Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 02, 2008


_Ramadhan. Sahur. Berbuka. Terawih.

Hah. Dah nak beradiklah masing-masing itu. Ramadhan memang bulan terbaik dalam segala beradik bulan Islam. Dulu masa sekolah menengah. Masa umur tak berapa nak baligh lagi. Hah masa itulah. Pada mata kasar seorang anak dara yang tak berapa baligh lagi. Ramadhan merupakan bulan yang paling best.

Perhatian: DILARANG meneruskan pembacaan SEBELUM berbuka. Dikhuatiri air liur anda akan meleleh deras selaju 100km/j.

Semalam. Cerita Ramadhan hari pertama..

"Adik, dekat Pasar Ramadhan mesti banyak kuih tepung pelita kan?"
"Haah. Adik nak beli."
"Ha bagus bagus. Pastu kakjai nak beli 'kuih talam dua muka' sekali."


(Bunyi cengkerik mengekek..)



*Gambar ihsan MyLittleRascal*


"Kak. Tu bukan nama dialah."
"Yang pulut kat bawah. Hijau kat atas tu ke?"
"Kuih seri mukalah."
"Haa.. yelah. Tak kisahlah. Ada muka gak tu."


Ceh.

Dasar kakak besar. Langsung tak nak mengaku salah. Tak kisahlah. Asalkan kuih idaman. Tapi.. tapinya.. memang dia dua muka pun apa. Kan. Kan_

Kategori:

15 Responses to "Ramadhan 1"

Hajar said :
September 2, 2008 at 1:14 PM
hahah..
kuih talam 2 muka.
tapi kan, dulu selalu makan part ijau tu je, pulutnya orang lain yg tlg abiskan :p
LediAgli said :
September 2, 2008 at 3:05 PM
ko skang leh shopping makanan.. tengah malam sikit... sedekah kat tong sampah.. hehehe
Ezad said :
September 2, 2008 at 10:32 PM
kuih tepung pelita tu yang bungkus ngan daun kelapa tu kan? yg 4 segi tu? best ooo

seri muka pun best, tp hak yg atas la, hak putih tu aku tak makan..

haha
famia said :
September 3, 2008 at 3:16 AM
hajar: hehe.. tu x pandai makan namanye. rata2 mesti diorang cakap makan ijau je. pulut ditinggalkan. isk isk kesian pulut tu.

ledi: ey ey... aku da pandai makan la. ko da lame ni x nampak aku makan.

ezad: haah. tu la dia tepong pelita. laa.. ko pon x pandai makan ke. buang tebiat korang ni.
Sahrul Izam said :
September 3, 2008 at 8:36 AM
kuih tepung pelita?hmmm.. mcm mane kuih tue ek?boleh publishkan gambar dia tak?ingin jugak nak tahu.. :D

Kuih seri muka tue suka makan yg hijau je..
pulut dia kasi mak.. hehe
famia said :
September 3, 2008 at 5:11 PM
err.. tepong pelitaa.. kuih yg atas putih.. bawah hijau tuu... lembik2... dudok dalam daun pisang segiempat tepat..ade stapler kat tepi2.. hah gitula lebey kurang.. xpon cuba google.. heee hee hee :p
Sahrul Izam said :
September 3, 2008 at 11:14 PM
hah?atas putih bawah hijau??tak tahulah plak kuih ape tue.. kalau atas takde rambut bawah ada janggut tahulah sape.. hehe.. :p

leh publishkan pic kuih tue?
dah google.. tapi error.. :D
famia said :
September 4, 2008 at 12:16 AM
boley.. sile ke sini http://i98.photobucket.com/albums/l257/eixora/Masakan/800px-YosriKuihTepungPelita.jpg
Sahrul Izam said :
September 4, 2008 at 5:40 AM
Owhh..
Yang dalam kuih ada jagung?
famia said :
September 4, 2008 at 5:52 AM
ehh... kesiannye. memang tak jual kat serawak kotnye kuih tu. takpon pelitanya lain jenis. mehlah singgah pasar ramadhan kl ni hah. macam2 ade. kadang diorang letak sengkuang cine kat hijau dia. tapi tu da tak panggil kuih pelita la tapi.

err.. sengkuang cine tau tak rupa bentuk muka buminya? hah... google googlee..
Sahrul Izam said :
September 4, 2008 at 8:47 AM
ermmm.. ermmm.. sengkuang cine plak mcm mane ek?? :p

ada jual,tapi tak minat nak makan,sebab manis sgt.. lagipun tak tahu plak nama kuih tue tepong pelita.. kalau tepong gandum tahu.. pelita plak utk main mercun pun tahu.. kalau kuih tepong pelita baru first time dngar.. :p
September 4, 2008 at 10:27 PM
kuih tu pun mak aku ada b uat apa?
dia ada adik beradik tau...
talam tepung
talam ubi
talam bam hahahaha
famia said :
September 5, 2008 at 5:38 AM
sahrul izam: sengkuang mcm sengkuang barangkali. tak manis pun pelita tu. sedap woh.

dboy: talam tepung? talam ubi? huii.. tak penah tau pun kewujudan diorang.
nurnana said :
September 12, 2008 at 10:28 AM
aku suka tepung pelita
dan seri muka pun suka.

haha.tamak.
famia said :
September 12, 2008 at 11:57 AM
nana: kannnnn~~

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.