Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, September 17, 2008


_Fuh. Berpeloh-peloh aku bangun sahur. Gila ngeri. Peluh sebaldi. Gara-gara mimpi bukan-bukan. Ehemmm.. mimpi yang bersih-bersih ya. Tak ada yang bersih melainkan yang bersih-bersih aje. Lagi sekali aku tekankan. Mimpi bersih tau. Bersih. Kuning. Bersih. Kasi selit sikit. Haha. Woh.. tak fikir bukan-bukan ek? Bagus. Bagus. Aku je yang fikir bukan-bukan. Hahahaha..

Orang-orang tua kata...

Kalau mimpi sebelum subuh, itu selalu mimpi satan. Walaupun mereka diikat di sana (mana ek), tapi tetap dapat kejar dalam mimpi. Hebat. Hebat. Itulah satan. Tapinya. Nasib baik mimpi cuma mimpi. Lagi pula, orang-orang tua selalu berkata mimpi biasanya adalah terbalik daripada apa yang sepatutnya jadi dalam mimpi. Makanya. Mimpi is mimpi. Kenyataan is kenyataan. Nyah kau satan.

Tapi ngerilah. Mimpi jumpa hantu. Isk..

Aku dah lama tak mimpi-mimpi masa tengah tidur. Gila kencang dia punya nyenyak. Tenang. Tenang. Tak ada siapa pun boleh terjah masuk. Itu tidur dalam iman namanya. Haha. Banyaklah aku punya iman. Ah.. tapi betul. Mimpi itu, aku pergi sekolah lama. Masa sekolah menengah. Dekat tingkat kedua teratas, ada satu bilik. Bilik itu keras. Ada 'benda'. Tak ada siapa berani lalu situ.

Eh..

Haahlah. Walaupun aku cepat hilang ingatan dalam jangka masa pendek, tapi baru teringat. Aku dah pernah mimpi sekolah itu. Dengan bilik itu. Banyak kali. Memang keras. Wah.. ini ngeri ini. Lagi pula, tiba-tiba lepas turun dari sekolah itu kena jadi babysitter. Gila banyak baby cute. Semua mak bapak pakat passing baby suruh aku tengokkan.

Apakah kerelevanan mimpi menjadi babysitter ini..??

Dah. Dah.

Tak perlu cakap apa-apa. Aku tahu korang nak cakap apa. Tapi aku rasa aku tahulah kenapa aku mimpi bukan-bukan. Ini mesti pasal aku tidur dalam timbunan kain dan lemari yang bersepah macam tongkang pecah dalam bilik. Hah. Tak dapat disangkal lagi. Memang sahihlah itu_

Kategori: ,

15 Responses to "Ramadhan 13"

nurnana said :
September 17, 2008 at 9:20 AM
emm..tapi bulan puasa takde satan.

maka, lepas ni kau akan jadik babysitter betul2.haha.
me_ said :
September 17, 2008 at 10:09 AM
mungkin tu petanda dah tiba msnye ko tukar keje baru lak............. jd BIBIK... muhahahahahhaha...
faisol said :
September 17, 2008 at 1:36 PM
terima kasih sharing info/ilmunya...
selamat Berpuasa... semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin...

mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah...? untuk itu saya membuat tulisan tentang
"Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"

silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
famia said :
September 17, 2008 at 5:09 PM
nana:
hah takpe. aku suka budak2. mereka orang katik paling kiut dalam semesta.

me:
haha. jangan sebot. aku tukar keje betol2 kang. tp bukan babysitterlah.

faisol:
err.. salam kembali. waww.. rajin. oke terima kasih.
LediAgli said :
September 17, 2008 at 5:28 PM
owh. aku paham. ko mesti akan dikurniakan budak dalam masa terdekat nih..

btw, kalendar hijrah ko tu.. erm erm erm.. cam pelik je.. 13 ramadhan 17 sept? ishk
famia said :
September 17, 2008 at 9:43 PM
ledi: aminnnn. tapii.. siapa bapaknyaaa?? haha. (13 ramadhan x bersamaan dengan ramadhan 13 wahai kakak. ko org kedua konpius. haha)
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 10:35 PM
Dah Ramadhan 13 rupanya...
Tertinggal bas mini kaler pink..
iskh!
famia said :
September 17, 2008 at 11:09 PM
sahrul: ala.. lepas raya boley baca lagi. tak lari mane pon.. hehe.
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 11:25 PM
takleh! mak cakap ini rukun..
takleh tak buat..
nanti mak pandang ketat hari2..
hehe..
famia said :
September 17, 2008 at 11:31 PM
woooo.. jangan salah tafsir. rukun adalah ibarat tiang. adeke pulak. salah ajaran tu.
Sahrul Izam said :
September 17, 2008 at 11:35 PM
woooo.. bukan mahu main pasir,
mak kata mesti ada rukun tertangga,
bru kita aman,
ikatan silaturrahim akan berkekalan..
bukan
ikatan setannirrojim built in
tak salah mak cakap..
famia said :
September 18, 2008 at 5:43 AM
sahrul: begitu. begitu.
Sahrul Izam said :
September 18, 2008 at 8:15 AM
begitu sahaja?
nurnana said :
September 18, 2008 at 9:47 AM
org katik?
mesti kau akan suka aku, aku comel.haha.
famia said :
September 20, 2008 at 3:47 PM
nana: ya. ko comel.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.