Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, August 12, 2008


_Bercampur baur sungguh.

Ini bukan dah masuk kadang-kadang. Ini memang selalu ngeri ini. Asal ada kerja kahwin je, aku ngeri. Asal aku ngeri je, mesti ada kerja kahwin. Dahlah bulan 8 ni Mega Sales. Mega majlis kahwin. Mega persenyawaan. Mega mendung. Megawan. Hah, macam-macam Megalah pendek kata.

"Ha, bila pulak giliran kamu..?"
Senyum bergetah. 'Esoklah.. esok.'

"Kamu tak ada calon ke? Nak calon tak?"
Senyum mengelat. 'Hah, keliling pinggang, lutut, betis semua ada'.

"Jangan tunggu lama-lama. Dah ada ke? Kenalkan lah kat kitorang."
Senyum seram sejuk. 'Tak lama sangat pun. Sehari pun belummm..'

Soalan-soalan itu tak berapa keji. Cuma...


..rimas. Serabut ayam woh! Berapa kali kena cerita. Jodoh bukan turun daripada langit. Kalau turun daripada langit itu bukan jodoh namanya. Itu orang jatuh bangunan bunuh diri. Lagi pula. Jodoh maut di tangan Allah. Memanglah kena berusaha. Tapi. Akulah yang berusaha. Bukan orang lain yang berusaha tanya hari-hari.

Rasa nak sembelih ayam hidup-hidup je. (eleh. macam brani..)

Tapinya. Nasib baik aku dah jadi sikit bijak. Dulu tak berapa nak bijak. Sekarang dah bijak. Bak kata orang tua, bijak dahulu pendapatan. Bijak sekarang tak berapa nak gunanya (eh.. iya ke pepatah tu entahnya..).

Sekarang kalau ada yang tanya soalan macam itu memang confirm takkan tanya lagi dah sampai bila-bila. Kah kah kah. Padan muka.

Hah, agak-agak nak rasa, tanyalah_

Kategori: ,

10 Responses to "Mega Lapan"

LediAgli said :
August 12, 2008 at 1:43 PM
Meh aku tanye..

"Ko bile lagi?"

Kang pak Zulk buat mega sales kang.. jualan murah.. murah murah.. lai lai
Hajar said :
August 12, 2008 at 2:01 PM
hahah...
soalan2 stended yg akan dijumpai bila balek kg. *sigh.

tapi jwpn2 yg menarik. bole diguna pakai tuh. terima kasih.
August 12, 2008 at 2:51 PM
u ni...bila nk kawin ngn i??!! kalo soalan camtu 'kena' tak?? salam blog dr aku...
famia said :
August 12, 2008 at 3:16 PM
ledi: aku pulang balek kat ko. "Ko tu plak bila lagik?" hee hee hee.

hajar: kan. bukan tahap stended lagi dah tu. patot jadikan skima jawapan je tu. hee hee hee.. yu eee.. yu ee..

merapustoris: hah,sekarang pon boley. salam kembali.
LediAgli said :
August 12, 2008 at 3:51 PM
cik kak.. aku anak bongsu.. tak kesah..

anak sulong long long tu.. hahhh...
hehehe
Op said :
August 12, 2008 at 4:03 PM
lepas jodoh, dorang tanya pulak
"bila nak timang cahaya mata". takkan habis soalan tu.
13may said :
August 12, 2008 at 10:52 PM
bila?
bilaaa??
bilaaa?????!!!

hehhe hehe
Ezad said :
August 13, 2008 at 1:00 AM
uik.. soalan ni ke?

dulu dah bagi sedas...


anak mak cik tak masuk meminang pun!
famia said :
August 13, 2008 at 8:51 AM
ledi: mane pule. same je sume tu.

op: haah. betol tu. diorang ni mmg suke buang tebiat mengarut.

13mei: hah. bile bile?

ezad: itula. aku da aja ko xnak gunapakai.
dboyfotopage said :
August 14, 2008 at 5:26 AM
assalamualaikum..
mak ai..
panjang nyer entry blog ni..
firts time aku baru masuk ni..
nak layan yg lepas2 xtertanggung aku nak baca hehehe
ok, skg baru ada masa nak join2 internet ni..
boleh la jadi kipas susah mati hehehe
apa2 pun aku dah letak bookmark kat page ko ngan dani
ok cowwww

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.