Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 08, 2008


_Hari ini cuti.

Aha. Seronok bukan. Hari Jumaat cuti. Cuti umum untuk aku seorang aje. Hah. Tak perlulah sampai begitu sekali cemburunya. Hari ini aku cuti. Esok aku cuti juga. Lusa pun aku cuti. Kau pula. Cutilah esok pada esoknya pula. Tak pun. Esok pada esok punya esoknya. Pun tak apa juga. Aku tak kisah. Yang penting hari ini aku cuti. Ai, seronoklah.

Hah.

Tak perlulah sampai begitu sekali cemburunya. Buruk betul tarik muka macam itu.

Nak buat macamana. Jadi tukang ambil gambar separuh masa. Bulan 8. Banyak sangat majlis pra-persenyawaan. Majlis pra-persenyawaan ya. Ulang lagi sekali. Majlis pra-persenyawaan. Lepas itu, baru betul-betul punya persenyawaan. Hah. Barulah ada unsur biologi. Tak sia-sia biologi aku P6. Ini baru simbolik sikit.

Aku?

Tengah bersabarlah ini. Partner pra-persenyawaan. Pemilik tulang rusuk kiri. Hah. Ingat senang ke nak cari. Kalaulah sesenang beli Choki-choki dekat kedai kan seronok_


Kategori:

8 Responses to "Majlis Pra-Persenyawaan"

daineso said :
August 8, 2008 at 10:09 AM
sapa yg nak di pra senyawakan ek? danii ker?
iN said :
August 8, 2008 at 6:55 PM
wah..cepat la cket k.famia...
org x saba nk makan nasik minyak k.famia nih..
hihi...
Ezad said :
August 9, 2008 at 5:41 PM
errr...
kalau mencari pemilik tulang rusuk sebelah kiri, tu maknanya mencari pemilik persetubuhan...

eh.. betul ke silap ek??
(sia-sia je.. BM aku P7.. muahahaha)
famia said :
August 9, 2008 at 9:17 PM
dani: kazen org.
in: aik.. nasik minyak tadekla susah nk buat. masak nasik.. curah minyak byk2.. jd la nasik minyak. haha.
ezad: woi woi.. bahse bia sopan brader.underaged byk ni dlm ni.
malas_login said :
August 11, 2008 at 12:03 AM
Seb baik sabar mencari.. klu ta sabar, naya!
famia said :
August 11, 2008 at 5:32 PM
wws79: hehe. saba itu 3 suku drpd iman.
Sahrul Izam said :
August 22, 2008 at 3:31 PM
Kalaulah sesenang membeli choki-choki kat kedai.. mugkin 10tahun lepas dah kahwin.. :D
famia said :
August 22, 2008 at 3:54 PM
sahrul izam:
kan. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.