Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, September 07, 2008


_Semalam main masak-masak dengan mak. Sesi menuntut ilmu. Daripada tok guru yang paling arif dan paling cekap memasak makanan paling sedap dalam dunia. Menuntut sampai ke dapur. Walaupun tak sampai ke negara China pun tak apalah. Aku tak kisah. Lagi pula, sana banyak kerbau pendek. Tak jadilah nak menuntut sampai ke sana. Turki ke Mesir ke. Layan juga.

Haa.. boleh jalan-jalan ambil gambar.. syokknyaa..~~

Oke. Oke.

Ini bukan cita-cita daripada kecil. Bukan juga cita-cita masa dah besar. Tapinya. Aku pun tak tahu nak panggil cita-cita ke impian ke angan-angan ke apa ke entah. Cita-citalah pendek kata. Aku kan dah bercita-cita nak sedut semua ilmu memasak mak sebelum... err.. sebelum aku dapat kuali dan dapur sendiri. (Eceh.. cakap jelah sebelum bina masjid).

Oke. Oke.

Semalam main masak-masak dengan mak. Aku diri sebelah kuali. Kami goreng cili kering. Sampai garing. Dan.. kering. Dan garing. Dan kering. Sampai betul-betul kering. Gila kering. Tapi tak begitu kering. Pasal itu nama dia cili kering.

Ksserrr...
Tsssttttttt... tssstttt..
Popp.. poppp..
Pom!

"Opocot meletup!"

Aiseh.. termelatah.

Terpercik minyak. Aku terenjis air. Masuk kuali. Secara tak sengaja. Konon-konon menepung tawar. Mak dah jeling ketat. Mesti mak dah berasap. Aku sengih-sengih nak ambil hati mak. Nanti kalau kena rendam kepala dalam kuali.. naya je.

"Mak.. mak.. cili kering ini daripada cili pastu dikeringkan ke?"

Buat-buat tanya pasal memang tak tahu. Aku kan suka bertanya benda-benda pelik. Yang memang semua orang tahu. Tapi aku seorang je tak tahu. (Maknanya.. akulah benda pelik tu..ahh). Tapinya. Memang nak ambil hati mak pun.

"Habis tu kau ingat apanya?" Mak dah pandang pelik.
"Woh. Saya ingatkan memang ada pokok cili kering ke apa ke."
"Merepek je budak ni."

Haah merepek. Tapi ya tak ya juga kan. Takkanlah wujud pokok cili kering. Kalau macam itu, mesti ikan kering pun wujud. Takkanlah ikan kering boleh layan berenang-renang dalam air laut macam itu je. Berlambak-lambak ikan kering berenang secara beramai-ramai. Gila rilek. Memang hati kering betul ikan kering itu.

Tapinya. Aku memang tak berapa sure pun asal usul cili kering ini. Macamana mereka dikeringkan sampai hati pun kering. Tinggal biji-biji kering je. Macam ini boleh buat eksperimen ini. Dalam peti sejuk ada banyak benda.

Haa...

Timun kering.
Susu kering.
Telur kering.
Sayur kering.
Buah epal kering.

Haaa...

Boleh ambil gambar. Syokkknyaaa...~~~

Orang yang tak tahu pasal asal usul cili kering memang tak sepatutnya jadi manusia. Sungguh dungulah terasa_

Kategori:

21 Responses to "Ramadhan 4"

Dani neh said :
September 7, 2008 at 12:27 PM
yeay!!

pengkomen pertama!!

ok.. baru nak baca ent3
Dani neh said :
September 7, 2008 at 12:31 PM
baru nak komen..

aha....
aku suka masakan macik majnuuuuuuuuuun!!
ai laik!!
masakan kaseyh sayang dia...

ahehehe..

[dulu anak2 dia degil tanak makan.. ahaha]
Dani neh said :
September 7, 2008 at 12:32 PM
Boleh ke saye nak flood komen kat cni...

ahaha

nanti xai kene jawab:

dani: bagus! tahniah

dani: ey, skarang kami makan tau..

dani: boleh je..
September 7, 2008 at 12:42 PM
loyak buruk budak nie. hehe.
Hajar said :
September 7, 2008 at 3:11 PM
hoho. ada ke pokok cili kering?. kalo ade mesti senang keje, xyah nk dok menjemur, mengering bagai. haha...
skidg8 said :
September 7, 2008 at 6:49 PM
gile kering cite ni...
hati kering betul...

