Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 12, 2008


_Hah. Ramadhan 8 baru. Bulan Ramadhannya dah hari yang ke berbelas-belas. Memang pantas. Tak perlu lalu lintas. Tak kena speed trap. Memang bernas. Kacak kan. Ramadhan berlalu begitu laju. Begitu saja. Entah berapa cc lah kuasa kudanya. Kerja Dia. Siapa yang tahu.

Hah. Pasal Ramadhan 8.

Asal hari-hari je kena buat entri. Asal buat entri je kena hari-hari. Ini dah kira hukum wajib ini. Wajibulghunnah. Tak berapa senang woh nak cari idea menulis di kala membanteras 'setanirrojim built in' ini. Macam-macam diagahnya. Boleh main agah-agah pula. Gila tak kental langsung iman.

Krruukk...
Kroiikkk... kroikkk..
Kruuukk...kroookkk.. krukkk..

Perut dah mengaum. Mengaum. Mengaum. Mengaum. Ahh... saja taip banyak kali. Nampak macam panjang sikit entri. Hah. Perut. Tak faham dengan kehendak hati dia. Sejak dah masuk minggu kedua ini, memang saja je dia buat perangai. Mengada-ngada. Macam gadis-gadis gedik je.

Perut. Aku tak~~

Berbuka. Nasi. Lauk 2 jenis. Kicap. Lepas sejam. Telan air. Hah. Mana ada rare. Selera kecil je pun. Sekangkang kera. Saiz SS. Tak berapa nak mengembang selera ini. Adik beradik semua sama jenis. Memang tak rare. Kasihan emak. Macam biasalah. Lauk-lauk terpakai semua mesti kena majukan sampai hari ke 3 ke 4. Barulah habis. Kami semua tetap cuba makan lauk-lauk itu. Sampai habis. Sampai ke titisan darah yang terakhir. Gigih.

Memang kacak.

Bersahur. Nasi. CocoPie. Choki-choki. Nestum. Milo. Air kosong. Air kosong. Buah. Air soya. Berapa banyak air entah. Macam menimba air perigi pula. Waktu sahur kalau nak dibandingkan dengan waktu berbuka. Memang jauh ikan panggang panggang dari api. Selera boleh mengembang jadi saiz L.

Kental.

Selera aje nak kental. Imannya tidak. Tak guna langsung. Hah. Perut hari ini berbunyi mengaum-ngaum. Mengaum. Mengaum. Dah. Dah. Agak-agaklah nak taip banyak kali pun. Perutlah salah. Aku oke je. Saban hari duduk buat kerja dan... err main Internet (tanda-tanda orang lurus). Saban hari perut berbunyi. Dengan ganasnya. Lebih teruk daripada musik Slipknot (aku penah dengar satu lagu mereka.. nak menangislah.. gila menakutkan). Rakus.

Rakus tapi tak membahayakan.

Tapinya. Bunyi perut. Malulah. Saban hari kena pandang kiri kanan. Kadang-kadang kena pandang atas. Kadang-kadang kena bawah juga. Lagi pula... prong prang.. prong prang. Dahlah. Aku nak cakap perut bunyi kuat sangat je. Apa kejadah tulis panjang-panjang ini. Koranglah. Mendambakan entri baru.

Memang BlogListik_

Kategori:

29 Responses to "Ramadhan 8"

Sahrul Izam said :
September 12, 2008 at 7:29 PM
Nak Ramadhan 9 plak.. :p~~
Ezad said :
September 12, 2008 at 10:03 PM
eh.. aku punya puasa dah nak masuk 13.. apesal ko punya baru 8 nih? ekeke
Hajar said :
September 12, 2008 at 11:01 PM
ehe. bagus. memang kental!
famia said :
September 13, 2008 at 12:03 PM
sahrul: mak kata tak baik gelojoh.

