Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 11, 2008


_Makin hari terasa Ramadhan ini semakin sejuk. Mungkin sebab penghawa dingin ofis. Yang dipasang gila tak ingat punya laju. Mungkin mereka overdose panas. Itu belum rasa lagi panas api neraka. Atau juga mungkin kerana bulan Ramadhan telah mula sebati dengan suhu badan. Atau mungkinlah, dah nak 'dekat'. Memang mulia betul kalau meninggal dalam bulan Ramadhan.

Hah. Mulia mulia mulia.

Di kala Ramadhan ini. Bukan saja bulan itu yang berevolusi. Umat Islam juga sama. Serba serbi akan mengalami evolusi pada kadar yang tak berapa nak tetap. Pemalarnya berubah-ubah. Dan tak berapa nak sekata. Kalau letak pie chart memang nampak jelaslah. Pendek kata.

Katanyalah.


Ramadhan Minggu Pertama.


  1. Berbuka makan nasi, lauk 8 jenis, air berbalang-balang dan kuih muih 2 pinggan.

  2. Terawihnya maintain 23 rakaat. Stabil. Masih tough berdiri. Rilek je layan terawih sampai habis. Habis terawih siap boleh layan lepak menghadap Quran lagi. Memang kacak bergaya. Steadylah.

  3. Sahurnya makan nasi, lauk 4 jenis, air sebalang dan kuih muih 3 ketul.

  4. Tidur pun dalam 3 ke 4 jam cuma. Siap bangun malam layan qiyamullail. Memang rilek. Gila kacak bergaya.

  5. Siap boleh sound member lagi kalau ada yang buka cerita pasal persiapan raya. Maklumlah. Puasa baru minggu pertama.



Ramadhan Minggu Kedua.
  1. Berbuka makan nasi, lauk 10 jenis, mi goreng, murtabak, air 3 balang dan kuih muih 5 ketul.

  2. Terawihnya jadi 8 rakaat. Tak berapa nak go layan sampai 23 rakaat. Memang bengkok lutut. Habis terawih siap boleh lepak main futsal lagi. Memang separuh tough.

  3. Sahurnya makan nasi, lauk 2 jenis, air separuh balang dan kuih muih sekeping.

  4. Tidur pun dah jadi 4 ke 5 jam. Bangun tidur pun memang ngam-ngam waktu sahur.

  5. Pasang telinga dari jauh je dengar orang cerita pasal persiapan raya.



Ramadhan Minggu Ketiga.
  1. Berbuka makan nasi. Lauk 10 jenis. Mi goreng. Murtabak. Popia goreng. Burger. Ayam percik. Air 3 balang. Kuih muih 8 ketul. Sampai rabak sistem pencernaan badan.

  2. Terawihnya jadi 8 rakaat. Siap boleh skip. Terawih selang sehari atau 2 hari sekali je. Itu pun boleh terawih sambil tertidur. Baca surah-surah dalam solat pun jadi miming je. Suaranya tak ada. Lirik surah pun tak original. Gerakkan mulut je. Memang tak tough langsung.

  3. Sahurnya buah seketul. Air segelas. Makan dengan mata terpejam. Punyalah liat nauzubillah nak bangunnya. Turun tangga siap badan melekat dekat dinding. Lutut memang tak boleh go dah.

  4. Tidur pun dah jadi 4 ke 5 jam. Bangun tidur pun memang dah sipi nak masuk waktu imsak.

  5. Kadang-kadang ada masa terluang. Lepak ofis waktu tengahari. Bercerita pasal kuih raya. Hari raya. Langsir raya. Balik raya. Sambil dengar lagu raya.



Ramadhan Minggu Terakhir
  1. Berbuka makan nasi. Lauk 10 jenis. Mi goreng. Bihun goreng. Murtabak. Popia goreng. Burger. Ayam percik. Air 3 balang. Kuih muih 10 ketul. Puding caramel. Tembikai. Chicken chop. Asam laksa. Sampai cirit birit. Kejung perut. Sampai jammed esofagus. Nak hadam tak lepas.

  2. Solat maghrib je. Terawihnya dah entah ke mana. Itu pun layan solat maghrib dah dekat-dekat nak masuk Isyak. Gara-gara gila melantak tanpa batasan. Baca surah-surah dalam solat pun jadi miming je. Suaranya tak ada. Lirik surah pun dah tak original. Gerakkan mulut je. Memang harapanlah.

  3. Sahurnya air segelas. Minum dengan mata terpejam. Kalau dapat bangun sahur itu pun kira dah bersyukurlah.

  4. Tidur pun dah jadi 5 ke 6 jam. Bangun tidur pun memang dah masuk waktu syuruk.

  5. Hari-hari dengar lagu Raya. Cerita pasal kuih raya. Cerita nak balik raya. Cerita pasal baju raya.



Kan? Kan? Percayalah.

