Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 30, 2008


_Budak-budak kalau boleh dibawa bercakap memang kacak. Dia punya bahasa memang kencang kadang. Maklumlah. Saraf otak tengah nak berkembang maju. Memang mantap.

Umairah. 6 tahun.

"Isk.. gigi saya sakitlah."
"Kenapa gigi awak? Nak tercabut ke?"
"Taktau."


Perghh.. mati-mati aku ingatkan gigi yang nak tercabut itu gigi baru. Rupanya, gigi susu. Mencemaskan betul. Punyalah besar gigi susu budak ini. Susu apa entah dia minum. Pastilah susu emaknya bukan. Campur susu lembu juga sikit-sikit. Agaknya. Mungkinkah ada susu lain barangkali?

( Fikiran mula menerawang )

Ok coppp...!!

Takat itu sudah. Jangan fikir lebih.

Tolak punya tolak. Rupanya memang nak tercabut. Alkisahnya. Tunggu masa saja. Kalau angin tiup kencang sikit, memang confirm tanggal punya itu. Nak dijadikan cerita, aku pun 'masuk jarum'. Mana taknya. Kalau nak cabut gigi budak, kena bagi 'bunga' sikit. Kan.

"Meh sini tengok gigi awak Umairah."

Dia pun hulur gigi.

Maksud aku.. mulut.

"Uishh.. memang dah nak tercabut gigi awak ni."
"Dulu.. gigi kita yang bawah ini pun dah meninggal. Tinggal yang ini je nak meninggal."


Meninggal.

????


Aku tahan gelak. Memang tak tahan. Tapi gelak juga 8 harakat. Tak tahan dude. Budak kalau bercakap boleh layan lagi. Tapi kalau luar biasa dia punya bijak bercakap, memang luar biasa kelakar sungguh. Gilalah. Gigi pun meninggal.

"Gigi awak yang meninggal tu awak tanam ke?"
"Haah. Mak kita suruh tanam."
"Ooo.. yang ni nak meninggal awak kena tanam tau nanti."


Dia angguk.

"Tapi kita kena bagi dia meninggal dulu baru tanam."
"Ha ye ye. Awak balik rumah suruh emak cabut eh Umairah. Nanti baru dia meninggal."


Dia angguk lagi.

Nasib baik aku tak buang tebiat. Kalau tak mesti aku dah tanya Umairah samada dia letak ke tak batu nisan dekat gigi dia.

Hah.. nasib baik tak biadab.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali ya.. gigi Umairah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, December 24, 2008


_Gila bladihel.

( Sorry.. cursing. )

Rabu. Haah. Hari inilah. Aku cuti. Cuti tapi kerja. Kerja tapi dari rumah. IT savy sebut 'Virtual Office'. Banyaklah kau punya virtual. Compliance table dalam tender. Beratus-ratus kena jawab. Masak. Tidur makan semua fikir compliance table.

Bladihel. Gila stress.

Khamis. Haah. Esok cuti. Santa Clause je seorang yang patut kerja. Tapi aku tetap ada kerja. Ada meeting bagai. Kerja-kerja design yang terbengkalai. Esok juga tengahari kedua-dua wong tua ajak balik kampung. Ok, balik. Bladihel. Balik bersama kerja-kerja. Nak balik Johor pun tak sedap hati. Mana ada orang mampu buat kerja dikala bersantai bersama atuk nenek saudara mara dan jiran tetangga.

Bladihel. Gila stress.

Jumaat. Haah. Dekat Johor lagi. Cuti panjang aku dah start. Cuti untuk kerja. Yang mana tak terasa bahang cutinya. Terasa nak menangis berlimpah-limpah. Akhirnya, 2008 aku bakal ditutup dengan limpahan kerja. Dan limpahan air mata. Berlipat ganda. Beserta penyesalan 'Kenapa bulan 12 terlalu banyak cuti tak bermakna cuti'.

Bladihel. Gile stress.

Pergh.. iman sudah bergoncang. Terasa tekanan sangat di luar kawalan.

I need you, Allah.

( mari menangis bersama saya jika sudi )

T_____T

Dah_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, December 20, 2008


_Ok.

