Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 18, 2008


_Tadi.

Aku: Haa, esok siapa bagi training?
Manusia N: Tak tahu lagi ni. Ada 3 orang.
Aku: Haa.. apa kata korang osom.
Manusia N: Haha. Tu main masa kecik-kecik kan? Ada batu, air, kertas, gunting, burung.
Aku: Eh, sampai sekarang pun osom je. Tapi, apasal banyaklah pulak. Bukan batu, air, burung ke?
Manusia N: Ada 2 jenis kan? Satu tu ada batu, air dengan burung. Satu lagi ada batu, kertas dengan gunting.
Aku: Woh, ya tak ya gak. Tapi kalau kita main osom mesti keluar batu je.
Manusia N: Haha. N(memang nama sebenar) pun tak pandai osom. Samalah.

Sejak alam semesta diwujudkan. Sampai sekarang hidup. Memang keluar batu je. Apasal entah. Nak kata tak kreatif, kreatif je (woi.. ini riak takbur ni. tarik balik). Hah. Tak adalah kreatif mana. Sikit-sikit je. Tapi nak kata tak pandai nak keluarkan gunting, air, kertas mahupun burung itu tak adalah sampai tahap bengap pun (cuma sedikit lurus dan dungu je).

Tapi memang dia tak keluarlah.

Hairan.

Asal main osom je Dani menang. Asal Dani menang je main osom. Tak best betul. Kejilah Dani. Blackmail hidup-hidup. Bertahun-tahun tau_



Kategori:

6 Responses to "Ramadhan 15"

LediAgli said :
September 18, 2008 at 2:03 PM
Ishk. aku pon tak reti main osom. aku tau aku menang bila orang cakap aku menang. tapi kan. tu lah. osom tu antara benda penting.. terutama ketika buat keputusan untuk kampeni

ishk.. ko blom ubatkan lagi ke ko nyer tarikh hijrah tuwh?
abanglong said :
September 18, 2008 at 4:17 PM
agak agak paklah ngan bang ajib osom gak ker dulu ??? sapa menang dapat seri perdana!
Sahrul Izam said :
September 18, 2008 at 8:23 PM
Main osom ada burung ke??
famia said :
September 20, 2008 at 3:46 PM
ledi: tepat. osom memang penting dlm kehidupan *mengerutkan kening tanda serius.

abanglong: memang osom tu. konfem.

sahrul: ada. versi ke 2.
nurnana said :
September 22, 2008 at 2:19 PM
aku main batu, air dgn burung je.

aku tanya opismate aku, kertas dgn gunting cemana.. dia pun tunjuk la..

dia ckp ada versi lain, matahari, burung, air, batu..

alahai, byk nye versi.
famia said :
September 22, 2008 at 2:34 PM
nana: haha. betol betol. tapi osom memang solusi yg agak terbaik jugela nk buat keputusan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.