Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 03, 2008


_Jam 2 pagi. Subuh. Eh.. belum subuh. Tapi dah sipi subuhlah. Sunyi sepi. Awal pagi. Gila babas punya awal. Aku bangun mandi. Maklumlah.. hari pertama berpuasa. Eceh. Orang lain dah selamat 2 hari puasa pun.. ceh! Hah. Bersemangat. Itu yang paling utama. Lagi penting gila.

Malam itu. Lepas isyak dah tertidur. Belum subuh lagi dah bangun balik. Mata galak. A Galak. Hah.. semua galaklah pendek kata. Mandi pun rilek je. Kental. Tulang belikat ini masih tegar lagi berdiri. Sikit pun tak menggigil. Langsung. Gila kencanglah kekentalannya. Angin malam pun tak berani nak bertiup laju-laju.

Memang kacak.

Lepas 2 pagi. Memang tak tidur. Tak dapat tidur. Itulah masalah aku. Lepas bangun tidur memang tak dapat sambung tidur balik. Tak berapa nak nikmat. Otak aku tak tahu agaknya kenikmatan tidur itu. Susah betul nak tidur balik. Tapinya. Kalau aku tertidur balik. Dan tak bangun-bangun. Tolonglah sedekahkan al-fatihah ya. Hah 2 pagi tadi. Pagi-pagi buta bangun format pc. Memang Wong Edan. Dari jam 2. Sampailah sekarang. Mata bungkang.

Segar. Rapi. Kemas. Terjaga. Galak.

Menonton dunia. Wohhh.. duniaaa.. lihatlah~~

Tapinya..


Itu pagi tadi. Pagi jam 2 pagi. Sekarang dah nak masuk asar pun. Gila kencang 'setanirrojim built in' ini bergayut. Terkebil-kebil aku tahan kelopak mata. Gila kuasa rasa mengantuk ini bermaharajalela. Tulang belikat pun dah menggigil-gigil minta dilipat-lipat. Nak lipat apa kejadahnya. Kejap lagi dah kena berhimpit dalam kesesakan rumahtangga lalulintas.

Uwaaa...

Macamana nak drive dalam kengantukan yang berlipat ganda ini. Tolonglah_

Kategori: , ,

8 Responses to "Ramadhan 2"

Sahrul Izam said :
September 3, 2008 at 11:18 PM
2 pagi format pc?
2 pagi khalwat dgn sang khalik kan lebih baik :)
famia said :
September 4, 2008 at 12:14 AM
hehe. memang itu tujuannye bangon kol 2 pagi. bekhalwat. nyanyikan ayat2 quran bagai.. tapiii.. xkan nak cerita besaran.. hehe.. sendiri2 punye diam2 je sudah. anggap saje itu skop format pc yahh... :p

p/s: misi mencarik malam lailatulqadar..ayuhh
Sahrul Izam said :
September 4, 2008 at 5:48 AM
Ingatkan betul2 format pc jam 2 pagi.
niat dihati mahu lapor pada talikhidmat..
ada kes 363 memformat pc jam 2 pagi.. :p


p/s: misi mencari keredhaan Allah s.w.t..
Dani neh said :
September 4, 2008 at 9:25 AM
bulan pose..

susah untuk aku gagal tidur
ezad said :
September 4, 2008 at 10:53 PM
ceh.. famia tak puasa 2 hari rupanya:D
famia said :
September 5, 2008 at 5:41 AM
sahrul: hehe.

dani: kadang2.. petang2 tu.. memang gila babas ngantuk. masa drive jem pon bley tetido. akula.

ezad: ish. tak perlu la canang sebegitu rupeee..
LediAgli said :
September 9, 2008 at 12:24 PM
ishk ishk.. ko ni.. sape aja 2pagi tu sipi2 dengan suboh?
famia said :
September 9, 2008 at 1:08 PM
akula. haha. aku kan bijak bestari.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.