Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 18, 2008


_Fa Nun Alif Ta.

Perhatian: Ini cerita bergambar. Jangan teruskan membaca.

Hah. Membiak-biak kepenatan badan. Tak terkata dengan air liur. Mampu menggerak-gerakkan 7 jari cuma. Aku memang menaip dengan 7 batang jari. Jari kelingking kiri beserta rakannya, si jari manis kiri bertindak sebagai sauh di bucu keyboard. Manakala si jari hantu kiri memang sentiasa terapung-apung di atas keyboard. Dengar kata, ia bertindak sebagai pengawal keseimbangan tapak tangan cuma.

Woi, woi!

Apa kejadah cerita pasal jari..!

Aku tengah cakap pasal pembiakan kepenatan yang berlipat ganda ini. Potong betul. Hah. Sambung. Dari jumaat hari itu membiak-biak kepenatannya. Penat merempit. Merempit. Merempit. Dan merempit. Nami. Gua gila berjuta minta maaf kalau lu kena saman. Bukan gua tak mampu nak bayar kalau kena saman. Gua memang tak dapat bayar pun kalau kena saman.

Lu faham ke Nami? Harapanlah kalau lu faham.



Jumaat. Member nikah. Hulu Langat. Dari Kerinci terus ke Langat. Dengan berlengas badannya. Dengan trafik jem yang super rakusnya. Merempit. Merempit. Dan merempit. Layan drift bukit Ampang. Sampai pun dah sipi-sipi nak malam. Jam 7 malam. Gelap juga. Gelap yang tak berapa nak ikhlas cuma.

Tahniah Ain. You dah selamat bersenyawa membina masjid akhirnya. Alhamdulillah.



Bawah: Naem, Joni, Ain, Ana.



Bawah: Ecah, Sadiq, Pengyu, Ain, Astri, Ain pink.



Dalam jam 12 lebih, Nami tak bertukar jadi labu pun. Makanya, aku pun layan drift balik. Turun bukit Ampang. Merempit. Merempit. Dan merempit. Dalam kepekatan malam. Yang sangat likat. Jangankan lampu jalan. Pancaran lampu kereta pun tak berapa nak nampak.

Malam-malam saya rabun ayam.. (ini rahsia)

Esok pagi. Sabtu. Merempit ke Kapar. Sepanjang hidup aku, ini pertama kalilah kena pergi ke Kapar secara solo. Selalunya dengan Dani. Selalunya kami memang tak pernah pun jumpa jalan ke Kapar. Kira bila kena pergi ke Kapar secara solo ini, barulah aku jumpa jalan sebenarnya. Itu pun lepas sesat beratus-ratus saat.

Kesudahannya, sampai juga.

Sampai pun dah sipi-sipi nak malam. Jam 7 lebihan malam. Gelap juga. Gelap yang tak berapa nak ikhlas cuma. Malam itu, tidur rumah Jeehan. Esok kendurinya dekat Ipoh. Tak dapat pergi. Makanya, cuma mampu melepak satu malam dengan die sekeluarga cuma sebenarnya datang nak kacau daun je ini.

Tahniah Jeehan. You dah selamat bersenyawa membina masjid akhirnya. Alhamdulillah.



Esok pagi. Ahad. Merempit ke Langat. Haah. Ain sanding. Jenguk sekejap. Dari Kapar dekat nak jam 9.20 pagi. Masuk Damansara dalam jam 9.45 pagi. Aku tak racing. Lebuhraya itu yang tiba-tiba jadi pendek. Luar biasa pendeknya. Agak hairan. Dalam jam 10 pagi, sampai Langat. Betul. Aku tak racing. Bukit Ampang itu tiba-tiba mengecil. Jadi pendek dia punya lap.

Tahniah Ain. Tapi aku suka masa nikah. Bertudung. Lagi ayu.

Bawah: Kid, Ain dan Pek.



Bawah: Ain dan Dip.



Hah. Perjalanan masih jauh. Dalam tengahari itu kena pergi PICC. Merempit. Merempit. Dan merempit. Hala ke Putrajaya. Dalam 1.30 tengahari keluar daripada Langat. Masuk Kajang. Jumpa Putrajaya. Dalam 1.55 tengahari sampai PICC. Aku tak racing. Lebuhraya itu pendek sangat. Kajang Silk namanya.

Kalau tak percaya cubalah ukur di badan sendiri.

