Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 28, 2008


_Mulai dari Sabtu lepas. Sampai bila-bila.

Aku isytiharkan.

Aku dengan Dani tak suka Kajang. Kajang tak sepatutnya dimasukkan dalam peta Semenanjung Malaysia (minta maaf orang Kajang). Atau mungkin.. kami berdua yang tak sepatutnya dimasukkan dalam peta Semenanjung Malaysia.

Ini baru betul Kajang Pak Malau Kajang Aku Rasa Susah Nak Lipat.

Susah betul nak cari Kajang. Dia punya susah itu macam nak cari jodoh. Susah susah. Kalau cakap susah banyak kali, memang confirm jadi susahkan. Tapinya. Rasanyalah kan. Kajang tak ada masalah dengan kami berdua. Kemungkinan besar... kami yang bermasalah.

Tak guna. Tak guna.

Ini makan tuan namanya. Rasa menyirap saja bila nampak signboard Kajang. Kadangkala. Aku dan Dani kesal juga. Kesal pasal kenapalah orang jenis kami ini boleh wujud dekat muka bumi Semenanjung Malaysia. Kalau wujud dekat Uganda ke. Somalia ke. Australia ke. Tak apalah juga. Kami suka. Mungkinlah. Aku rasa mungkin suka. Dani tak tahulah dia rasa macamana punya gaya. Kena tanya pada tuan punya badan. Kalau dia diam, tandanya setujulah. Senang saja kesimpulan jadi orang perempuan.

Kan.

Ha. Sabtu hari itu. Cadangnya nak pergi 2 buah rumah. Nawaitu asalnya nak makan. Tak ada niat buruk langsung. Memang ikhlas nak makan free. Kira berbuat baik dengan sesama manusialah pendek katanya. Tolong makan. Tolong-menolong juga namanya itu. Rumah yang seorang ini dekat Sunway. Yang lagi seorang itu kenduri dekat Kajang. Memandangkan rumah yang dekat Sunway itu buka makanan sampai jam 3 petang saja. Kami pun terpaksa tolak tepi.

Sedih. Sedih.

Sedih dalam kesedaran sivik. Keluar rumah pun sudah jam berapa woi. Dekat nak jam 3. Dari KL nak bekejar ke Sunway dalam masa kurang 30 minit. Itu luar biasa. Pakai silap mata pun belum tentu lepas. Tolak tepi langgar segala speed trap pun belum tentu sampai. Trafik teruk hujung minggu.

Lagi pula.

Terpaksa berpakaian dan bermekapan secara kacak embun. Maklumlah. Bersangka baik terhadap diri sendiri bahawasanya saham masih tinggi. Jadi perlu sedikit kacak. Dani lagi kacaklah tapi. Berkebaya woi. Ini kerana saham tinggi. Saham tinggi. Walaupun cuma nak pergi tolong makan free. Siapa lagi nak up diri sendiri. Kalau bukan aku dengan Dani sendiri.

Kan.

Ha. Kami masuk KESAS. Keluar Sungai Besi. Tembus kawasan UPM. Lalu sebelah Uniten. Nampak exit Kajang. Belasah masuk. Dengan harapan setinggi gunung. Bahawasanya.. basic saja nak menyampaikan ke Kajang ini. Seperti di hujung jari. Pusing Kajang. Cari Prima Saujana. Pusing punya pusing. Semua pun poskod Kajang.

Pening.. pening.

Di saat itu, baru dapat kesedaran. Fakta Kajang gila luas dan besar adalah sahih rupanya. Pusing punya pusing. Jumpa Bangi. Tak jumpa Kajang balik. Keluar masuk Bangi. Jumpa Kajang balik. Keluar balik Bangi. Terus masuk Cheras. Keluar Cheras. Terus masuk Highway besar. Mana Kajang man..?!?!

Tak guna.

Jam dah nak pukul 4 lebih. Dekat ke 5 petang. Dah boleh senja ini. Ada hati nak pergi kenduri kahwin petang-petang buta. Jangankan sisa makanan. Periuk belanga pun belum tentu jumpa. Pakailah sekacak alam. Senyumlah semanis gula. Harapanlah nak dapat makanan free.

Kesudahannya.. give up.

Harapan tinggal kenyataan saja. Sepenuh hati kami berputus harap. Pusing celah mana pun nampak signboard Kajang saja. Namun. Batang hidung Kajang itu tak kelihatan mana pun. Bikin membara rasa di dada saja. Mana Kajang. Mana..?!?! Kajang kejam. Kejam.

Kiranya.

Korang faham tak apa yang kami alami. Trauma dengan Kajang. Kesianlah. Seorang tak tahu baca peta. Seorang lagi tak tahu tengok jalan. Dia punya chemistry gila berlipat ganda. Sampai kiamat pun belum tentu jumpa Kajang. Sedih sedih. Makanya. Mulai dari Sabtu hari itu. Kami isytiharkan kami tak suka Kajang. Tak suka. Tak suka.

Kajang.