Memandangkan Awal Muharram bakal menjelang, aku bagi peluang SESIAPA saja. Untuk bertanyakan APA-APA dan mengutuk atau mengkritik APA-APA saja. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Kalau aku tak boleh jawab, aku cuba juga bagi jawab. Haha. Usaha tangga Batu Caves, ok.

Hanya sah sehingga 29 Disember 2008 sahaja.

Kaunter pertanyaan ini. Seumur hidup sekali saja. Dibuka. 1981 sampai 2008 aku nak kuburkan semula. Kasi buka buku baru. Kulit baru. Reset semua jadi baru. Tak begitu senanglah nak jawab soalan. Sebab aku memang manusia paling sombong dalam dunia ini. Dan paling tak mesra alam. Tambahan pula, makhluk seperti kucing dan cicak. Perghh.. minta dijauhkan.

So,

Apa nak tanya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 16, 2008


_I don't know why.

< Pergh.. nampak macam bagus je intro >

Kebelakangan ini, hari-hari aku rasa nak passed out. Black out. Kaput. Yang mana, baru terasa seperti nak jadi. Belum jadi lagi tapinya. Disebabkan kepala yang sentiasa rasa nak black out, segala deria rasa aku pun ikut sama kaput. Kepala fikir lain. Mulut cakap lain. Jari taip lagilah lain.

Lain.
Lainkah.
Lainlah.
Semua lain.

Dan apa pasal entah. Otak aku suka pendekkan perkataan. Dalam 2 ke 3 perkataan boleh dicantas jadi 1 saja. Ekselen, man. Sejak dulu. Dan semakin menjadi-jadi sekarang ini. Salahkan otak. Sebab otaklah CPU aku. Tanpa otak, zombie kampung pisang takkan wujud punya. Kiranya, itulah kepentingan otak aku.

Just now..

< Perghhh... baru puji sekali cakap bagus intro dah buat perangai balik >

Woi, fokus!

Just now..

Aku tapaukan bos nasi goreng. Lupa nak ambil sudu garpu bagai. Mengagau la juga beliau nak cari sudu dan garpu terpakai dekat pantry.

"Huzai.. do you have any extra fork and spoon?"
"Err.. sorry bos. I forgot to take one for you."
"That's oklah. I'll try to find one in the pantry."

Cari punya cari. Ada 2 pasang garpu dan sudu masih hidup dalam laci aku rupanya.

"Ha.. I have one. Do you have any SPORK already?"
"Err.. yeah yeah. I have one. Thanks."

SPORK?

What..?!

Patutlah bos seperti konfius alam. Muka tercengang di sebalik kelaparan. Apakah itu SPORK? Bunyi seperti daging pork pula. Dia memanglah makan daging pork. Sebab memang makanan dia. Yang aku ini apa hal pula. Tak guna. Otak terlebih kreatif buat vocabulary sendiri.

Itu belum lagi masuk dulukala. Dekat McD. Sampai mati jadi bahan gelak Dani.

"Yes miss. Having here?"
"No. I want to TAKE OVER."
"Err.. ok. Take away. Set yang mana cik?"

TAKE OVER?

What..?!

Terus orang McD itu belasah cakap melayu. Nasib baik dia tak gelakkan. Kalau dia nak gelak masa tengah isikan fries pun tak kisahlah. Nak gelak satu dapur dengan jemaah lain pun tak kisahlah. Asalkan bukan depan aku. Gila aib. Malu. Keji betul. Ada hati nak take over tempat orang. Itulah. Lain kali nak cakap Bahasa Inggeris pandang kiri kanan dulu.

Fine.

"Huzai, please take over the spork."

Ha.. cakaplah. Cakap. Aku tahu korang mesti nak cakap itu kan. Dani. Suhaila. Anis.

Haha.

Keji gila_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, December 14, 2008


_Jangan tak percaya. Dalam bergaduh juga ada adabnya. Ada seninya. Ada amalannya. Ada peringkatnya. Ada kaki gaduhnya. Ada musuhnya. Ada bala tenteranya. Setidak-tidaknya, kaki dan tangan itu bala tentera jiwa.

Kan.

