Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, August 26, 2008


_Hari sebelum kelmarin punya kelmarin. Hujan. Hari sebelum kelmarin. Hujan. Kelmarin. Hujan. Semalam. Hujan. Hari ini. Hujan. Esok. Hujan. Lusa. Hujan. Sampai habis Ramadhan. Hujan. Hu... hu... hu... hujan itu nikmat (itu bukan gagap). Nikmat. Nikmat. Sebab dia ada bunyi 'Hu'.

Pasal ada suku kata nama aku. Seronok secara individu.

Hee hee hee.. (oke itu gurauan yang menakutkan)

Seronoknya. Gila seronok. Nikmat. Nikmat. Nikmat. Pasal itu nikmat. Hujan itu nikmat. Tapi aku tak suka band Hujan. Langsung tidak menyeronokkan. Bikin pagi aku jadi gelap je. Hujan itu seronok. Seronok itu juga hujan. Gila menyeronokkan. Dia punya seronok itu memang tak terkawal. Untuk orang macam aku. Macam ajelah. Yang tak berapa macam itu memang tak suka hujan sama sekali.

Sebabnya...


Hah.

Aku tengah ada kerja ini. Berlambak. Esok kena demo. Lusa kena setup training room. VPC pun tak siap lagi. Gila ke apa. Takkan aku nak update blog di kala sibuk kan. Ini bukan update. Ini cuma.. pemberitahuan je. Perdana Menteri China pun tak sibuk macam aku. Almaklumlah. Sukan Olimpik pun baru selesai.

Jangankan opening ceremony Olimpik Beijing. Closing ceremony mahupun beserta segala jemaah acara sukan olimpik pun aku tak sempat tengok. Logo olimpik Beijing pun aku tak sempat pandang. Yang aku tahu. Olimpik mesti ada orang lari bawa obor. Itu aje.

Obor. Olimpik. Olimpik. Obor.

Hah. tepat.

Itu ajelah pengetahuan aku pasal sukan Olimpik ini.

Ah.. tiba - tiba aje terasa seperti berat di sebelah kanan. Begitu ketara sekali nampaknya. Barangkali mungkin ada yang mengutuk agaknya. Assalamualaikum. Tak jawab salam dosa. Kalau jawab.. gatal namanya. Kita. Kena. Wajib. Harus. Bersangka baik sesama manusia. Woh. Hah. Barangkali.. aku punya sakit bahu ini datang lagi. Ha.. yelah. Aku pun rasa.

Olimpik memang tak boleh menang pun. Kalau dibezakan dengan hujan. Gila menyeronokkan. Dia punya seronok itu memang tak terkawal. Luar biasa sekali kawalannya. Untuk orang macam aku. Macam ajelah. Yang tak berapa macam itu memang tak suka hujan sama sekali. Seperti mereka yang melayan sukan Olimpik. Siapa kata mereka suka hujan. Harapanlah.

Hah. Tepat.

Tepat. Tepat sekali_

Kategori:

6 Responses to "Hujan Olimpik"

Anisa Ahmad said :
August 27, 2008 at 2:21 AM
sni pon ujan..

tkde pon suku kate name akak..

hehe

+P
ezad said :
August 27, 2008 at 6:53 AM
Hujan memang ada suku kata nama kau la.
tapi itu bukan bermakna ko boleh suka2 hati je main air hujan.

dr main air hujan lebih baik main air terjun..

haaaa...

wei.. china ada perdana menteri ke?

wahahahaha... mcm ada, tp mcm tak der
Sahrul Izam said :
August 27, 2008 at 11:41 AM
Entry yang menarik.. kali nie tak seyum,gelak tawa yg menemani.. "kalau jawab gatal namanya" haha..

*Bau Rumput selepas hujan sedap baunya.. :)
Tok Rimau said :
August 27, 2008 at 12:54 PM
Aku tak suka lagu Hujan dan Meet Uncle Hussain. Mungkin aku dah tua.
famia said :
August 27, 2008 at 2:31 PM
anisa: dal nun nga kaf ya. hehe.

ezad: china? haa.. entah. aku belasah je. asalkan bukan perdana menteri malaysia. haha. aku keji.

sahrul izam: itu.. kawan2 masa sekolah rendah yg ajar. eh bukan kawanlah tapi. itu... orang2 laki yg duduk tepi jalan. yg ngorat2 anak dare tu. haa.. diorang la yg ajar. "Tak jawab salam dosa..kalau jawab gatal.." .. itula.. kenape takde perfurm bau hujan eh. sedap.

tokrimau: eh. siapa kata yang tak suka lagu Hujan atau JumpaPakcikHusin tu tua. orang yang suka lagu dioranglah yg tua. kita berjiwa muda tok. kan. kan. mengakula tok. nampak sikit macam ada geng.
Sahrul Izam said :
August 28, 2008 at 9:38 PM
Haha! :p

kenape jugak takde perfum bau rumput?

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.