Kesianlah kami_

Kategori: , ,

18 Responses to "Kenapa Kajang Tak Best"

kopi said :
October 28, 2008 at 9:35 PM
hmm...prnah jgk rase ala2 explorace kat kajang tu..cari alamat xjmpe2..nasib baik tahap ksabaran pmandu tggi..hehe
Ezad said :
October 28, 2008 at 9:36 PM
ceh... apa punya orang johor yang menetap di KL, kajang pun sesat...
memang org johor tak boleh masuk kajang agaknya.

ada 1 cerita, beberapa bulan lepas, saudara kami kawin kat kajang. kami konvoi 4 kereta. salah 1 kereta adalah kereta pak ngah aku, dari kluang johor. kami 3 kereta dah sampai, dia tak sampai2. sudahnya, sedara yg dok area sana pi cari kereta dia. bawak dtg kajang...

bila di tanya kenapa sesat.. jwbnya

tak jumpa signbord kajang...

muahahahaha...

org johor banyak main kuda kepang agaknya
famia said :
October 28, 2008 at 9:45 PM
kopi: haha. kami saba. tapi blur. blur dalam iman. membara saja rasa di kalbu.

ezad: woi.. woi. apa punya kesimpulanlah. ahkahkahkas. ko jangan psl aku ngn pakngah ko.. rosak seluruh joho. ceh.. melaka pon sama saje. tahulah ber'Datok'kan shah rukh khan. hihi.
LediAgli said :
October 28, 2008 at 10:21 PM
ko tau tak henpon. yang ada GPS. bukan GPRS, tapi GPS. ko cuba beli satu..
October 28, 2008 at 10:49 PM
kajang? aih. tuan rumah x tanye orang kat tepi ke? kajang tue penah wa catat rekod. makan sate sampai xlarat jalan. sunway? sunway lg cpt wa sampai. kinrara ttdi wa leh wat dlm masa 20min. inikan kinrara sunway. hehehe. ape2 pun... malu bertanya, mmg kajang berlipat la.
Dani neh said :
October 29, 2008 at 12:10 AM
ahahahahah..

"OH KAJANG!!"
[baca nada Rosyam Nor 'Oh Peperiksaan' dalam gila-gila remaja]

mintak maaf la..
tapi harituh aku rasa sangat seperti orang tak guna.. *bodotauakunih
shafarina said :
October 29, 2008 at 12:16 AM
uih terasa aku!

bukan senang ke saujana impian dari exit kajang tu? huhu kan ada signboard. :)
kel@mbu said :
October 29, 2008 at 2:28 AM
beli gps la wei.. nuvo garmin.. kasi taruk dlm kete.. tak mahal pun 8 rat lebih ajeee..
famia said :
October 29, 2008 at 8:54 AM
ledi: aku tak semodern itu. kalau beli.. belum tentu aku reti guna.

ST: tepi mane? tepi jalan? mane ade manusia tepi highwayla. pasal tanye jalanlah sesat. kalo tak tanye memang lagi sesat.

dani: hihi. when dani met huzai. itu pasti jadi.

shafarina: sob sob sob. mintak maap. aku tak hina kajang. cuma rasa susah betul nak cari kajang dalam peta ni.

kelambu: 8 rat? hehe. takyahla. membazer. orang kaya bolela. drpd beli gprs.. baik aku beli lens. hihi. tengs la atas cadangan ko tapi.
nurnana said :
October 29, 2008 at 11:46 AM
huhu. sesat??

kau mmg ratu sesat la.
janesach said :
October 29, 2008 at 2:28 PM
malu bertanya sesat jalan.
kenapa tak bertanya?

tapinya, memang kajang tu luas.
dan kajang juga banyak sungai.
pandang kiri, sungai ramal.
pandang kanan, sungai balak.
pandang belakang sungai chua.
pandang depan sungai kantan.
agaknya sebab tu awak tak dapat cari kajang.
banyak sgt sungai.
salah kenderaan.
patut naik bot.
bukan kereta.
agaknyalah.
October 30, 2008 at 6:52 AM
hahaha. hi way. ala. u kan dah masuk kajang, bangi semua tuh. taw, mmg agak sesat la skit. sbb wa penah lepak c2. pastu wa pegi melaka satu hari. wa balik. wa pun sesat bila masuk tol bangi. haha!
famia said :
October 30, 2008 at 8:40 AM
nana: em haah.

janes: ehh.. haah. sume sungai tu kami jumpe. sume sungai la tapinye. kajang tu.. terdiri drpd sungai saje ke.

ST: sesat. sesat.
janesach said :
October 30, 2008 at 3:31 PM
agaknya la kajang tuh semuanya sungai.
dari situ agaknya dapat nama kajang
sbb dulu kajang pak malau naik sampan masa nak bawa diri tuh!! ehek.
indrasakty said :
November 4, 2008 at 10:38 PM
Bersimpati dengan kamu.

Pernah juga dulu sekali pergi Putrajaya, tak jumpa jalan masuk ke masjid bila pak gad tutup jalan dekat JPM. Setelah penat berpusing entah ke precint berapa, balik dengan hati (baca: minyak kereta) yang terbakar.
famia said :
November 5, 2008 at 9:55 AM
jane: wohhhhhhhhhh.. macam itu ke.

indrasakti: ahakhakhakahhakahkas. simpati kembali.
adie said :
October 9, 2009 at 12:49 AM
alahai..lama dah comments2 tu..setahun..Kajang dah OK skrg..byk dah signboard
June 5, 2012 at 9:41 PM
LOL. baiklah. saya pun dah jumpa jalan ke Kajang.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.