Dulu masa sekolah rendah. Kami, merangkap aku dan adik Uri. Kami selalu bergaduh. Bergaduh pada peringkat matang. Kami tukang gaduh semi-professional. Bergaduh atas benda-benda yang logik untuk digaduhkan. Bukan bergaduh kering-kering tak pakai akal. Walaupun waktu itu masih lagi miskin akal, tapinya masih lagi boleh pakai akal, walaupun tak berapa nak akal dia punya akal yang tak berapa sampai tahap kebijaksanaan akal itu.

( Nasiblah kalau otak rosak lepas translate ayat itu. )

Lepas bergaduh secara lutsinar, bertindak.

Berlumba naik ke bilik laju-laju. Kunci pintu, masing-masingnya. Dan, tunggu. Bilik siapa yang tiba-tibanya ada air banjir, dia kalah. Itu perlumbaan menyiram air masuk ke bilik pihak lawan secara senyap. Silent Gangster, namanya. Tirulah di rumah. Tak salah.

Secara perubatannya, bilik air kami kembar siam. Secara geografinya, bilik air kami satu cuma. Berkongsi pada satu lubang mangkuk tandas dan kepala paip yang sama. Cuma kena tunggu giliran bila ada panggilan masuk kerja-kerja naik dan turun taraf membuang bahan kumuh serta isi perut.

Adab Pertama: Tidak perlu mencederakan pihak lawan. Cederakan saja harta benda mereka, sebaliknya.

Tektik bergaduh kami tidak terkira. Masing-masing kreatif dengan cara yang tersendiri. Memang susah nak cari bahan bukti pergaduhan, pendek katanya.

Suatu hari yang lain juga. Kami melukis bersama-sama. Kami suka berpura-pura melukis bersama-sama. Aku suka lukis orang lidi. Sebab itu saja skill melukis yang aku ada. Adik Uri hebat melukis. Aku pernah terniat ( bukan berniat ) nak 'pinjam secara senyap' semua lukisan dia. Lepas itu, jual dekat Pasar Seni. Dapat duit, aku nak beli kaset KRU. Dekat satu kedai old school yang jual kaset dalam Pasar Seni itu. Tapinya, tak berjaya. Memang 'thank you Allah'.

Masa melukis itu. Pakai pensel tekan. Gaya melukis secara moden. Malas nak pakai sharpener. Kami bergaduh secara semi-professional lagi. Dengan tak semena-menanya, adik Uri tikam kaki aku dengan pensel tekan. Terbenam 0.1 cm ubat pensel jenama tak ingat yang badannya biru putih bersaiz 0.5cm dekat kaki. Berdarah sikit. Lepas itu, dia melarikan diri. Tak guna. Kalah pula.

Terlupa.

Haah, sakit gila. Berlari-lari air mata.

Adab Kedua: Berkawan dengan pihak lawan dan bertindak. Orang putih kata, back front stabber.

Suatu hari yang lain pula. Kami bergaduh lagi. Secara semi-professional, tapinya. Masing-masing tak ada menunjukkan tanda-tanda nak bertindak. Bergaduh, senyum, blah. Itu saja. Ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya, sampai ke malam. Memang cuaca panas masa itu. Tahu-tahu saja buku sekolah aku ada berhelai-helai dah kena siat dek budak itu. Tapi dia letak balik molek-molek dekat beg sekolah aku. Tak guna. Kalah lagi.

Sebagai balasan, aku koyakkan juga buku dia. Sikit. Dekat bucu, cuma. Tak sampai hati. Kata kakak kan.

Adab Ketiga: Bertindak secara senyap. Tanpa bahan bukti. Tanpa kotoran degil.

Itu semua cerita masa jadi tukang gaduh semi-professional. Sekarang tak ada dah. Sekarang lebih kacak. Kasta sudah naik taraf. Jadi tukang gaduh professional. Berbekalkan iman yang nipis gila tunggu masa je nak lerai dari jiwa. Beserta, secubit ilmu gaduh. Dan, berpatah-patah adab bergaduh seperti di bawah. Tips bergaduh, bahasa mudahnya.

