Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 25, 2008


_Ini sesi bermaafan.

Mintak Sori ye..~~

Memandangkan aku ada lebih daripada 8 baldi dosa. Makanya. Wajib sangat-sangat beli EyeMo dan berlutut merayu meminta maaf dan duit raya rm80 kepada kawan-kawan semua. Aku.. ikhlas. Minta maaf secara ikhlas. Baru original. EyeMo itu sahaja tak ikhlas. Bahan-bahan tiruan terlalu banyak di dalamnya. Barulah cetak rompak.

Apa-apa pun..

*Berlutut sambil menitikkan 8 titik EyeMo di kiri kanan mata.

Ehemmm..

Saya.. saya nak minta maaf. Sebab banyak buat dosa. Perdajalkan kawan-kawan. Lagi suka bercakap secara luar biasa kurang sopan. Minta maaf. Sengaja. Kadang-kadang tak sengaja. Tapinya. Lebih banyak lagi yang disengajakan berbanding tak sengaja. Ikhlas ini (sambil titiskan lagi 8 titik EyeMo tanda jujur).

Kiranya. Minta sori ya..~~

Saya nak minta duit raya halalkan segala makan minum. Kadang-kadang sebenarnya pernah termakan terminum tanpa izin macam pendatang asing. Makan sorok-sorok. Tak pandang kiri kanan. Mana nak tahu. Letak tepi pintu siapa suruh. Ingatkan sedekah. Sebab itu main belasah.

Kiranya. Minta sori ya..~~

Sila menyambut Aidilfitri secara gila sopan. Berhati-hati di jalan tar. Ingatkan saya jangan merempit. Kalau mengantuk, berhentilah di tepi lebuhraya sambil menyanyikan lagu rockapak 80'an 'Pusara Di Lebuhraya'. Kalau saya terpotong kereta anda di tengah lebuhraya selatan. Sengaja atau memang disengajakan atau tersengaja.

Kiranya. Minta sori ya..~~

Sekiranya juga. Umur tak panjang. Kenangku dalam doamu. Tolong sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak. Panjang umur jumpa lagi. Jaga gigi diri. Mekap peribadi.

Aidilfitri.
Cuti datang lagi. Cuti. Cuti.

Sebut 3 kali baru mujarab_

Kategori:

24 Responses to "Ramadhan 21"

Ezad said :
September 25, 2008 at 11:22 PM
aku pun sama
nak mintak ampun dan maaf kalau2 aku tersilap kata, terkasar bicara.

apa-apa yang terlebih dan terkurang tu, aku minta dihalalkan.

semoga syawal kali ni membawa kerahmatan utk ko dan keluarga
Sahrul Izam said :
September 25, 2008 at 11:30 PM
Nak kad raya bersertakan choki2 dulu.. baru leh maafkan.. :p

*Takleh sebut 3kali secara ulangan,mak kata alergik..
KNizam said :
September 25, 2008 at 11:58 PM
selamat hari raya aidilfitri 1429H
maaf zahir batin....hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)
kel@mbu said :
September 26, 2008 at 1:32 AM
slamat hari raya!! haha! =)
M-I-N said :
September 26, 2008 at 2:05 AM
selamat hari raya.maaf zahir je(batin xde kan?kan?)
famia said :
September 26, 2008 at 5:22 AM
alamak. sedih pulee...~~

ezad: yela. sama dengan.

sahrul: tak ikhlas lansong ni.

knizam: sama dengan. mari balikkkk..~~

kelambu: hehe. bemaafan dulu laaa... yela selamat juga.

M-I-N: hehe. manala tau kalo ade ke kan. letakkan aje batinnye sekali. sama dengan ye.
nurnana said :
September 26, 2008 at 7:55 AM
Selamat Hari Raya!
ethereal15 said :
September 26, 2008 at 11:18 AM
salam eid. enjoy holidays.
En Ti Koos said :
September 26, 2008 at 11:35 AM
Pakai eye-mo tak cukup nampak ikhlas..percik sikit air bawang baru real..makan burasak jangan lupa kat gua...Selamat Hari Raya
Hajar said :
September 26, 2008 at 12:20 PM
err... selamat beraya gaklah. mintak maap dr hujung rambut sampai ujung kuku kaki. hehe...

sila berhati2 di jalan tar. jgn merempit masa balik kluang nnt. :D
LediAgli said :
September 26, 2008 at 12:53 PM
slamat ehhhhhhhhh....
famia said :
September 26, 2008 at 12:57 PM
nananya: sama dengann..~~

ayumi: hehe. selamat betunang ye.

t-kos: air bawang? wahhh.. itu bukan je ikhlas.. itu boleh nampak Mekah tau. yee.. burasak... waaa... tak saba nak menebas daun pisang muda buat burasak nii... yahuu..~~

hajar: kakakpu3. sama dengan. jaga diri. mekap peribadi ye. kalau panjang langkah.. munkin boleh singgah2 jb.. kalau panjanglah..
famia said :
September 26, 2008 at 1:01 PM
ledi: selamattttttttttt..~~
September 26, 2008 at 2:21 PM
slmt hari raya. beta maafkan kesalahan tuan hamba. beta bkn ebi. tp ebi tiru beta... dia x byr royalti. huhu!
famia said :
September 26, 2008 at 2:40 PM
xtremist: haha. oke. selamat raya, makanya.
orangkubikeldepananda said :
September 26, 2008 at 2:45 PM
last year aku igt ko lukis gmbr ulat... ke alien ntah.. thn ni ko lukis gmbr org plak.. bgs2.. tp still ade x betul.. mane tgn nye? camne nk salam mtk maap zahir batin ni?

huhuhu.. kang aku wat scr live jela ek.. slamat hr raye.. :D
famia said :
September 26, 2008 at 3:02 PM
me: haha. xleh la lukis kasik lengkap. tak kartun la. oke japgi kite salam ciom pelok bagai.
Chika Chika said :
September 27, 2008 at 9:37 AM
kira jujur ar tuh kan? sebab titik eye-mo pon dikasik tahu secara jujur. mmg sah la jujur.

selamat hari raya.
bak duit raya (ha, lagik jujur!)
kah kah kah

maaf zahir batin
:D
amin said :
September 27, 2008 at 5:27 PM
encik akak, dah dapat dah kad raya yang kiut habessss tuh...tengkiu!!takde alamat arr nak balas balik..thehehe..selamat hari raya aidilfitri!!! Jaga Gigi Hiasi Rumah!!ehehe.
astigebest said :
September 27, 2008 at 8:31 PM
hahaha..selamay ghaye juger :D
ampon maap dipinta
famia said :
September 28, 2008 at 8:30 AM
chika: haha. duit rayeee.. org da nak kawin mane bley dapat duit rayeee...

amin: haha tade hal min. kira setel sudah..selamat raye kembalikk..

as3bes: hihi. sama dengan.
13may said :
September 29, 2008 at 6:46 AM
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Tok Rimau said :
October 5, 2008 at 12:49 AM
Ko punya blog ni paling seru designnya!
famia said :
October 6, 2008 at 9:47 AM
13mei: sama dengan..~~

tok: seru? dah sampai seru gamaknye kot tok.. hihi

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.