Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 28, 2008


_Bahang Ramadhan. Tinggal lagi 2 ke 3 ke 4 keping hari je lagi. Apa macam. Dah rasa kental ke nak jadi pejuang tegar hawa nafsu. Dari terbit fajar. Sampailah terbenam matahari. Selama 30 hari. Berturut-turut. Dari kanan ke kiri. Depan ke belakang. Semua arah ada. Cukup lengkap. Puasa pun lengkap.

Err.. bagi lelakilah. Perempuan... tegar juga. Kental juga. Walaupun tak dapat 30 hari straight. Kan. Haah. Kan. Yang penting... semangat. Semangat berjuang menentang hawa nafsu. Semangat harmoni. Yang lebih rakus dan dasyat. Berbanding setannirrojim. Woh. Sokong. Sokong.

Belia benci nafsu.

Bahang Ramadhan. Terasa sungguh. Debarannya. Semacam mencurah-curah. Dari hujung rambut. Sampai ke hujung lutut. (Bayangkan bahang masa nak raya tengah kacau dodol..). Likat. Bersepah atas lantai. Begitu luar biasa sekali. Peluh debaran. Bagi mereka yang beriman. Mungkin. Tapi kalau mereka yang kurang sikit keimanannya, memang berpeluh juga. Peluh melahap makanan secara rakuslah tapi. Di saat - saat akhir.

Maklumlah. Puasa dah nak dekat.

Assalamualaikum...

Kalau ada rupa macam unta itu lainlah. Kalau gaya jalan pun macam unta itu lainlah. Ini bonggol pun tak ada. Leher pun tak jinjang. Kaki pun dua je. Ada hati nak perasan jadi unta. Simpan makanan 30 hari bagai nak pecah perut. Tak serupa manusia langsung. Hish. Luar biasa betul tabiatnya. Aku rasa... mereka sebenarnya keliru dengan personaliti diri ini. Haah. Yalah agaknya itu. Aku pun rasa. Sebab masa sekolah rendah dulu pun aku pernah keliru macam itu.

Maklumlah. Puasa dah nak dekat.

Jangan puasa yang yuk..


Tanda - tanda awal Ramadhan. Yang memang begitu ketara sekali tandanya...



  1. Berlonggok-longgok kotak kurma dijual di merata tempat.

  2. Sampel kuih raya mula diagihkan kepada 'entah siapa-siapa tah' daripada 'entah siapa-siapa tah' juga sebagai promosi tempahan.

  3. Jualan jam loceng semakin mendapat sambutan. Lagi kuat bunyinya lagi bagus. Senang nak bangun sahur.

  4. Kerja-kerja semakin banyak terbengkalai di ofis.

  5. Gaya berjalan semakin sumbang. Semakin perlahan. Siput khinzir pun sempat berjoging dekat sebelah.



Kiranya.. sama-samalah kita berjuang ya. Menentang hawa nafsu. Yang mengalahkan setanirrojim. Aku tak patriotik. Tak ada ucapan selamat merdeka di sini. Silap tempatlah kalau itu yang dicari. Shuhh..

Okelah. Kesudahannya, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga berjaya menjadi pejuang tegar sepanjang 30 hari yang bakal tiba ini.

Dah_

Kategori:

19 Responses to "Bila Ramadhan Mula Mengambang"

Sahrul Izam said :
August 28, 2008 at 9:43 PM
Wah dodol.. lame tak makan.. :D
Anisa Ahmad said :
August 28, 2008 at 10:02 PM
nk duet raye tau!!!

p/s: pesanan ini dituju juge buat kak dani n ME_
hua hua hua
Ezad said :
August 28, 2008 at 10:57 PM
oo... mempertahankan maruah negara juga merupakan perjuangan yang dituntut Islam ye.

tanda2 awal ramadhan

6. jj, tesco, carefour, giant dah mula buat promosi hari raya
7. aku dah mula buat countdown hari raya..

ahahaha
me_ said :
August 28, 2008 at 11:04 PM
aku dah jumpe org jual kad raye woo.. gilak.. pose pon x stat lg tp kad raye dah melambak2.. hahahaha..

anis:
duet raye tu ape?? oo nyanyi lagu raye secare berduet ek.. muahahahhaa
famia said :
August 28, 2008 at 11:32 PM
sahrul: kann. lebih nikmat kalau dapat kacau dodol sendiri.