PICC. Majlis Konvokesyen Kelima UniKL. Atau juga BMI. Adik acit konvo. Diploma IT. Sebagai kakak kanda yang tak berapa rajin nak bagi duit saku pada adik-adiknya atas dasar tidak mahu mereka boros, meminta maaf sebab tak sempat nak beli unsur bunga atau coklat atau teddy bear besar macam orang lain.

Saya tunggu awak grad degree IT ini jelah ya. Nanti saya bagi hadiah besar sikit.



Dua beradik bawah ini memang tak sebulu. Entah macamana mereka boleh bergambar bersama. Aku hairan. Yang lain tak perlu hairan sekali. Semak nanti.



Hah. Malam itu. Kami sekeluarga melepak ke Alamanda. Makan secara separuh besaran satu keluarga. Dekat McD. Sebagai kakak kanda yang lebih kaya daripada adik-adiknya disebabkan mereka masih belajar, aku belanjalah satu keluarga. Membukit juga segala jenis burger dan ayam dan sundae dan sebagainya memenuhi meja.

Walaupun kami sekeluarga tak kuat makan, habis juga segala makhluk-makhluk McD itu. Macam orang kebanyakan yang lain, lepas makan mestilah balik rumah. Kami bukan jenis kacang lupakan kulit. Bantal di rumah melambai-lambai bagai nak rak. Maka, kami perlu balik. Hah. Cerita pun dah habis. Asik baca cerita mengarut macam ini boleh rosak otak. Hentikanlah kerja-kerja tak berapa nak mendatangkan faedah ini.

Sesal dahulu dapat pendapatan. Sesal kemudian, bayar EPF dengan SOCSO.

Fa Nun Alif Ta kan_


Kategori:

12 Responses to "Fa Nun Alif Ta"

LediAgli said :
August 19, 2008 at 8:56 AM
Ishkkk tak sangka aku ada kawan bakal PM... sebab bz manjang..

owh... patotlah juga ada nama PM kat blog kau..

alkisahnya...(pak)LAH...
famia said :
August 19, 2008 at 3:55 PM
woh. bz aku.. bz lagi ko rasenye. hehe. err.. PM? paklah? sapekah?

PM = petang
PM = Project Manager

tu aku tau la :p
daineso said :
August 19, 2008 at 6:40 PM
hehe.. betul betul betul ida.. bz betul kamu uxai.. kalah paklah..

ain dah kawen.. jian pon dah kawen.. lepas ni danii.. lepas danii kamu ek2

apa2 pon chayok2

org baru download hong gil dong smpi ep 12... xtgk lg.. betul2 bes ker?
daineso said :
August 19, 2008 at 6:41 PM
lupa.. tolong smpikan tahniah kat acit ek2...
famia said :
August 19, 2008 at 8:05 PM
dines:
haha. hong gil dong gile bes. dia Robin Hood korea. Tapi versi kelakar. tiap2 malam orang layan tu je sampai hafal. rosak kan. haha. ala apa kata orang singgah umah kamu. nanti kamu copy je la masok hd. xyah donlod2. ape kata?
Ezad said :
August 19, 2008 at 8:23 PM
minah rempit...
ikat tali pinggang keledar, anda mampu mengubahnya
Anisa Ahmad said :
August 19, 2008 at 9:52 PM
waa...
nk KAWEN gk leh??
hehehe..

(gatal kah aku mude mudi nk kawen..haha)
famia said :
August 20, 2008 at 10:32 AM
ezad: topi keledar pon aku pakai. timekaseh kerana konsen.

anisa: boleh tahan gatal jugela.
daineso said :
August 20, 2008 at 12:20 PM
mai la singgah.. jasen xbalik mggu nii.. mailaa
dah lama x jumpa kamu n dani sob sob sob
tujonamplohpatplohseblas said :
August 20, 2008 at 2:49 PM
mamat lg besar dr acit..
acit terlalu kurus untuk jubah itu..
ain da sdikit berisi..
ain dah bini orangx..
ko bile lagi




[aaaaaaa.. aku saje selit ayat last tuh.. akakaka]
famia said :
August 21, 2008 at 8:28 AM
dines: insyaallah. nanti org tengok bile evelebel yek.

dani: ko tu yg bile lagik. tak elok lame2. arus2 elektrik terlarang sangat banyak tu.
ast3 kacak said :
August 23, 2008 at 8:16 PM
famia kaki rempit..
erkrekerhkrehkerhkerher..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.