Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 25, 2008


_Minyak naik harga. Turun harga pun tak berapa nak ikhlas. Turun jadi rm2 lah kalau berani. Lagi. Harga tepung pun naik. Harga dakwat hitam pun naik (aa.. pasal itu kad raya aku tulis tahun ini warna ungu). Harga dakwat ungu tak naik. Lagi. Harga kertas pun naik. Tambahan lagi juga. Harga besi pun naik.

Makanya.
Sebab itu tak perlu bagi duit raya.

Tapi tak apa. Tahun ini aku bagi juga duit raya. Cumanya. Terhad saja. Sebab sudah ada idea bernas. Bagi mengelakkan daripada bersedekahkan duit raya secara kering begitu saja. Hoh Hoh hoh (ini gelak senang hati). Hey! Ini bukan kedekut nak mati tau. Ini cara berjimat. Lagi pula bagi duit raya perlu diukur dengan unit keikhlasan masing-masing.

Aku ikhlas.

Makanya. Sebab itu kena catu sikit duit raya. Pasal aku... ikhlas. Unit keikhlasan aku adalah 8cm cuma. Makanya. Sebab itu kena catu sikit duit raya. Pasal.. aku ikhlas. Aku ikhlas. Aku ikhlas. Takaful Ikhlas. Damn. Ulang banyak kali bermakna tak ikhlas sebenarnya. Ini teori psikologi manusia.

Peduli.

So..

Cara-cara Untuk Mengelakkan Daripada Memberi Duit Raya:


  1. Letak duit 1 sen sebanyak 10 keping dalam sampul duit raya. Nampak macam banyak dan berat sikit. Barulah orang kaya.

  2. Letak Chokichoki 1 biji dilipat-lipat tiga dalam sampul duit raya. Nampak macam segompol duit kertas. Barulah orang kaya.

  3. Sebelum budak-budak datang beraya. Diri depan pintu rumah. Sambil nyani lagu Gong Xi Fa Cai. Dengan baju melayu merah bersampin hijau berseluar kuning. Tangan mesti pegang periuk dan senduk. Ketuk ketuk itu lebihkan sikit. Baru feel. Barulah orang kaya.

  4. Letak parang, sabit, garpu, sumpit, penyapu buluh, pokok buluh, pokok bakau (kalau ada), kapak dan segala objek tajam lain betul-betul depan pintu rumah. Sepah-sepahkan objek-objek tersebut penuh depan pintu. Baru hari raya. Barulah orang kaya.

  5. Letak batu nisan depan pintu pagar rumah. Balut pintu pagar dengan kain putih. Pakai baju serba putih. Rambut kasi dye putih. Kuih-muih semua biarkan putih. Letak air mawar dengan air yasin satu jag tepi pintu. Kalau ada orang datang, renjis dengan air yasin dulu. Baru renjis dengan air mawar.



Hah.

Nak tiru, tirulah. Memang cepat terpengaruh betul_

Kategori:

13 Responses to "Ramadhan 19"

Sahrul Izam said :
September 25, 2008 at 12:38 PM
Nak kad raya~~~~
famia said :
September 25, 2008 at 2:17 PM
sahrul: laaa.. x mintak awal2. kan da tak sempat nak pos. sape2 yg mintak kad raye dapat chokichoki diselitkan (ini khas utk kad raye yg dipos saje)
Hajar said :
September 25, 2008 at 2:38 PM
isk. no. 5 tuh mmg sadis. cm beraya kat 'belakang masjid' lak. huhu...
ethereal15 said :
September 25, 2008 at 3:28 PM
nak hadiah.
M-I-N said :
September 25, 2008 at 5:40 PM
boleh ke choki² lipat tiga?xpecah ke?no.4 tu letakkan papan tanda depan rumah "awas!kawasan periuk api"no.5,instead bagi duit raya,bagi kain kafan.
Sahrul Izam said :
September 25, 2008 at 7:52 PM
Alaaa~~~~~ Nak jugak!
sempat lagi kan? huhu..
famia said :
September 25, 2008 at 8:24 PM
hajar: haha.. masjid berkat ape. kan..~~

ayumi: err.. ajar flirting dulu. haha.

M-I-N: eee.. kain kapan mahal lah. molek2 pulak tu.. sayang tuuu. bagi sampul raye letak kuih raye dalam tu pon da kire bagos. apekate? hihi.

sahrul: bak alamat. kalo sampai lepas raye mintak maap siap2 la ye.
Sahrul Izam said :
September 25, 2008 at 9:07 PM
Nak kasi alamt kat sini ke?sya kasi kat ym.. ada ym tak? hehe..

*yes dpt choki2 made in almari :p
ezad said :
September 25, 2008 at 10:36 PM
sebanarnya cik famia, idea 1-5 tu tak berapa mujarab. menyusahkan lagi adala.. yang paling mujarab adalah ini..

6. buat bodo je dpn budak2 tu. buat2 tak nampak. depa dtg rumah, ko layan tv je... dia org tego ko buat derk je. tak yah salam2 pun.

*ala.. dia org tu salam bukan nak minta maaf sgt pun...*
famia said :
September 25, 2008 at 11:27 PM
sahrul: almari?

ezad: haji bakhil sungguh orang tua ni. ish ish ishhhhh.. ko kena mintak maap ngn bebudak yg salam tu. selamba je tanpa was was buruk sangka. kesian diorang datang nk minom sirap tau.
Sahrul Izam said :
September 25, 2008 at 11:34 PM
Dalam almarikan ada choki2.. hehe~~
nurnana said :
September 26, 2008 at 7:59 AM
serius, budak famia ni mmg bg choki2..

tak tipu.

dan kad raya dia sgt canteks~~~

wa wa wa wa... (tiru gelak ayumi)
famia said :
September 26, 2008 at 10:06 AM
sahrul: lemari bukulah.

nananye: haha. mintak maap. first batch mmg dapat kad raya handmande yg buruk. sob sob sob. mintak maaapp.. *tundukk..~~

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.