Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, September 14, 2008


__Hari ini main masak-masak dengan mak. Sesi menuntut ilmu. Daripada tok guru yang paling arif dan paling cekap memasak makanan paling sedap dalam dunia. Kami buat kuih cornflakes berbadam bercoklat cip. Entahlah apa nama sepatutnya. Nanti kena tanya tok guru balik nama 'kuih apa nama sepatutnya' itu.

Butter. Gula. Telur.

Zreennggg...zreenggg..
Greennggzzz.. grenggzzzz..
Zregerengggggsss..

Bunyi mixer.

Ahh. Pandai-pandailah korang bunyikan. Nampak macam sedap je segala makhluk yang duduk dalam bekas itu. Entah berapa kali telan air liur. Butter, gula dan telur. Belum masak pun nampak kacak. Sedap apatah lagi. Sapu kat roti pun macam layan. Hee hee hee. Kan.

Woi..woi.. astaghfirullahalazim.


Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita tambah milo sikit nak alang-alang?" Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita tambah nestum sikit nak? Alang-alang dah letak cornflakes ni." Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. letak coklat banyak sikit boleh? Choki choki sikit. Milo sikit ke." Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek. Hitam nanti." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kacau pakai tangan pulak boleh?" Sengih tak larat.
"Jangan nak merepek. Pakai mixer tu dulu." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita letak adunan dalam paper cup pastu balut dengan coklat nak." Sengih-sengih.

Mak diam.
Mak jeling.

Malas nak layanlah itu_

Kategori:

15 Responses to "Ramadhan 10"

LediAgli said :
September 14, 2008 at 5:00 PM
seriyes kesian kat mak ko.

takpe lah. bukan senang nak seret anak dara sorang ni ke dapo
Sahrul Izam said :
September 14, 2008 at 7:58 PM
Kserrr.. kserrrr..
Keceperrr.. <-- takleh lupa bunyi nie.. :p
ezad said :
September 14, 2008 at 9:51 PM
kuih cornflakes berbadam bercoklat cip tu untuk juadah buka puasa ke untuk hari raya yang bakal menjelang nanti?
famia said :
September 15, 2008 at 5:54 AM
ledi: mane de. senang je nk seret gi dapo.

sahrul: huish.. agak2lah. lupekan. benda x elok mmg x elok dikenang2.

ezad: mestila raye. hah aku da tau da name die. dropped cookies la :p
!x0r@ said :
September 15, 2008 at 6:36 AM
cantiknya design blog ni.. :)

eh,ingatkan ada resepi tadi.. semangat saya baca. haha
September 15, 2008 at 6:58 AM
kekeke. budak nie sgt manja.

mak mak, kalo Famia Hauzai kawen ngan ET bleh tak. lantas mak diam tanda setuju senyum tanda suka!
famia said :
September 15, 2008 at 8:37 AM
ixora: hehe tengs kakak ixora. mintak maapla. resipi mmg tak wujud dlm ni.

thinker: mane de manje wohh.. kawen? haha. xpe timekasih. tlg sediakan parang sebelum hujanla.
Nana CS said :
September 15, 2008 at 2:11 PM
aku x penah wat biskut raya.
tunjuk2 je, udeh..

kalo x sedap, leh salah kan penjual.
famia said :
September 15, 2008 at 3:09 PM
nana: haha. sebenanye.. biskot raya ni kalo ko edjas sikit kiri kanan resipi dia.. mmg bley jd benda lain.. kiranya.. kreatif tanda kejayaan. berus.. sahalah.
me_ said :
September 15, 2008 at 11:35 PM
sy x suke biskut raye.. kaler ngn design je yg customize.. tp rs sume same.. sy plg suke nasik impit kuah kacang.. sedapnyeeeeeeeeeeee...

x sabar ni nk mkn nasik impit kuah kacang pg raye... yum yummm...
famia said :
September 16, 2008 at 5:30 AM
me: hah. ko memang.. ko bukan butter based. corn based pon bukan. aku cume suke kuih2 tradisional je. tu mmg tulen dia punya rasa. bangkit.. bahulu.. tart bunga.. putu kacang.. heee.. da tecerita psl raya ni. alamak..~~

haa.. burasak..~~
haaaa.... ketupat palas dan kuah kacang..~~

*terliorlah (walaupon sekarang 5.30 pagi)
danineh said :
September 16, 2008 at 9:26 AM
macik majnun bagi backhand jek laen kalik..

*sbenanyekan hajat dihati aku tahun ni nak belajar2 dgn Macik Majnun nak wat Brownies dgn Kek Batik (Belajar dari ko yang tumpah boleh a.. hahak) Tapi... erm..
bile tah time free nye..

uhu...

Canggeh tu.. raya nih bleh buat brownies dgn kek batik.. uhu.. ai laik

[Aku tanye kat YM lagi pantas, sbb tu aku malas tanya cni, aku tak rajen jengah blog balik sampai esok]
famia said :
September 16, 2008 at 10:31 AM
dani: hehe. kek batik basic je. aku da ingat. x tompah ponnn dah. marila main masak2. brownies x penah buat da taim raye kalo xde open haos. rase cam mmg da lame gile x buat.
nurnana said :
September 16, 2008 at 3:44 PM
aku tak suka kek.
tak tahu lah tekak apa.
biskut ada rasa cam susu2 pun tak leh masuk..

p.s: teringat susu pension. haha.
famia said :
September 16, 2008 at 4:48 PM
nana: alaa.. susu antara geng makkhluk kacak dalam dunia ni. nikmat tau.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.