anisa: nk duit raya datang umah. akak buat sistem barter. duit raya ditukar menjadi burasak. ha marilah mari.

ezad: hehe. kalo bley.. petahankan maruah umat islam dulu.. barula maruah negara. senang sikit kalo masing2 banyak pengisian. (ey 1 ramadhan pon belom da stat countdown raya.. ish ish ish..)

me: haha. itu normal kak. japgi baru seminggu pose mesti da gantung ketupat plastik kat jalan raya. tapecaye tengok.
Ida Hariyani said :
August 28, 2008 at 11:41 PM
Ishk ishk..
selamat berguling gestrik untuk kamu
Mohd Ismail said :
August 29, 2008 at 12:51 AM
yeah.. selamar berpuasa & melawan nafsu membeli makanan dengan pukal di pasar Ramadhan =)

*lawa layout.. semakin kanak2 keremajaan lagaknya*
famia said :
August 29, 2008 at 9:29 AM
ida: sekarang pon tengah berguling jugek ni. huuu....

east: hehe. makanan. ye ye. ada kuih tepung pelita. huuu.. lazat. (haah.. kecik2 dulu teringin nak belajar melukis.. sampai sekarang tak reti lukis.. itu pasal layout sebegini rupe..melepaskan gian..)
me_ said :
August 29, 2008 at 2:55 PM
td ms aku nk gi byr paking, aku dah dgr lagu raye cik ct.. perghhh.. semangat raye melebihi semangat merdeka lgsg dorg ni... :P
AnNessa said :
August 29, 2008 at 3:06 PM
kat opis ni memasing sibuk isi borang cuti raya dah :D
famia said :
September 2, 2008 at 12:00 PM
me: hehe. melampau tu.
annesa: uishh.. semangat sungguh.
Sahrul Izam said :
September 3, 2008 at 5:47 AM
A'ha memang nikmat..
ermm.. ermm.. sahrul nak dodol raya nie boleh? :D
famia said :
September 3, 2008 at 5:14 PM
bolehhh.. banyak jual murah2 kat masjed jamek.. hah pegila beli laju2.. jangan tunggu lagi..
Sahrul Izam said :
September 3, 2008 at 11:00 PM
erk??kat masjid jamek?
ermm.. kat sarawak ada jugak masjid jamek..
tapi takde plak org jual dodol kat situ..
huhu..

*dlm hati.. kempunanla nak makan nie..
famia said :
September 4, 2008 at 12:18 AM
kalo negeri tu takde jual dodol time raya.. memang bukan negeri dalam malaysialah tu jawabnye. harap2 dapat besaba.. sikit masa lagi nak dokek ghayoo nih.. banyakla tu besepah dodolnye hah..
Sahrul Izam said :
September 4, 2008 at 5:37 AM
Kalau betullah sarawak takde jual dodol..
maknanya sarawak bukan negeri dalam malaysia ek?
setahu seperjalanan kehidupan didunia..
sarawak belum pernah ada jual dodol..
hmmm...
Anonymous said :
August 28, 2009 at 2:31 PM
Hey, i know this was sent last year. Haha, tapi sekarang dh Ramadhan 1430 Hijrah pun still best baca ;) Btw, i know u dnt know me :D Sure this is great to baca tengah tengah puasa. LWN HAWA NAFSU!!! hahaha.. ;)
Assalamualaikum
famia said :
August 28, 2009 at 3:37 PM
sahrul izam: sarawak tak ada dodol ya? mungkin kot. hehe.

anon: waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh. hahahaha. terima kasih sudi menggali semula entri lama saya. saya pun tak ingat saya tulis pasal ini pada hari ini ok! hahahahah. gila. gigih ini. semoga kamu gigih juga menggali barkah Ramadhan ya. hehe.
DarkErebus said :
December 9, 2009 at 4:02 PM
Salam,

Terjumpa blog ini semasa sibuk mencari maklumat tentang dodol.

Dodol boleh ditemui bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Indonesia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, India dan Brunei.

Di Sarawak dan Brunei, variasi dodol lebih banyak dari Semenanjung Malaysia. Rasanya dan tekstur lebih elok. Brunei lebih pakar sebenarnya dalam pembuatan dodol.

Sayang kalau kita sendiri tidak tahu negara sendiri.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.