ezad: hah. besangka buruk la tu. berat belah kanan aku. tengss~

hajar: kann..~
Sahrul Izam said :
September 13, 2008 at 11:00 PM
Gelojoh takpe.. jgn tamak.. :p
famia said :
September 13, 2008 at 11:02 PM
sahrul: tahukah anda.. kesinambungan gelojoh boleh merangsang pembentukan tamak. :p
Sahrul Izam said :
September 13, 2008 at 11:16 PM
Tak tahulah plak sebelum nie..
thanks atas informasi dari tuan blog..
kalau begitu,nak choki -choki satu kotak.. :p~~
famia said :
September 13, 2008 at 11:25 PM
sahrul: aik. org yg bgtaula br dpt choki choki. hah. bakkk sini..~~
Sahrul Izam said :
September 13, 2008 at 11:33 PM
Org yang taktahu takde choki-choki..
yg memberitahu ada choki choki..
Bak sini..
Mak kata jgn gelojoh :p~~
famia said :
September 13, 2008 at 11:46 PM
sahrul: tu bukan gelojoh la. tu patotnye ckp "jangan kedekot..". sekian. mak kate.
Sahrul Izam said :
September 13, 2008 at 11:51 PM
haha! ada saja jawapan dia.. :p
kim salam kat mak..
famia said :
September 13, 2008 at 11:58 PM
sahrul: jwb sbg wakil. waalaikumsalam warahmatullahiwabaraktuh.
Sahrul Izam said :
September 14, 2008 at 12:02 AM
tak lupa juga,
untuk abg2,kakak,adik2..
tokey kedai choki-choki..
hehe..
famia said :
September 14, 2008 at 12:08 AM
sahrul: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh mewakili sume umat Islam seluruh duunia walau di mane saje mereka berada. hah puas hati. haha..~~

p/s: tokei kedai chokichoki tu.. mane tau dia cine ke melayu ke india. giant ngn carefour. err.. serawak ade giant ngn carefour ke tah eh.
Sahrul Izam said :
September 14, 2008 at 5:22 AM
kalau dah mewakili umat islam seluruh dunia nak kim salam kat sape lagi dah takleh nie..
ermm.. ermm.. kat abah belum kot? :p

p/s:Bukan choki-choki ada jual kat kedai runcit ke?kalau kat sini,tokey choki choki orang pakistan.. hehe..
err.. kat sarawak giant ade,nobita dan doraemon je takde.. :p carefour plak memang takkan ada..
famia said :
September 14, 2008 at 1:06 PM
sahrul: woh. tak penah sampai kucing. xtau plak ada ape kat sana. byk kucing mungkin :p.. alah.. choki choki sepeket baru rm0.95...belila. ngap ngn anak2 buah. boleh menjadik manusia paling gembira dan hiper aktif dlm dunia.. sedap wohhh..~~
Sahrul Izam said :
September 14, 2008 at 8:05 PM
Kuching takde,sebab dah jadi legend.. buaya banyak.. :p~

choki-choki = RM00.95
Miyak kereta = RM50.00
Servis Courier = RM15.00
Labour charges = RM30.00
Total = RM95.95!!

Perghhh!.. Mahalnye choki-choki yang diidam idamkan...
Nana CS said :
September 15, 2008 at 4:24 PM
choki2, aku suka yg ada 2 kaler tu.
famia said :
September 16, 2008 at 5:27 AM
sahrul: haha. nak 1000 daya bro.

nana: woh.. yg mcm Duo spread tu. bolela. tapi rare sikit. byk jual yg original coklat je. ritu pegi gi giant boley belasah ambik 5 peket. balek uma sorokkan laju2 dlm lemari. nanti mak luku.
nurnana said :
September 16, 2008 at 3:48 PM
yg 2 kaler tu, kau kena godek2 dulu dlm palstik pembalut/pembungkus dia tu. jgn bukak pembungkus dulu.

dah agak sebati, baru mkn.
marvellous.
famia said :
September 16, 2008 at 4:45 PM
nana: haha. ano nee.. wo xihuan yg tulin. tulin bang..~~
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 10:42 PM
kalau tak sampai 1000 daya mcm mane?
famia said :
September 17, 2008 at 11:08 PM
sahrul: ai.. benda belum jadi dah fikir tak jadi. haha. kasi jadi dulu.. kalo tak jadi tu belakang kira.
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 11:29 PM
memang jadi kot..
doa je yea moga sabtu dan ahad nie tak tertinggal bas kaler pink..

tapi kan??
kat mane nak drop choki-choki
RM 0.95??
famia said :
September 17, 2008 at 11:31 PM
sahrul: drop? kenapeka perlu drop?
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 11:38 PM
mestilah perlu drop..
takkan perlu membawa choki-choki paket
dalam beg ke hulu dan kehilir bila berada di kawasan liputan..
atau
adakan mahu dilempar ke luar tinggak bas berkepala pink?
famia said :
September 18, 2008 at 5:44 AM
sahrul: rezki jangan dibuang.
Sahrul Izam said :
September 18, 2008 at 8:22 AM
Bukan mahu membuang
sebab itu digariskan kan di atas..
kemana nak drop choki-choki?
hujung miggu nie berada di kawasan liputan kl-shah alam.. nak drop kat pondok pos mane ek?
hehe..
famia said :
September 18, 2008 at 8:34 AM
sahrul: eh.nak passing ke? takpe. takpe. da ada 5 peket chokichoki kat dlm bilik. tak sempat nk ngap je ni. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.