Adab Bergaduh

  1. Hormatilah orang lain dan jangan sesekali mengatakan kepadanya bahawa dia salah.

  2. Kalau dah buat salah atau pun terasa diri itu salah, laju-lajulah mengakuinya secara terus terang.

  3. Kalau nak bagi pihak lawan tukar fikiran atau nak yakinkan pihak lawan, gunakan cara yang lemah lembut, ramah dan menarik. Jangan main kasar. Itu keji.

  4. Usahakanlah supaya pergaduhan itu sentiasa dalam suasana "ya, ya, ya". Masing-masing jangan jadi keldai. Bertolak ansur sikit.

  5. Biarlah pihak lawan itu membebel berbicara banyak.

  6. Lihatlah segala sesuatu itu dari kacamata pihak lawan. Tak pun pinjam saja cermin mata hitam dia. Tengok muka dia puas-puas. Jangan tengok benda lain. Fokus sikit.

  7. Bersimpatilah dengan idea dan keinginan orang lain. Jangan nak fikir diri sendiri je. Consider pihak lawan.

  8. Bangkitkanlah perasaan mereka yang lebih mulia. Walaupun sebesar habuk cuma.

  9. Tunjukkanlah idea anda. Tunjuklah dengan apa cara sekali pun. Ikut suka.

  10. Jangan suka membantah cakap orang dengan tujuan nak menonjolkan diri sendiri. Bagi dia habis cakap dulu. 8 hari pun tak apa.

  11. Gunakan paras suara yang rendah. Lagi bengang, lagi rendahlah suara itu. Kalau boleh berbisik pun lagi bagus.

  12. Jangan pakai bahasa kasar. Bahasa pasar tak apa.



Itu saja.

Pendek katanya, tukang gaduh terhebat adalah orang yang mampu belajar bergaduh sampai takkan pernah bergaduh. Itulah keunggulan tukang gaduh professional yang terulung.

Kiranya, please try this at home. At your office pun boleh. Jalan tengah-tengah bandar pun boleh_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 09, 2008


_Orang kata.. aku sombong. Terutamanya, dengan lelaki.

Hah.
Memang pun. Baru tahu ke.

Bukan sombong. Tak friendly cumanya. Lain je apa. Sinonim pun bukan. Antonim lagilah bukan. Sombong ibarat, bongkak, riak, takbur dan meninggi diri sikit. Barangkalilah. Tak friendly pula ibarat.. ibarat akulah. Teman tapi tak berapa nak mesra. Memang sejak zaman berzaman pendek katanya.

Masa zaman sekolah rendah. Mesti selalu kena tegur dengan budak-budak lelaki. Hari-hari kerja nak jeling je manjang. Entahlah sampai ke besar pun kena tegur kadangnya. Helo bro. Itu bukan jeling. Itu teknik memandang tanpa menggerakkan kepala oke.

Tak salah nak cakap aku sombong. Tak marah pun. Sebab aku memang tak friendly dengan lelaki. Kerek nak mati bagai. Hah. Kalau korang add aku dekat YM pun belum tentu aku mesej. Memang macam haram kan perangai. Kadang-kadang kalau tak kenal langsung.. memang aku delete je balik dari YM list. Keji gila perangai. Keji woh keji.

Nak minta maaf pun tak sah.

Kalau minta maaf berguna, nak polis buat apa. Kan. Kiranya. Faham-faham sendirilah tahap tak friendly aku. Memang kronik. Macam haram kadang. Makanya. Jangan kata aku tak bagitahu awal-awal eh. Bare with me if you dare.

Dalam jantina, aku berkasta.

Selagi organ pembiakan kita berbeza. And I'm not comfortable enough. Fikirlah 8 kali. Ha.. kalau gadis takpelah. Haha. Gua layan saja. Zass.

2.. ke 3 hari kebelakangan ini.

Merata-rata mata dengan telinga ini jadi saksi berita penceraian. Sana sini bercerai berai. Majoriti, artis. Normal ke? Dan sebagai memenuhi keseimbangan ekosistem zuriat, soalan macam 'Bila nak kahwin'... 'Dah ada calon ke?'... 'Bila lagi nak dapat anak sendiri?'.. memang gila rabak masuk telinga.

