Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 16, 2008


_Masyaallah. Macam sardin. Lagi kronik daripada bas mini.

Hah. Hari-hari naik LRT memang macam ini. Walaupun naik dekat stesyen Terminal Putra. Dia punya suhu badan sama je macam naik dekat stesyen Wangsa Maju. Tak berapa nak suam kuku. Bayangkanlah. Dekat Terminal Putra itu je dah ramai gila umat. Berbaris sampai ke tangga. Stesyen pertama tau.

Memang nikmat bulan Ramadhan sungguh.

Rasanya semua orang malas nak drive bulan puasa ini. Macam akulah. Setiap kali drive, memang ajaiblah kalau tak mengantuk. Kadang-kadang terpejam 5 saat. Dalam kesesakan jem. Yang kronik. Itu nasib baik tak kena hon. Kalau kena hon, memang sumpah terkejut. Selalu kalau dah terkejut, memang hilang kejap dia punya mengantuk.

Sekejap jelah tapinya.

Tapi. Kalau naik LRT itu. Memang lain langsung. Dia punya rasa, memang serupa macam naik bas mini pink masa zaman belajar dekat ITM Shah Alam dulu kala. Sebijiklah. Pendek kata. Katanyalah.

"Hah.. masuk masuk. Boleh masuk lagi dalam itu."
"Tak boleh dahhh.."
"Bolehhhhh. hah masuk masuk. Yang belah dalam itu ke tengah sikit. Masuk masuk."

Gila.

Yalah itu. Waemah perut LRT itu dah separuh mati nak tersembul keluar. Semua orang pakat berhimpit-himpit. Rapat. Ketat. Penyek. Tak ada ruang. Memang menangis. Dalam situasi macam sardin itu, kalau ada kesempatan nak buat gangguan teksual seksual pun tak terdaya. Gila rapat. Nak pusing muka pun tak terdaya.

Daripada Terminal Putra ke Kerinchi. Itu masa nak pergi. Berdiri. Dan berdiri. Sepanjang perjalanan. Dihimpit. Terhimpit. Dah serupa itu ikan bilis. Balik pun sama dengan. Berdiri. Dan berdiri. Sepanjang perjalanan. Dihimpit. Terhimpit. Dah serupa itu ikan bilis.

Balik je jadi ikan bilis masak lemak. Dia punya penat berjuang naik LRT. Memang masak. Jangan tanyalah_

Kategori:

7 Responses to "Ramadhan 11"

ezad said :
September 16, 2008 at 6:40 AM
ajaib sungguh la KL ni...
dah ramai naik lrt pun jln tetap jem. tp pakat2 bawak kereta pun lrt mesti mcm tin sardin gak..
hmmm

huh... naik bas mini 20.. dr tmn permata ke bangkok bank.. ahaha..

ada lagi ke bangkok bank tu?
Dani neh said :
September 16, 2008 at 9:31 AM
Ha-ah.. Bangkok Bank tu... ade lagi ke aa...
Aku naek bas 69 cityliner(dulu) / 11D intrakota.

Skarang Bas Metro #11 jek direk gi ctu.. Rapid KL kene tuka2 bas.. hu.. tabes langsung..

Dah 2 tahun meninggalkan zaman Kenderaan Awam.. Patut la maken gemuk dan tak fit. Jalan sikit letih.. Fuh Fuh Fuh..
famia said :
September 16, 2008 at 10:30 AM
ezad: bangkok bank sentiasa wujod je kat CM tu. x pegi mane2. bas mini je x wujud kat kl dah. sah alam je ade bas mini.

dani: skang sume rapid kl. tang mane yg rapid pon aku xtau. isk.
esbradz said :
September 16, 2008 at 3:20 PM
chup!
dah tukar gov ke? harini kan 16 sept..ke tak jadi?
..hehe

baru berangan2 nak merasa harga petrol cam zaman sekolah!
13may said :
September 16, 2008 at 3:25 PM
bangkok bank....lama aku dgr nama tuh..ingatkan dah pupus...
nurnana said :
September 16, 2008 at 3:39 PM
aku penah naik bas mini masa kat itm.
aku rasa macam ada lagik je bas mini pink tu.

rapid kl mmg x rapid. nama camtu propaganda je.

sila jangan percaya.
famia said :
September 16, 2008 at 4:43 PM
esbradz:
gomen? haha. xde maknenyee masok gomen. 16 september? belom lagi tu. hehe. pelan2 kayuh.

13mei:
hesh.. idop lagi.

nana:
haha. sah alam ngn bas mini adelah sinonim. tak dapat dipisahkan. bagai isi dengan tulang. ahh rapid.. iskk x boley nak kate ape. kokak pon aku kene naik gak. isk.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.