut nak isi.

simpan duit beli kasut lagi besh. haha
rOhock said :
October 18, 2008 at 1:29 AM
tumpang lalu sikit
kel@mbu said :
October 19, 2008 at 4:04 AM
kawan aku farah brit2 pun tak tau. apa kes?
famia said :
October 19, 2008 at 8:32 PM
min: ha sampai sudah. tengs byk2.

nananya: abes.. kuasa kuda dia besar. perot pon besarlah tu.

ecah: haha. dushh... *sambil menyipak Nami.

rohock: lalulah.

kelambu: biasalah. tertinggal zaman.
October 22, 2008 at 4:29 PM
perlukan PA?
famia said :
October 23, 2008 at 2:27 PM
ET: PA? as in.. power adapter ke? yess.. yes of course. haha.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.