wakaka..

selamat berbuka:)
litium said :
September 7, 2008 at 7:11 PM
Boleh ambil gambar. Syokkknyaaa...~~~
famia said :
September 7, 2008 at 9:42 PM
dani1: haha. tahniah. nah hadiah. sebuah kasih sayang dr aku. eklasss tapi jauh.

dani2: makanan kasih sayang. namun begitu.. kesian macik majnun.. ini kerana anak2nye dilahirkan semulajadi selera kecik.

dani3: untok ko.. sume pon boley dani. hehe.

xtreme: hehe. itu serius tu.

hajar: isk.. mintak maap.. saya kadang2 overdose dungu.

skidg: hehe. hati kalo kering.. susah nk sedekah kasih sayang woh. ye selamat bebuke kembalik.

litium: kannn. syok kan..~~~
ezad said :
September 7, 2008 at 10:10 PM
isk.. td ada hantar comment.. tp hilang lak...

ko ni, asal usul cili kering pun tak tau ada hati nak bina masjid.

ehehe

ni ada soalan pasal asal usul

bunga telur tu, asalnya dr ayam ke atau dari pokok bunga?

ikan bilis tu, asalnya dr anak ikan ke, atau memang ada spesis ikan bilis?
famia said :
September 7, 2008 at 10:31 PM
ezad: woi woiiii.. keji betul. ni dah dikira menghina ni. takpela. berat sikit belah kanan aku. timekaseh. bunge telo? eleh.. mesti ah dr bunge plastik. budak skola tadika pon taulah. ikan bilis.. emm.. haah ekk.. mcm anak ikan pon ade. ke memang ikan bilis tu besar tu je berenang rilek2 dalam air sungai. eh sungai ke laot entah. ahh.. belasahlah janji bukan air longkang mahupon air parit.
litium said :
September 7, 2008 at 11:47 PM
air laicikang?
Dani neh said :
September 7, 2008 at 11:48 PM
sejenak...

erm.. ade spesis ikan bilis kan? anchovies..
eh.. ade ke? ade kaaaaaan..

kalo ikan bilis dewasa, besar macam ikan kembung ke?


*argh.. ent3 ko buat aku konfiyus.. [tepuk tepuk dada]
A t i Q a h said :
September 8, 2008 at 2:12 AM
Cili kering boleh goreng ek? Tak tawu pown. Alahai.
kel@mbu said :
September 8, 2008 at 2:29 AM
poket kering ni.
apa cerita?
famia said :
September 8, 2008 at 5:24 AM
litium: laicikang? ikan bilis boley juge berenang2 dlm tu. air coke pon lagi best. nanti die betindak balaas ngn ikan bilis. tsssss...tssss..

dani: ahahakahkahkahakahkahs... tengok. aku kalo blur.. mmg normal. tp kalo ko skali blur.. memanggg luar biasa normal. pada pendapatan aku...ikan bilis adalah spesis ikan. hehe. mereka bukan anak ikan mana2 spesis. (tepok2 belakang ko.. pap pap pap)

atiqah: mak goreng kalo kami nk blender buat kuah kacang. hehe. sedap woh.

kelambu: hah. poket kering berasal drpd mane? jawab jawab.
Sahrul Izam said :
September 8, 2008 at 5:43 AM
Kserrr.. kserrrr..
Keceperrr..

"Opocot meletup!"

Haha.. :p~
LediAgli said :
September 9, 2008 at 12:28 PM
pasni aku bajet ko mesti tanya asal usul ais kacang kan? mesti ko ingat es kacang tu asalnya dari salji letak sirap.
famia said :
September 9, 2008 at 1:09 PM
haha. terokk..
woi woi.. itu hina namanya.

tapi.. mungkin juga aku tepikir centu.
who knows kan.

~terase semulajadi dungu.. oh man!
nurnana said :
September 12, 2008 at 10:39 AM
dulu,masa aku kena potong cili kering utk wat cili boh, aku tanya mak aku..
"mak, apsal mak amik cili buruk ni, cili merah cantik2 dlm peti sejuk tu, mak x nk guna"

haha.... aku igt cili tu dh buruk..
famia said :
September 12, 2008 at 12:06 PM
nana: kannnnnnn..~~ haha. 1981 punye gile mmg mcm tu :p
nurnana said :
September 12, 2008 at 1:22 PM
hak hak hak. sokong kau.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.