Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 05, 2008


_Asal Terawih je berbunyi. Asal berbunyi je mesti masa terawih.

Pom!
Pom! Pom! Dum! Kedentum!
Prap.. prap.
Kserrr.. kserrrr..
Keceperrr..

Bunyi mercun.

Memang dasar 'setanirrojim built in' sungguh. Orang tengah layan terawih pun jadi tak khusyuk. Tengah solat pun boleh terfikir mercun jenis apa kebenda entah yang diletupkan itu. Kan. Tak khusyuk kan. Siap boleh ter'flashblack' lagi zaman hingusan dulu main mercun.

Ahh.. gila tak kental langsung iman.

Tapinya. Memang dulu punya mercun dan bunga api lagi meriahlah. Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Evolusi mercun tidak begitu memberangsangkan. Makin kecil. Saiznya. Makin tak berapa power root power dia punya kuasa letupan.

Dulu. Masa sekolah rendah. Kami selalu main bunga api je. Anak-anak lelaki je yang kacak bergaya main mercun. Itu pun mercun roket yang jenis letak dalam botol berbunyi satu kampung. Gila kencang. Dulu aku ingatkan botol itu pun boleh layan letup sendiri. Tak pun terbang sama dengan mercun roket itu.

Rupanya langsung tak.

Memang naif. Langsung langsung. Dulu main bunga api pakai baju kurung. Sampai paras bawah lutut. Kain tanggalkan. Kiranya anak dara masa zaman aku dulu lari berdedai-dedailah terponggeng-ponggeng main bunga api dengan baju kurung. Memang simbolik. Macam anak dara Melayu terakhir.

Barangkali kalau tak cabut kain, mesti agaknya kain itu dah terbakar sekali dengan bunga api. Lagi pula, dulu selalu kena kejar dengan mercun katak. Macam nak gila jugalah lari selamatkan diri. Agak keji sikit anak-anak lelaki zaman aku dulu.

Itu. Kenikmatan bunga api dan mercun zaman dulu. Zaman berzaman. Sehinggalah kes kilang Sungai Buluh itu meletup. Bila kes itu masuk campur je.. tamatlah riwayat kenikmatan bunga api dan mercun. Zaman kegemilangan mereka mula merundum.

Zaman di kala wujudnya mercun gasing. Mercun ayam. Mercun katak. Mercun pop pop. Hah. Macam-macam jenis lagilah pendek kata. Sekarang nak cari mercun-mercun beradik itu memang harapanlah. Langsung pupus. Mercun pop pop je ada. Tak berkasta langsung.

Tapinya. Lagi dulu sampai sekarang. Hairan aku. Mana brader-brader ini dapat bekalan mercun dengan bunga api eh. Aku pun nak beli gak bekalan banyak-banyak bakar satu kampung halau setan. Dekat black market barangkali_

Kategori: ,

19 Responses to "Ramadhan 3"

13may said :
September 5, 2008 at 8:29 AM
Dam dam dum..bunyik mercun!
:D
Dani neh said :
September 5, 2008 at 9:05 AM
Kanak-kanak segera datang berduyun!
:P
me_ said :
September 5, 2008 at 9:07 AM
mintak mak kuih sepotong...
[betul ke sambungan lagu ni? hahaha.. hentam jela.. :P]
shafarina said :
September 5, 2008 at 9:48 AM
Ada aje. Si Ku2 yang gemuk artis tu pun jual gak. Dia senirik ngaku :Pjey
Sahrul Izam said :
September 5, 2008 at 10:13 AM
Keceperrr.. <-- suke yg last nie.. ada seni bunyinya.. hehe.. :p
litium said :
September 5, 2008 at 10:46 AM
aku suka tang pakai baju kurung tak pakai kain tu. wahahhahahahaha
intan zura said :
September 5, 2008 at 12:13 PM
budak2 tak mengerti org tgh solat tu kene nak khusyuk
tapi kalo org tua
yg main tak tau la
erkk
;)
famia said :
September 5, 2008 at 1:34 PM
13mei: hah. nyanyi.

dani: ahkahkas. haa sambong sambong.

me: naseb baek ko hentam betul. haha.

shafarina: ek? woh.

sahrul: itu.. pakmat tempe punye bunyi.

litium: sunggoh hentai. mengucaplah. bulan pose ni.

intan: kalo kat bandar ni.. kebanyakannya yg main tu orang tua. yg mudanye sume solat terawih. hah. mulia kan.. kan.
skidg8 said :
September 5, 2008 at 8:58 PM
lawak la cite ni..

keep up your gud work!:)

selamat berpuasa:)
Ezad said :
September 5, 2008 at 11:50 PM
ha... dulu aku ingatkan mercut katak tu mcm katak. tp tak der rupa langsung. kena tipu rupanya aku.

tapi dulu2 kita org main mercun, tak der sampai putus jari pun. bebudak sekarang je. langsung tak terror main mercun.
famia said :
September 6, 2008 at 12:59 AM
skidg8: huish.. mana de lawak. tu serius tu.

ezad: ko memang senang ditipu. hee hee hee.. tula.. dulu batceh ko mmg hebat lg layan mercun.. da masok batch aku super junior pon hebat lagi.. sekarang ni je budak2 dah lembik.. bakar sikit pakai buloh pon da putus jari. gila tak kental lagi berkalsium tulang mereka. kann. *ko iyekan ajelah... :p
Anisa Ahmad said :
September 6, 2008 at 5:52 AM
setanirrojim built in...
erk..
hahahahahahaha

teke teki: dlm opis sape yg ade unsur2 di atas??
azka said :
September 6, 2008 at 12:05 PM
salam ramadhan buat tuan tanah
famia said :
September 6, 2008 at 3:29 PM
anis: haha. anisss ahh.. sape lagi.. hah takpon kak suhaila.. :p

azka: salam ramadhan kembali cek azka.
kel@mbu said :
September 6, 2008 at 11:42 PM
itu brg smua import thailand & siam..
m'sia made xde. rugi ja rm keluar ke negara asing. heh..
me_ said :
September 6, 2008 at 11:46 PM
Famia said :
anis: haha. anisss ahh.. sape lagi.. hah takpon kak suhaila.. :p


ape kes lak aku?? err.. tp kalu aku dah built in.. korg sume kire mandatory AddIns la ek?? hahaha..

tp yg pasti "bapak pd segala built in" dia kompem bdk laki 4 org tu.. (Zaki,Ap,Hafiz,Fazuan) tu bkn takat setan dah.. atuk segala setan tu.. hahahahaha...

tp bolan pose ni jela dorg cam baik sket sbb masing2 da kena ikat.. muahhahahaa...
famia said :
September 7, 2008 at 8:17 AM
kelambu: hah. cite melayu pon ke? wohhh baru taulah.

me: cehss.. gila TRIMMMMMM CONTEXT budak ni.. ahkahkahaks...woi woi.. aku pose ni..(buat2 x nampak ayat ko kutok).. ko jangan kutok diorang.. kalo diorang sampai sini.. uishh ngeri ngeri.. harap2 diorang tak tahu :p
nurnana said :
September 12, 2008 at 10:41 AM
aku nye baju kurung ada je kena mercun..haha..
baju yg cun dan kesayangan lak tu.
famia said :
September 12, 2008 at 11:59 AM
nana: ahakahakhaks. sape suruh ko tak cermat. tapi memang bes gilela lari pakai baju kurung tanpa kain..~

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.