Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 17, 2008


_Sebelum itu. Ramadhan 14 sama sekali tiada kaitan hidup dan mati dengan 14 Ramadhan. Ini bukan countdown puasa. Ini countdown kejadian yang jadi dalam bulan puasa. Wahai kawan-kawan. Harap mengerti. Perasaan kalendar Islam itu sendiri. Dengan Al-Kisahnya...lah ini. Oke gud.

Kami berbuka mihun.

Itu saja. Sekeluarga. Itu saja. MakKanda masak. Sedap. Sedap. Alhamdulillah. Alhamdulillah (ulang 2 kali, repetition makes perfect). Itu saja. Alah, makanan riuh semeja pun bukannya luak. Nafsu mentekedarah kami nipis. Menyedihkan. Menyedihkan. Pilu. Sadis. Memang menyedihkan. Sadistik.

Selalu waktu berbuka. Enjin esofagus aku memang lambat betul dia nak warm up. Bila bang je, terkebil-kebil. Cari air. Pandang kiri kanan. Cari air. Telan. Seteguk. Toma'ninah. Dua teguk. Toma'ninah. Tapi biasanya aku tak telan air. Sejam lepas makan baru cari air. Kira berbuka je laju-laju cari makanan paling manis dan kacak embun dalam juadah berbuka (supaya wajah kelihatan lebih manis dan kacak).

Kurma, mungkin. Kuih-muih, juga mungkin.

Eh...

Tahukah anda, perempuan kalau makan tak minum air adalah tidak baik untuk kesihatan tekstur badan. Bermaksud, badan akan menjadi liat. Seperti tanah liat. Ini bukan tipu. Ini betul-betul. Orang tua yang mana satu entah bagitahu. Sebab kata beliau, badan bininya adalah agak liat. Pasal selalu tak minum air lepas makan. So, mari bayangkan apa kesan khas CGI badan liat. Terhadap wanita.

Oww...waww..~~

Woi..woi. Cukup. Cukup.

Hah.. tadi makan mihun. Aku makan dengan kelajuan 8km/j. Tak termampu nak melahap. Angin dah duduk senyap-senyap dalam perut. Sebu. Terasa dinding perut begitu kebal. Digoyang ke kiri ke kanan pun terasa ada makanan gerak-gerak (apakahh..??!?!??!). MakKanda pula makan begitu laju. Kesian mak saya. Penat dia kerja sepanjang hari. Jadi surirumah tidak begitu senang. Tapi tak apa. Itu cita-cita saya.

Hee hee hee...~~

Mak sendawa. Mak kekenyangan. Mak tersandar dekat kerusi.

"Mak.. lajunya mak makan." Aku terkebil-kebil.
"Hah. Orang makan bukan macam kau. Laju-laju makan mi macam orang Cina makan."
"Oho. Saya toma'ninah sikit sambil makan."
"Oi.. itu solat. Ini makan. Makanlah laju-laju. Kau selang seli berhenti mana tak kenyang."
"Oke oke."

Aku tak sendawa. Aku dah kekenyangan. Aku tersandar dekat kerusi.

"Hah. Itu karang buang je nanti tu." Mak pandang ketat.
"Takkk.. tak punya. Kejap nak brek."
"Yelah tu."

Haah.

Yalah itu. Yalah itu pun habis je makan. Lembablah tapi. Alah, macam tak biasa je_

Kategori:

9 Responses to "Ramadhan 14"

ezad said :
September 17, 2008 at 10:27 PM
time buka puasa, makan apa yg patut je. tak la nanti time sembahyang berjemaah asyik sendawa je. pas tu bau busuk..

ganggu betul!

tak der kaitan dgn cik famia, kaitan dgn jemaah yg lain2 :)
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 10:40 PM
Dah 14 dah?cepatnye..
terlepas bas lagi..
urgh!
famia said :
September 17, 2008 at 11:07 PM
ezad: haha. betol. betol. memang kaco. nak sopan.. sendawa la tutop mulut. barula ada adat ketimuran. ni belahak mcm ishhh... x boleh blah.

sahrul: tunggu bas lain. saba itu 3 suku drpd iman.
nurnana said :
September 18, 2008 at 8:23 AM
aku pun makan laju-laju.
sumer opismate pelik dgn aku, start paling lmbt masa makan. Habis no. 1. haha.

takde toma'ninah langsung.huhu.
kalau mkn mi, mihun, kue teow lagik laju.
mkn dgn chopstick lagik laju.
famia said :
September 18, 2008 at 8:36 AM
nana: wawwww...~~ (kagum)
LediAgli said :
September 19, 2008 at 5:03 PM
Ishk Ishk.. ko memang.. mau mati kering eh?
nurnana said :
September 22, 2008 at 2:15 PM
ok... baru aku paham apa tu Ramadhan 1, Ramadhan 5, Ramadhan 14..


bila aku pikir, punya pikir....

kau pun sama gak mcm aku la,. Puasa I, Puasa II, Puasa V....


ok..ok..paham....


p.s: lampi sket..huhu...ampun...
famia said :
September 22, 2008 at 2:33 PM
ledi: mane ade kering. solid lagi sepeti batu. haha.

nana: ya allahhhhhhhhh.. syukurlah Kau telah kurniakan kawanku ini kecerdasan akal yang sedikit pantas walaupun tak berapa nak pantas.
nurnana said :
September 26, 2008 at 8:05 AM
haha..
ter 'blur' la..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.