Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 21, 2008


_Sabtu itu hari. Dalam LRT. Dengan Dani.

"Hari tu dekat KLCC ada SPR. Pelik aku." Aku.
"Pencegah Rasuah ke? Apa diorang buat kat situ?" Dani.

Automatik aku blank.

Aku pandang Dani. Dani pandang aku. Aku blank. Dani tak blank. Aku pula. Semakin-makin blank. Bila Dani tak blank. Aku lagi makin blank. Biar betul Dani ini. Isk.. Dani.. sila tolong fill in my blank. Biar betul budak ini. Nak gelakkan Dani pun macam serba salah. Tapi sebab dah kawan lebih daripada 10 tahun. Aku selamba kering saja gelakkan beliau.

Itu tanda keikhlasan.
Dalam perkawanan lebih 1 dekad.

"Hahahaha.. woi.. kesian betul. Itulah. Orang tak pernah mengundi. Dah 27 tahun pun tak pergi mengundi. Blablablabala.. hahaha.. blablablabala.. hahaha.." Aku gelakkan Dani pakai perkataan.

Baru macam sopan.

"Err.. salah ke?" Dani berkerut.
"Salahlaaaaaaaa.. mana ada Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Itu Suruhanjaya Pilihan Rayalah. Mana ada Badan Pilihan Raya. Kau ni.. "

Budak ini memang tak boleh diterima akal kadang-kadang. Macam akulah tu. So, korang semua nampak tak apa pasal aku kawan dengan Dani. Nampak tak? Hah. Nampak kan. Kalau nampak, sila paksa Dani mengundi next pilihanraya nanti ya. Paksa sehabis baik. Tolong mengundi untuk pihak dia pun tak apa. Asalkan nama dia tak wujud dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah itu.

Tolonglah.

Kesian beliau_

Kategori:

11 Responses to "Suruhanjaya Pencegah Rasuah"

capik said :
October 21, 2008 at 6:35 PM
ahaks....ade ke pencegah rasuah hahahhaha...ade ke!
LediAgli said :
October 21, 2008 at 8:32 PM
ishk.. teruk betul.. sekarang aku paham kenapa aku tak bleh sangat kawan dengan kau..

sebab aku normal
Ezad said :
October 21, 2008 at 9:42 PM
ahahaha...
apa beza spr dengan blr?
apa persamaan bpr dgn ussr?
kenapa kbsr tak disebut upsr?

hah! soalan pengajian am form six
famia said :
October 21, 2008 at 11:27 PM
capik: ha tau pon. ko soh bini ko tu daftar tau nanti. (dia tak tau ni aku buat entri kutuk2 dia. hihihi)

ledi: woi woi.. dani la.

ezad: blr tu mende? balai raye? ussr tu mendee ape pule? kbsr tu stended silibus la.. upsr tu kan name exam. ko taon bile punye batch. gile super senior. kami tak pakai dah term2 tu. hihi.
M-I-N said :
October 22, 2008 at 12:37 AM
Suruhanjaya Pencegah Rasuah?that's new.hehehe
October 22, 2008 at 3:31 PM
suruhanjaya pencegahan maksiat ade la. hehe!
skidg8 said :
October 22, 2008 at 8:16 PM
hehe... ayat spontan tu. maafkan Dani. hehe
nurnana said :
October 23, 2008 at 10:39 AM
eh, aku nmpk lagi si MIN di sini!
haha.
Dani neh said :
October 23, 2008 at 11:25 AM
aergh...

ade jugak ent3 SPR nih!!!

wahahahak...

cis cis cis...

[ye, nanti aku mendaftar la mengundi.. ]

Dani berfikir sendiri masa nampak kaunter SPR tuh:
"Eh.. apsal 3 org chinese nih bersemangat jek tanye2 isik2 borang kat SPR nih.. hmm.. owh.. derang mendaftar kampeni untuk join as badan pencegah rasuah kot.. tapi ade ke.. erm... nanti tanye xai lah.."
famia said :
October 23, 2008 at 2:26 PM
min: itula. my dani.

ET: SPM? Hahaha. kacak.

Skidg8: ye. dani maap.

nananya: woh. aku pon nampak juge.

dani: ahkahkas. mai fren.. selalu ko gelakkan aku saje. bile dapat turn gelakkan ko.. itu bemaksod hujan emas di negeri sendiri. haha.
nick said :
October 25, 2008 at 2:18 PM
Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah (SPR), sape2 yg nak rasuah panggil SPR ni.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.