Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, September 20, 2008


_Dah nak masuk minggu 3 suku Ramadhan. Lagu raya belum boleh go lagi masuk telinga. Asal dengar lagu raya dekat supermarket je boleh depressed. Ini boleh meruntun jiwa. Asal dengar lagu raya dekat supermarket je teringat ketupat dan burasak. Ini boleh meruntun perut. So, aku memang tak pasang lagu raya.

Hari itu baru pasang.

Berkumandang dalam bilik. Pasang separa kuat. Siap muat turun balik koleksi lagu-lagu raya. Waemah memang dah burn dalam CD. Dulu-dulu. Makanya. Kirim salamlah nak geledah CD sebiji demi sebiji. Disebabkan malas berlipat ganda, maka muat turunlah adanya. Saja nak test iman. Tengok lut ke tak lut.

'Satu hari di hari raya.. dua hari di hari raya..'

Setengah jam berlalu. Masih sebati lagi. Oke go.

'Mintak mak, kuih sepotong.. dua potong.. tak boleh potong.. saya mahu makan kerna perut kosong...'

2 jam berlalu. Dah kembang telinga. Tanda-tanda nak depressed. Semakin kencang. Tapi masih boleh go lagi.

'Duhai bonda... duhai ayahanda.. duhai nenekanda..'

4 jam berlalu. Buat kerja serba tak kena. Elok mood tengah stabil layan kemas tongkang pecah. Terus jadi gerak perlahan. Tak berapa nak stabil.

Tiba-tiba.

Nampak siling bilik dipenuhi ketupat palas dan burasak. Mereka terapung-apung. Secara gerak perlahan. Kuah kacang turun bagaikan cat basah dekat dinding bilik yang berwarna pink. Bau harum mereka sekaligus mencanang bunyi gendang perut. Gila meruntun jiwa.

"Wawww...~~"

Terkebil-kebil aku tengok siling bilik. Mata bercahaya. Seperti ada bintang-bintang. Pling~ Pling~ Pling~. Bunyi mereka. Siap ada efek khas CGI lagi. Ada pelangi. 7 warna.

Biar betul.

Aku starlait dahi. Aku tutup. Aku turun. Aku main masak-masak. Kejamlah lagu raya ini. Gila meruntun jiwa dan perut. Sebab itulah aku malas nak pasang lagu raya. Memang mereka kejam. Serbia. Serbia. Puak serbia. Sayulah hati macam ini_

Kategori:

13 Responses to "Ramadhan 16"

aminorazmi said :
September 20, 2008 at 4:23 PM
ahahahahahahahaaaa...baek punya imaginasi..tapikan, part "Kuah kacang turun bagaikan cat basah dekat dinding bilik" tu...agak-agak berkesan jugak laaa....Petang ni mau pi cari cucur udang kuang kacang ni...ehehehe
ezad said :
September 20, 2008 at 10:35 PM
asal lagu raya je mesti tajuk dia selamat hari raya...

asal tajuk selamat hari raya je, mesti lagu raya...

alaa.. kau ckp je la lapar.. punya pajang entry last2 cerita pasal makan gak..

lapar la tu
famia said :
September 21, 2008 at 5:15 AM
amin: ahakhaks. amin ni mmg cepat tepengaroh.

ezad: mana de lapa. tak lapa pon. langsong tak.
ladymiaka86 said :
September 21, 2008 at 1:28 PM
haluu kak huxai... miz u.. slmt berpuasa (err..sori..t'lmbt wish..)
entry pjg2 tu citer psl ketupat bagai wat rase lapo sesangat ler...kuikuikui...
Hajar said :
September 21, 2008 at 4:06 PM
waha. apsal tetiba terbayang imaginasi ipin di kelilingi segala jenis ayam? huhu. sabar jela.

sebab itulah saya tidak mendengar lagu raya langsong tahun ni. :)
LediAgli said :
September 21, 2008 at 4:25 PM
ko nih.. time ada makanan.. tanak makan.. menten hensem lah sangat.. time tak bleh makan.. dengar lagu pon teringat makanannnn... apa arrr
ezad said :
September 22, 2008 at 6:42 AM
ledi
betul..betul... betul... :D
famia said :
September 22, 2008 at 8:33 AM
ladymia: haih. sue kah? hehe. selamat pose juge ek. kan ketupat memang sedap.

hajar: ahakhaks. kann.. tapi entah kenapa tak begitu bermaya nak dengar lagu raya. entah bile lagi jumpe ramadhan. hmm..~~

ledi: prong prang prong prang.. hihi *sumbat telinga dgn chokichoki.

ezad: ha. jadila batu api neraka. kena mintak maap byk2 ni nk raya.
En Ti Koos said :
September 22, 2008 at 1:17 PM
aku rindu nak makan burasak...semenjak jiran sebelah rumah aku pindah..dah tak merasa makan burasak lagi.....
famia said :
September 22, 2008 at 2:02 PM
tikus: burasak senang saje. tapi burasak memang sodap.
nurnana said :
September 22, 2008 at 2:10 PM
kau ni mmg suka tgk citer wayang ni..

err..burasak? apekah?
famia said :
September 22, 2008 at 2:30 PM
nana: burasak adelah makanan rasmi org bugis. hihi.
kopi said :
September 23, 2008 at 2:50 AM
ahaa..baru nak tnye pasal burasak..mmg kat johor je kan ade?ye ke?kalau salah,tolong betolkan..hehe..dulu jiran selalu jugak bg burasak tu...nyammm

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.