Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 15, 2008


_Positif. Ini bukan kerja senang.

Diulangi.

Bukan kerja senang. Bukan kerja senang. Bukan kerja senang. Tak begitu senang. Memang memang. Tak berapa nak kencang dia punya senang. Memang memang. Memang tak berapa senanglah nak jadi positif. Hah. Memang memang. Sepanjang hayat. Sampai ke liang lahad. Kalau terlebih daripada garisan neutral itu. Boleh jadi overdose kewarasan. Kadang kala.

Atau sinonimnya, GILA.

Antara cubaan positif. Yang berjaya. Kadangkala.


Situasi 1
"Woi! Celaka punya driver. Buta! Tak tahu drive, naik basikallah woi!"
Cubaan Positif 1: 'Mungkin dia tak tahan nak pergi jamban gamaknya. Atau buasir barangkali. Kesian kesian'.
Situasi 2
"Bodoh! Bangang! **$&#*$&*#!! Otak letak dekat lutut! Jalan tu tengoklah depan. Main rempuh je!"
Cubaan Positif 2: 'Kesian kesian. Muda-muda lagi dah rabun. Mesti power mata dia 1500 tu'.
Situasi 3
"Opocot tergolek dog. Bangang punya orang! Kecik-kecik dulu taknak mampus. Dah besar menyusahkan orang. Siapa letak penyapu tengah jalan ni!!"
Cubaan Positif 3: 'Mungkin tukang sapu ni tengah rehat kot. Penat sampai tak larat angkat penyapu. Kesian. Kesian. Aku pun rabun. Mesti power mata dah 1000 ni. Jalan tak tengok depan'.
Situasi 4
"Hargh.. aku bengang betullah dengan mamat tu. Menyusahkan orang. Buat kerja lembab. Datang lambat. Blablablablablala prong prang prong prang.."
Cubaan Positif 4: 'Fuh. Bagus jugak ada orang macam ni. Boleh meningkatkan tahap kesabaran. Memang untung. Untung kesabaran'. (sambil kesat air mata kegeraman)

Hah.

Apa macam? Ada kudrat nak lawan nafsu amarah pejuang Serbia? Mencabar hoi! Hari-hari kena tepuk dahi. Gara-gara nak tanamkan si positif. Memang lembik. Entah dah berapa juta positif kena benam dekat dahi. Positifnya keluar sejemput juga. Memang Bosnia Herzegovinalah si positif ini. Dah terasa macam pergi berjuang je ini. Fi sabilillah.

Pap pap pap! (bunyi tepuk dahi)

Benam lagi. Benam_


Kategori:

8 Responses to "Pejuang Positif"

LediAgli said :
August 15, 2008 at 9:35 AM
Wah.. entri berbaur emosi.. ishkk sejak ke blogspot ni ko macam ada nafsu.. kekeke
driver said :
August 15, 2008 at 9:38 AM
"Bangang btol! Driving macam orang gile. Kreta proton burok jee.."

Cubaan Positif Yoyo:
Die nak cepat kot, bini die nak bersalin ke

Reaksi Driver:
Diamlah Yo!

Rentetan itu:
Tiada lagi cubaan positif dari Yoyo..

[Hahak!! teruk btol driver tuh!]
me_ said :
August 15, 2008 at 3:31 PM
"Hargh.. aku bengang betullah dengan mamat tu. Menyusahkan orang. Buat kerja lembab. Datang lambat. Blablablablablala prong prang prong prang.."

Cubaan Positif 4: 'Fuh. Bagus jugak ada orang macam ni. Boleh meningkatkan tahap kesabaran. Memang untung. Untung kesabaran'. (sambil kesat air mata kegeraman)



ni cam dialog ms lunch smlm je.. kakakakakka..

[perli aku nampak... :P]
13may said :
August 15, 2008 at 9:48 PM
kamu ni memang ROCK..saya suka!

:D
famia said :
August 16, 2008 at 12:11 AM
ledi:kann.. maksodnye.. salah blogspotla ni. haha.

driver: orang tua ade bekate.. kesabaran manusia biasenye terletak pada stereng kereta. hehe.

me: positif kak. positif. aku lansong takde merujok pd sesiapa tu.

13mei: ROCK? hah. gua memang BATU. :p
Ezad said :
August 16, 2008 at 8:27 PM
sapesal tepuk dahi pulak?
bukan salah dahi tu..

salah otak..

tepuk la otak
A t i Q a h said :
August 18, 2008 at 1:23 PM
Positive thinking? Ya ya. Saya akan cuba. Heh.
famia said :
August 18, 2008 at 10:40 PM
ezad:
ko demo dulu kat otak sendiri. nanti kitorang folo.

atiqah:
haha. bagos. slamat mencuba.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.