Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, September 13, 2008


_Semalam petang. Bertempat di opisto. Saat-saat jam mahu dipukul sebanyak 5 kali. Mesin faks. Benda alah yang tak pernah dipakai sepanjang hidup. Aku tak pernah guna faks. Tapi nak kena belajar pakai. Mencabar itu. Cuak woh. Maklumlah. Simptom penyakit Choki Choki memang begini.

Nak dijadikan cerita. Slip transaksi pembayaran yang bersaiz SS itu nak difaks. Kecil itu. Kecil habis. Kiranya.. lepas ke nak difaks kering-kering macam itu. Fikir punya fikir, aku ambil keputusan nak tanya orang yang duduk belakang aku. Dani.

"Emm.. macam nak tanya kau ni."
"Ha.. kenapa xai?" Dani angkat kening sebelah. (ini tanda orang kacak)
"Emmm... kalau aku faks resit transfer duit tu. Mesin faks tu hantar sekali ke slip tu eh?" Aku tanya dengan ikhlas. Gila bersih punya innocent.
"Hah..?!" Dani dah berkerut.

Mulut dah lari alignment. Kesudahannya Dani gelak besar.

"Hahahahahahahaha..alaa xaii..hahaha.."
"Alaaa kau ni..memangggg.. tu yang malas nak tanya ni. Lama tau aku fikir nak tanya ko ke tak."
"Hahahahahaha.. oke oke.. hahaha.. taklah xai. Mestilah dia tak faks slip tu ke sana. Dia buat copy je. Walaupun kita letak bercolor-color pun dia tetap dapat black and white." Dani explain sambil tahan gelak.

Keji. Itulah simptom orang tak suka Choki Choki.

"Woh. Oke."
"Kekekekeke.. alahai xai.. kekeke.."
"Yela. Yela. Tak tanya dah."

Aku pusing depan balik. Malu woh. Sampaikan Fazzy yang duduk hujung itu pun boleh datang depan kitorang. Saja nak up sikit perencah cara mesin faks itu beroperasi. Masa ini. Jangankan Choki Choki. ABC pun malu nak mengaku makanan kegemaran aku dah. Baru aku tahu macamana jadi pembaris dengan tiang. Lurus gila. Orang belum matang memang macam ini. Patutlah. Semua gigi bongsu belum tumbuh sopan-sopan walau sebatang pun.

Woh. Patutlah..~~

Tapinya. Memang lagi dulu pun aku konfius. Mesin faks itu takkanlah sebegitu hebat boleh hantar kertas-kertas itu semua kering-kering macam itu je kan. Isk. Choki Choki_

Kategori: ,

18 Responses to "Ramadhan 9"

me_ said :
September 13, 2008 at 1:45 PM
seb baik aku dah blk time tu.. kalu x kompem aku org pertama gelak guling2 sampai tgh mlm.. muahahahahahhahahahahahhahahahahahaha....
ezad said :
September 13, 2008 at 5:57 PM
kalo boleh hantar terus, itu bukan mesin fax namanya.. itu...

POSMEN
famia said :
September 13, 2008 at 10:06 PM
me: teruk.

ezad: woh.oke. sori la ade kwn dungu mcm ni. :p
September 13, 2008 at 10:42 PM
huhu... nk kije tmpt u bley?
Sahrul Izam said :
September 13, 2008 at 10:53 PM
Kalaulah mesin faks tue boleh terus hantar apa yg kita nak faks.. bolehlah faks duit,takyah guna mesin deposit.. :p
famia said :
September 13, 2008 at 11:01 PM
extresmist: wopss..xleh. kami takde vacancy skang ni. haha..~~

sahrul: kannn..~~
Mohd Ismail said :
September 14, 2008 at 12:51 PM
"aru aku tahu macamana jadi pembaris dengan tiang. Lurus gila." ha ha ha ha..
famia said :
September 14, 2008 at 1:04 PM
east: jangan ah gelak.. isk isk isk..~~
amin said :
September 15, 2008 at 5:44 AM
ni dah tahap pembaris besi dah ni...ekekeke
famia said :
September 15, 2008 at 5:55 AM
aminnnnnnn. tu kategeri menghinaa tu. ahkahkas.
RieNa said :
September 15, 2008 at 8:57 AM
nak gelak jgk..

hahahahahahahahaha!!!
azka said :
September 15, 2008 at 1:33 PM
hehehe...ala biasa laa tu skolan bdk2 skolah..
Nana CS said :
September 15, 2008 at 2:57 PM
haha..
giler hip kalo dia anta slip tu skali.

mesin faks pun leh buat copy mcm mesin fotostat. tak anta kat sesapa. tau tak?

p.s: haha... jahat giler aku.
famia said :
September 15, 2008 at 3:05 PM
riena: cis. memperkecilkan manusia yg x berapa nak kecik.

azka: kann. biasela tu kan. budak skolah memang mcm tu.

nana: hah. yeke? (ko tipu ke ko betol2 tu..)
nurnana said :
September 16, 2008 at 3:46 PM
aku betul2. kan ada tulis copy kat mesin tu, kau ingat utk apa tu?

agak2 mesin fotostat kau rosak, selamba apam la kau fotostat guna fax machine. tp dakwat dia hitam lebih2 la.

aku tak tipu.
famia said :
September 16, 2008 at 4:46 PM
nana: betol.. tapi.. bukan kene dail nambe dulu eh faks mesen tu.
indrasakty said :
September 16, 2008 at 5:06 PM
Nota: Mesin fax juga boleh digunakan sebagai telefon. Jangan lupa.
famia said :
September 16, 2008 at 5:11 PM
indra: hehe time kasih. ye kami menggunakan sistem faks sebagai mesin panggilan talipon opisto.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.