Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, September 08, 2008


_Upin dan Ipin minggu lepas. Berkisar setahun selepas bulan puasa tahun lepas. Kisah cikgu perempuan mereka yang tidak berpuasa. Kerana... 'itu'. Setiap bulan mesti 'itu' datang menjenguk. Termasuk dalam bulan puasa. Yang tiada pengecualian juga. Kerana 'itu'. Datang menjenguk.

Sehinggakan nenek Upin dan Ipin tak berapa nak cekap cuba menerangkan pasal 'itu'. Sebabnya... cuma wanita sahaja yang dijenguk 'itu'.

Memanglah kan.

Ingat senang ke nak bagi penerangan. Dulu aku pun macam itu juga. Punyalah jenuh nak terangkan secara berlapik sebanyak 8 lapisan. Segala lapik alasan kental yang tak berapa nak kental depan adik-adik lelaki. Khususnya. Kalau perempuan memang tak payah nak ceritalah. Tunggu dia baligh sendiri. Nanti bila makcik 'itu' datang menjenguk. Melawat sebulan sekali. Barangkali dia sudah boleh tangkap maksud 'Lawatan Sambil Belajar I want to see you' setiap bulan itu kan.

Haah.

Kalau lelaki...?

Memang masak. Tak berapa senanglah. Cerita bagai nak rak. Sampai ke esok pagi masuk waktu sahur pun belum tentu dia faham. Takkan nak cerita 'itu' datang. Budak-budak. Tahulah kan. Entah apa-apa yang berenang-renang sambil terbang secara kuak lintang dalam kepalanya.

"Akak tak boleh puasa. Uzur."
"Oh.. adik pun uzur jugak. Sakit kaki."

Hah. Terperangkap.

"Eh, tapi adik sihat kan? Ini sakit perempuan jelah."
"Perempuan..?" *blur
"Solat pun tak boleh tau."
"Hmmmm..?! Berdosalah tak solat."

Hah. Terperangkap lagi.

"Emmm.. hmmmm.. alah orang tak boleh puasalah."
"Kenapa..?"
"Alah, nanti adik dah besar adik belajarlah pasal tu.."
"Ha.. kenapa kena belajar pasal tu..?"

Hah. Perangkap paling terakhir.

Macamana nak terang bagi clear sampai ada pancaran kristal. Lagi terang lagi bersuluh. Lagi dulu sampai sekarang ada masalah nak explain. Aku macam rasa dalam satu dunia ini, bukan aku seorang je yang ada masalah macam ini. Kan? Harap-haraplah. Tapinya. Kalau aku seorang je dalam dunia ini yang tak boleh nak explain benda macam ini dekat budak-budak lelaki.. memang menjemput masalah. Nak dijadikan cerita pula, budak-budak lelaki ini kan lambat sikit tempoh kematangan mereka.

Memang lembab.

Harapan tulus ikhlaslah kalau nak kena terang asal usul kejadian 'itu'. Asal usul..?? Woh. Tak masuk akal. Itu kerja luar biasa gila_

Kategori: ,

10 Responses to "Ramadhan 5"

Ezad said :
September 8, 2008 at 10:24 PM
huhuhu...

bukan upin & ipin je tak paham.
aku pun tak paham. apesal cikgu jasmin tu tak puasa? isk.. tak puasa dosa tau!

aku suruh ajar, bukan tolong buat. tulisan kau dah la tak cantik

macam mana nak tengok anak bulan?
tengok pakai mata la. macam biasa!
famia said :
September 8, 2008 at 10:36 PM
ezad: tulah. aku kan da kate.. lelaki besar atau kecik.. memang lembab suam kuku sikit nak memahamkan bende2 macam ni. haha. nanti ko da kawin.. ko taulah dr bini ko.
aku said :
September 9, 2008 at 11:40 AM
aku tgk episode 2 jek :(( waaaah!!

xai.. balek la opis.. aku tekanan neh.. ade ko kurang sket.. bleh divert otak aku ke bende2 laen.. wah!!
[akubenci]
daineso said :
September 9, 2008 at 11:41 AM
hehehe.. sian upin n ipin kena tipu dgn kak ros..
famia said :
September 9, 2008 at 1:07 PM
kau: bulan puasa kalau diuji lagi belipatganda... lagi bagus. tu tandanya.. Dia sayang ko. beruntung woh. sabar yah. aku jadi cikgu arini last.. esok boleh pulang ke opisto. gileee kangennn.

dines: diorang memang senang ditipu. sama macam itu orang name litium. lurus. sungguh tiang trefik lite. kah kah.
nurnana said :
September 12, 2008 at 10:32 AM
haha. adik aku yg lelaki, dia sgt faham.
sbb dia yg akan tolong aku belikan 'kwn itu'..
famia said :
September 12, 2008 at 12:08 PM
nana: umo die bape? mesti da baligh punyee.. kannn~~
Nana CS said :
September 12, 2008 at 1:20 PM
form 3. dia sorg je yg ada kat umah. adik lelaki aku yg len2 gi berjuang utk negara.
nurnana said :
September 12, 2008 at 1:21 PM
alamak, nana cs dan nurnana ialah org yg sama.harap maklum.
famia said :
September 12, 2008 at 3:42 PM
nana: da balighhh la tu kakak kande. xpe xpe. aku maklum je sume tu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.