Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, October 09, 2008


_Jam 8 lebih-lebih malam semalam.

'All that grief in my teeth..'

Maximilian Hecker - Flower Four
Default Ringtone Nokia 5300.
Black and White.
Edisi Kacak.

1 missed call.

Kejadahnya main tembak-tembak. Mengundang panas di malam hari sungguh. Pandang dari corner kening sudah. Malas nak layan. Nak call... sila pakai pintu depan. Takat missed call macam itu, memang harapanlah aku nak tengok balik. Masuk spam sudah. Dahlah ofis tengah sunyi malam-malam. Mengundang seriyau sungguh. Belum habis office hour lagi woi. Awal lagi nak balik ini. Boleh layan missed call kering-kering macam itu pula.

Nak marah kang.. macam PMS lagaknya.
Buat dek saja.
Rilek-rilek sudah.

1 message received.
Dia hantar.

"Mat malm, aku mau tanya, apa nama prodak untk ibu-ibu yg kelihatan muda, walaupun uda ada anak harganya RM 49 aku dngar di radio. Sory mengganggu aku di tuaran sabah"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 08:52:47pm
2008 Oct 8

Pling..~~
Krekk.. krekk.. krekk.. (bunyi cengkerik)

Apakah semua ini..??

Molek je aku tengah layan siapkan tender, terus terberhenti. Apa kejadahnya ini. Terasa putus fius sekejap. Hamba Allah yang mana satu punya kerja ini. Dahlah tanya pasal produk ibu kelihatan muda. Lepas tu tanya pasal ibu ada anak. Aku ini, malam pertama pun belum sampai perjalanan lagi (hah sensored.. sori). Apatah lagi nak jadi ibu. Lepas tu harga rm49. Lepas itu dengar dalam radio pulak itu. Aku mana dengar radio. Televisyen pun gua tak layan woi. Internet saja dihatiku. Everything pun online saja.

Ahh.. ini semua godaan syaitan.
Buat dek saja.
Rilek-rilek sudah.

Sebab nak jaga akhlak bersopan-santun dengan mereka yang miskin akhlak. Aku balaslah cakap salah nombor. Itu saja. Terus sambung kerja. Dah nak masuk 9 malam. Tak jejak lantai rumah lagi. Gila. Gila. Gila. Kayuh jari laju-laju. Siapkan tender.

1 message received.
Dia balas.

"Aku dgr di radio suru hubungi itu nomor"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 08:56:37pm
2008 Oct 8

Hek elehhh mamat/minah ini. Main-main pun agak-agaklah. Dahlah tak ada ribut tak ada angin layan sms dari Sabah. Tanya pasal unsur-unsur jamu. Silap orang pula itu. Serkap jarang daripada radio katanya. Siapa jual nombor gua ini. Hah. Ini sudah mengundang anasir api neraka. Ini boleh mendatangkan marah ini. Nasib baik tak marah.

Sebab masih nak jaga akhlak bersopan-santun dengan mereka yang miskin akhlak. Aku balaslah cakap memang salah nombor ini. Itu saja. Terus dah tak sambung kerja.

1 message received.
Dia balas.

"Bego"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 09:00:07pm
2008 Oct 8

Ahakhkakas.

Mungkin dia maki seranah dalam bahasa Sabah agaknya. Alhamdulillah. Berat sikit sebelah kanan aku. Haha. Kiranya. Sebab aku baik hati. Aku nak berterima kasihlah dekat hamba Allah yang entah siapa-siapa entahnya itu. Sebab berjaya suruh aku balik menjejakkan kaki mencari lantai rumah. Macam manusia tak ada life je duduk ofis lama-lama.

Alaa...

Terasa macam ditimpa pembulian secara bertubi-tubi pula sepanjang minggu ini_

Kategori:

18 Responses to "Buli Lagi"

Sahrul Izam said :
October 9, 2008 at 10:14 PM
Ingin jugak nak menembak.. bak pistolnya..
M-I-N said :
October 9, 2008 at 11:58 PM
bego?mende tuh?salah sorang ahli kumpulan x-factor ke?
Dani neh said :
October 10, 2008 at 12:06 AM
ko tak tanye ke Bego seblah ko tuh?
landaklaut said :
October 10, 2008 at 12:47 AM
bego tu begok kot. kalo tgk bawang putih bawang merahnya, maksudnya bodoh kan. ke bongok? tahlah. hahahaha..
nurnana said :
October 10, 2008 at 9:56 AM
kalo bahasa indon, maksudnya "bodoh"

aku tgk dalam Astro Aruna.
RieNa said :
October 10, 2008 at 10:08 AM
kesian..baru kena langgar,dah kena begok pulak...

hiks!
litium said :
October 10, 2008 at 4:18 PM
HAHAHAHHAAHAH MEMANG LAWAK INI CERITA
famia said :
October 10, 2008 at 4:52 PM
sahrul: sile dapatkan lesen senjata dr pacik polis berdekatan anda.

m-i-n: haaa.. itula yg aku nk tau tu.

danineh: hihi.. die tau tuuu mining bego tu.

landak: hah. yeke..!? hek elehhhh mamat/minah yg sms tu memang hampeh sungguhhh..

nananya: isk.. bodo ke..

riena: hish.. ni kena buat pembangkitan semule ni.. revenge man..revenge.

litium: woi woi. gelak sikit2 sudah.
kubikeldepananda said :
October 10, 2008 at 8:54 PM

Pling..~~
Krekk.. krekk.. krekk.. (bunyi cengkerik)


opis kite ade cengkerik ke?? ko biar betul... ntah ntahhhhhhhhhhhh........

:P
Sahrul Izam said :
October 11, 2008 at 12:43 AM
Beri tunjuk ajar...
LediAgli said :
October 11, 2008 at 12:02 PM
kesian kau.. kene buli.. ada hikmah lagaknya
October 11, 2008 at 3:14 PM
oooppppsss... nape tak dilyn jek mesej tu... :D

-hola-
Hajar said :
October 11, 2008 at 11:06 PM
haih. masih lagi ada adegan tembak menembak ye?
pelik sungguh ler...
famia said :
October 11, 2008 at 11:08 PM
me: ade. ko la cengkeriknye. hihi.

sahrul: nah.

ledi: penattttt.. hehe.

kutaksempurna: kalo layan itu berguna.. nak sms buat ape. hehe.
famia said :
October 11, 2008 at 11:10 PM
hajar: tula. da masok liang lahad baru reda barangkali.. kesianlah.
October 12, 2008 at 10:36 PM
maksudnya kalau sy hendak no tepon famia, kena kol no diatas dan cakap "brani lu cakap awek gua BEGO, baik lu kasik no dia skang?"

eh boleh ke camtue?
famia said :
October 12, 2008 at 10:50 PM
ET: ahkhakhakahkahkahkahaks. bijak. baek tanyekan teros radio mane yg sengal alam pegi jual nambe tu.
indrasakty said :
October 14, 2008 at 5:54 PM
Kalau marah-marah itu PMS? Uff, nasib baik saya bukan gadis.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.