Evolusi ini memang jadi dekat semua umat Islam. Hah. Aku pun macam itu juga. Standard semua umat Islam yang berpuasa. Tak perlu modified. Memang konsep evolusi dia sama gaya je. Tak lebih tak kurang. Memang tak kental iman betul_

Kategori:

22 Responses to "Ramadhan 7"

ezad said :
September 11, 2008 at 6:49 AM
ha ah.. memang betul

tapi ada yg lebih teruk, minggu pertama sampai minggu akhir tak puasa. tapi dok cerita pasal raya dari 1 syaaban lagi dah (kes nak tempah baju raya la ni..)
tarawikh ngan solat tinggal belakang la..
Hajar said :
September 11, 2008 at 8:57 AM
woh, sgt betul la tuh.
kalo kat masjid @ surau tuh, saf solat terawih akan makin berkurangan bila dah masuk minggu ke 2 dan seterusnya. haih~
Dani neh said :
September 11, 2008 at 9:32 AM
evo peringkat ke 2
13may said :
September 11, 2008 at 9:51 AM
steady steady...baju raya dah siap?

:D
litium said :
September 11, 2008 at 10:03 AM
tertinggal:

Ramadhan Minggu Pertama
6. Mungkin keluar malam-malam pergi bersosial.

ops!
famia said :
September 11, 2008 at 10:17 AM
ezad: hehe. biasala tu. kalo tak bukan bulan ramadhan la namanye.

hajar: kann.. hehe. sadis.

dani: sama dengan..~~

13mei: hehe. baju raye pakai je baju pegi opis tu. malas nk beli baru..kering~~

litium: hehe. setiap minggu ... rabu ngn jumat aku mmg pegi besosial. patahkan tulang rusuk bagai. *Do Not Try This At Home~~
faisol said :
September 11, 2008 at 11:38 AM
terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
me_ said :
September 11, 2008 at 12:44 PM
based on experience sndr ke cek kak?

muahhaahahhaa..

gurau2... :D
NoktahHitam said :
September 11, 2008 at 5:58 PM
Err... tak.

Aku complete opposite.

Awal2, makan byk sebab takut lapar lagi. Lelame dah biase, buka puasa kurma dan susu pon dah cukup utk sampai lepas terawih.

Awal2, semayang skip2 pastu 8 je, sebab rase ade lagi esok nye. bile dah biase smyg 8, upgrade plak 23, skip2 gak. last 10 days, baru leh 23 all the way. orang kate, kene tunggu enjin panas ;)

Lagu raye? aku benci raye. semua org bermate duitan time tu. utk aku, cukuplah sekadar mohon maaf orang tue & sedare mare. kuih mueh, baju raye etc, tak penting.

btw: Really nice blog!
liyananaznim said :
September 11, 2008 at 9:35 PM
selamat menunaikan ibadah di bulan ramadhan =)
Amiene Rev said :
September 11, 2008 at 10:44 PM
Hayakallah...

berapa besar perut dia boleh muat ini semua?
famia said :
September 12, 2008 at 5:28 AM
faisol: salam kenal. salam ramadhan. tengs sudi menyinggah :p

me: observation. hee hee hee..aku mcm bakal juge nak kena simptom sebegitu. mujur perut kecik..~~

noktah hitam: whoaaa... opposite. cayalah! tahniah yek. semoga lebih kental imannya. anyway tengs..~

liyana: hehe. selamat menunaikan juga~

amiene rev: hehe. manusia memang kejadian yang sempurna. jangan tak percaya ya~
nurnana said :
September 12, 2008 at 9:24 AM
Aku? First puasa, aku dh tanya mak aku,

"mak, baju raya nana mak dah jahit?"

sebabnya, mak aku tailor. selalunya baju aku, malam raya baru sempat jahit kain dan setel pinggang.

pagi raya, sebelum sembahyang raya, aku baru nak jahit cangkuk kain.

so, tahun ni, aku remind la mak aku dari 1st puasa.

hehe..
famia said :
September 12, 2008 at 9:55 AM
nana: bes kan kalo mak dapat jahit. mak aku da benti jahit. dia x larat. tumpukan pade periok dan kuali sepenoh mase je. makanyee.. sejak tu aku da malas nk beli baju raye. liattt. kalo kene pakse ngn mak br beli..

lg pule... baju org lain jahit.. kurang sikit kasih sayang dan serinyee~~
nurnana said :
September 12, 2008 at 10:22 AM
betul!!!! aku setuju.

hanya mak mengenal bentuk anaknya.ahahahha~~~~
famia said :
September 12, 2008 at 11:57 AM
nana: kann~~
AyUmi said :
September 12, 2008 at 2:26 PM
aku bukak pose makan simple je. tapi kena make sure sahur makan nasik. kalau tak, gastrik la aku karang. HUHUHU.
famia said :
September 12, 2008 at 3:43 PM
ayumi: kite serupaaa...~~ (nyanyikk)
t.a.t.a said :
September 12, 2008 at 5:34 PM
Ekon pasang laju? ingat kipas ke? ekon pasang kuat la.. hahaha

saya lebih kurang cam eddie. masa memula buka makan byk, dah seminggu kalau boleh nak minum je pastu terus magrib. tapi sahur kena makan lengkap serba serbi, ye la nak tahan smp ptg tu, lama maa....
famia said :
September 13, 2008 at 12:04 PM
tata: tang makanan.. kite serupaaa..~~ (nyanyik)
LediAgli said :
September 15, 2008 at 9:41 PM
aku setujuuuuu... kita serupaa....

paling best... traweh 8 .. angkat kaen lari balek laju2
famia said :
September 16, 2008 at 5:28 AM
ledi: isk isk isk. ko memang.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.