Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, October 29, 2008


_Aku dah tahu kenapa kami sinonim.

Si toilet. Dengan aku.

Bertahun-tahun juga mencari asal usulnya.

Masa sekolah rendah. Jadi pengawas. Kena jaga toilet. Waktu rehat. Entah apakejadah motifnya. Kena jadi pak pacak senyum-senyum manis jaga depan toilet. Memang terasa hiba. Tapinya. Hiba dalam iman saja. Baling-baling senyuman manis. Walaupun bau toilet itu tak adalah manis mana. Balingkan saja. Kata sedekah.

Kalaulah dulu aku ada kebijaksanaan. Dan secolek akal yang tak berapa nak cerdas. Dah lama aku letak tupperware bekal makanan depan toilet. Boleh kutip duit. Tak banyak mana pun kena bayar. Dalam 25sen jadilah. Boleh juga buat beli ChokiChoki. Dulunya. Harga ChokiChoki mahal gila. Nak beli sebatang pun tak mampu. ChokiChoki cuma dinikmati oleh golongan berada saja.

Kesianlah.
Tapinya. Waktu itu. Aku dan toilet dah bersatu hati.

Masa sekolah menengah. Jadi AJK Pengurusan Asrama. Bahagian toilet. Tengok. Toilet lagi. Kali ini. Kena jaga kebersihan toilet. Kalau ada 'najis' yang tak berapa nak boleh edjas dekat dalam itu. Dan kalau ada 'roti kering kotor' yang tak berapa nak cekap duduk dalam sanitac bin yang sepatutnya. Memang masaklah rollcall malam itu. Boleh bertukar jadi Darth Vader woi.

Henss.. henss... hembus.

Kesianlah.
Tapinya. Waktu itu. Aku dan toilet dah bersatu hati.

Bila dah dewasa yang tak berapa nak dewasa. Tapi matanglah juga pendek katanya. Kerja aku mesti tak lain tak bukan cuci toilet. Asal kepala rasa macam nak berangin suam-suam kuku je terus basuh toilet. Asal toilet rasa macam nak berangin suam-suam kuku je terus basuh aku. Gila terpelihara daripada godaan nafsu baran. Cemerlang.

"Dani.. ko cuba identify apa passion kau. Dari situ baru boleh go. Buat freelance ke apa ke. Part time. Boleh tambah duit lebih."

Selalunya. Itu jelah yang aku berbuih nasihatkan Dani. Passion. Part time. Duit. Passion. Part time. Duit. Disebabkan itu. Aku rasa aku dah jumpa passion baru. Selain nak buat freelance photography. Aku rasa dah boleh kemaskini dan kembangtaraf passion aku. Dah layak ini.

Aku ingat nak buat freelance cuci toiletlah_

Kategori: ,

12 Responses to "Freelance Free"

nurnana said :
October 29, 2008 at 11:45 AM
oi. apekah?

mmg tak salah, tapi kau kena pandai2 bahagikan masa. hehe..
RieNa said :
October 29, 2008 at 12:48 PM
hohoho

semoga berjaya dgn kerjaya freelance baru tu..

sambung hohohohoho
Dani neh said :
October 29, 2008 at 4:38 PM
Banyak saingan woh!!!

oh ye..

Kelayakan Resume ko tak layak nak memohon sebagai pencuci toilet.. hahak..

Bukak kampeni sendiri aaa..
ape macam?

[Kalo nak daftar kampeni, aku ade lobang weyh.. ape macam?]

p/s: Aku still tak dapat identify.. huhu..
Aku suka sesuatu benda.. tapi just pada permukaan jek.. heheh... susah bercakap dgn budak pemalas macam aku nih.. huhu
[AKU NAK LEPTOP LAAA.. WAH :(( ]
LediAgli said :
October 29, 2008 at 8:38 PM
ko tak layak la.. ko meh pinjam resume aku.. gerenti dapat nyer part time cuci toilet
ezad said :
October 29, 2008 at 10:15 PM
apa kata...

ko bukak galeri fotografi...

tajuk galeri itu adalah...

TANDAS-TANDAS DI MALAYSIA..

ye la kan, fotografer biasa ambik gambar laut la, hutan la... sungai la... bangunan lah..

so, ko ambik gambar toilet. kat malaysia ni, toiletnya 'berseni'. lom ada org buat kot. kira ko pelopor la...

ahaha... cuba2 la ambik gambar toilet kat kajang tu

ahahahaha
Dani neh said :
October 30, 2008 at 12:41 AM
korang tgk la fotopages dia..

kan gambar toilet tuh
famia said :
October 30, 2008 at 1:50 AM
nananya: itu. hobi aku. kalo stress saja basoh toilet. penting untuk kendiri.

riena: tengs. terharu ko bagi sokongan.

dani: apa macam? macammmm macammmmm. dani. tegarnya nak berdiri secara solo. sob sob sob. kadang2 aku xtahan nak survive. hm. plis help. permukaan masih kacak. dalam sudah rabak. plis help.

ledi: baek. eniwei.. cuci toilet adelah paling mulia sekali. sebab kena bersihkan najis. manusia pon sebenanye sebahagian drpd najis.

ezad: aku.. ade byk koleksi gamba toilet. tengs atas cadangan ko.

dani lagi: entahnya kan.
October 30, 2008 at 7:06 AM
nampaknya, umah ku bakal bersinar. bakal menerima seorang gadis, yang sanggup bersusah demiku kerana toilet. wahhh!
famia said :
October 30, 2008 at 8:41 AM
ST: bibik namenye.
October 30, 2008 at 10:47 PM
koman2 nak kena ada 2k kalau nak buat business cuci toilet ni... duit lag?
indrasakty said :
November 4, 2008 at 10:27 PM
Uff.. tak sanggup bayangkan (sambil mengenangkan wajah suci makcik cleaner di ofis).
famia said :
November 5, 2008 at 9:53 AM
dboy: ape pule. aku jadi cleaner saje. dapat duit. mana perlu keluarkan duit. haha.

indrasakti: itu.. kerja suci tau. tak baiklah korang. manusia yg buang 'benda' dalam toilet lagila tak patut dibayangkan. itu belum lagi kena ngn manusia yg buang 'benda' lari adjustment.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.