Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, October 14, 2008


_Accident lagi.

Bukan akulah tapinya. Kereta sebelah aku. Hala jalan berlawanan. Depan Istana Budaya. Menghala ke Jalan Pekeliling. Jem macam ... macam-macamlah. Mamat itu naik Satria Neo. Oren hitam. Berderai bunyi kaca lampu depan dia pecah. Kemik. Bercium dengan Mercedes ke Honda entah. French Kiss terus. Aku tengok kereta depan dia rilek je lagi. Masih tegap. Kental. Sikit pun tak bercalar-balar. Masih kacak.

Gila mantap.

Tapinya. Satu je aku pelik. Jalan opposite aku itu mana ada ruang nak laju pun. Semua layan 5km/j. Yang tidur-tidur pun mungkin ada. Jem gila haram. Tau-tau je dah bercium. Ini mesti kes 'Pandu Sambil Menerawang'. Tengok awek tepi jalan ke apa ke. Tak pun kes 'Pandu Sambil Mata Pejam'. Tingkap pun turun habis. Mestilah ini. Tak lain tak bukan itu.

Selamba je suspek rambang.
Sori brader..~~

Nasib baik mamat itu ajak driver 'Kereta Depan yang Tak Kemik Masih Tegap Belaka' setel tepi di hujung jalan. Good manners. Sekurangnya, tak jadi penyumbang kerakusan trefik jem terlampau. Cumanya. Aku kadang-kadang pun ada sindrom 'Pandu Sambil Menerawang'. Tengok awek tepi jalan. Kadang-kadang siap boleh naik atas pembahagi jalan. Rakus betul dia punya penangan.

Bahaya rupanya jadi pejalan kaki wanita.

Memang antara penyumbang terbesar statistik kemalangan jalan raya. Tak percaya? Hah. Cuba sendiri baru tahu. Ngeri juga bila accident. Aku ini pun dah 2 kali kena French Kiss yang tak berapa nak French. Ehhhh.. bukan aku. Bukan.. bukan. Namilah. Maksud aku, Nami_

Kategori:

13 Responses to "French Kiss"

LediAgli said :
October 14, 2008 at 10:52 AM
huh.. ko pon tengok awek? bahye!
RieNa said :
October 14, 2008 at 12:34 PM
french kiss tu ape??
ngeh ngeh ngeh
Sahrul Izam said :
October 14, 2008 at 1:06 PM
Ingatkan dia yg french kiss betul2..
wat suspen je.. :p
projekmah said :
October 14, 2008 at 1:48 PM
nasib baek kete, kalu moto panggil ape lak?
landaklaut said :
October 14, 2008 at 2:24 PM
brader tu tetido kot.. sebab jem kan.. bosan sangat la tu.. pastu tertekan minyak terus ciumm brader depan die.. err.. maksud aku kete die.. ahahaha.. suka hati aku je..
t.a.t.a said :
October 14, 2008 at 2:33 PM
err ko sempat amek dia punya no tak? mana tau calling² leh jadi kapel.. hahahahahahh
famia said :
October 14, 2008 at 5:38 PM
ledi: abesss.. mane de pakwe2 jalan kaki tepi jalan tu ha.. awek sajela pencuci mate..

riena: err.. macam french fries kot. hihi.

sahrul: haha. itu bukan saje kene sambar petir.. kena kapak dengan ayah kot skali.. haha.

projekmah: hmm.. french kiss jugela.

landak: haha.. spekulasi ko sama. jangan saspek rambang. kesian brader tu. tapi kalo mamat tu terkiss brader depan tu takde hal pon. ehh tapi aku tak tahula depan tu lady driver ke guy driver ke..

tata: haha.. aku suke cadangan ko. tapi taknakla. dia dah tak suci. maksod aku... keta dia. psl kena kiss. hihi.
ezad said :
October 14, 2008 at 9:21 PM
ahahaha

kesian org KL, jem tak sudah..

:D
kel@mbu said :
October 15, 2008 at 1:40 AM
org kl mmg pelik. jln smpit dan jem pun boleh eksiden. dan aku pnah jumpa sorg ane bwa motor tba2 tumbang. lepas tu dia ok. aku rsa dia ngantuk.
akid said :
October 15, 2008 at 2:22 AM
rasanya orang tu memandu sambil menikmati choki choki.. sampai pejam-pejam mata lagi..
sedap sangat la tu
nurnana said :
October 15, 2008 at 8:16 AM
sebab tu aku tak suka memandu di kl
naik LRT, sudeh..
famia said :
October 15, 2008 at 1:27 PM
ezad: ehhh.. aku bukan wong KL. aku joho yekk..

kelambu: dia bukan ngantoklah. dia test motor dia tu Accident Resistant ke tak. Macam water resistant pendek kata.

akid: heshh.. chokichoki pun dia tak kenal tu.

nananya: yelaaa... dokek bolelah kata. hehe.
aishah said :
October 16, 2008 at 3:11 PM
kak nana tu bukan setakat KL tak memandu. nak gi putrajaya yang lengang tu pun dia malas nak drive. hoho.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.