Sabar.
Senyum.
Blah.

Itu saja.

Cumanya. Bagi akulah. Kalau 'isi' di dada belum cukup penuh atau separuh penuh nak jadi pendinding diri. Kesabaran itu cuma ada dekat hujung jari. Tak payah nak kecoh fikir pasal kahwin. Jodoh dan maut kerja Allah Taala. Jodoh itu tetap ada. Kalau bukan dekat dunia fana yang penuh hasad dengki ini. Insyaallah dekat akhirat sana.

Itu janji Dia.

Minta maaf cakap. Tapi aku tak rasa bercouple itu salah satu cara korang nak get to know the jodoh. Mungkin korang rasa normal. Tapi bukan aku. Mungkin pasal aku memang semulajadi tak normal barangkali. Usaha memang kena usaha. Tapi ada banyak cara, rasanya. Tapi bukanlah dengan cara berdua-duaan. Kalau berdua, tengah-tengah itu ustazah cakap ada siapa?

Satan.
Kan?

Tahu. Tapi buat.
Entah.

Sungguh rabak muslimah masa kini. Zina itu. Zina. Aku dulu pun pernah terlibat dalam kancah zina ini. Bergelumang dosa. Cukuplah sekali. Isk.. sekali dapat jauhkan ini.. semoga sampai matilah agaknya dijauhkan. Semogalah. Iman nipis lagi ini. Aku harap korang pun dijauhkan sama. Aku pun jahil lagi. Solat pun lintang pukang kadang. Cumanya. Mencegah dosa lebih baik daripada merawat dosa bukan.

( Perghh.. rasa macam bagi tazkirah agama )

Kiranya.

Kalau orang lain tak sabar-sabar nak kahwin, go ahead. Hormat orang lain. Tak perlu nak drag sekali tanya pasal kahwin. Agak-agak kalau aku tanya, 'Bila kau nak mati?'. Atau...'Bila kau nak pergi haji?'. Atau.. 'Bila kau nak bertaubat?'. Atau.. 'Bila pulak turn kau nak naik kereta mayat?'. Atau.. 'Bila kau nak berhenti buat maksiat?'.

Apa kau jawab agak-agaknya.

Benda belum tau nak jadi bila.
Lagi mau tanya-tanya.

Bukan marah. Sound je. Mewakili mana-mana pihak yang dibelenggu soalan mengarut yang sama.

Haha.

Dah.

Garang tak. Aku garang tau. Itu fakta_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 09, 2008


_1429H. Aidiladha disambut sederhana cuma.

Macam biasa. Lembu dan aku memang tak berapa nak bergaduh. Lembu makan rumput. Aku makan nasi. Lembu makan nasi. Aku makan lembu. Kitar hidup yang seimbang. Hidup secara harmoni. Walaupun berlainan komuniti. Makanya, realiti gambaran lembu dikerat secara adil tak mampu nak berbekam dalam kepala.

Gila ngeri.

Darah..
Lembu menggelupur..
Darah lagi..
Lembu tinggal nyawa-nyawa ikan..
Darah lagi dan lagi..
Lembu telah tamat riwayatnya..
Darah masih ada lagi dan lagi.

Ngeri gila.

Cumanya. Aidiladha 1429H ini lebih best banyak. Dapat menganyam ketupat dan ketupat palas. Bermula daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Sampai mengigau dibuatnya.

Fuh..

Memang ngeri_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, December 05, 2008


_Kertas manglish Bahasa Melayu I. SPM 2088.

ARAHAN: Hati kasi bersih. Pen Kilometrico biru bermata runcing. No liquid paper. Tulis tanpa was-was. Mulakan dengan bismillah. Gunakan kekreatifan anda pada tahap tertinggi. Tinggalkan sekeping kertas saja sekiranya begitu dungu untuk menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan nombor 1.
Huraikan maksud Disember 2008 mengikut kefahaman anda.
( tidak lebih daripada 188 patah perkataan )

Jawapan.
Disember 2008. Paling kacak. Cutinya banyak. Banyak yang galak. Sampai boleh bersorak-sorak. Setiap minggu cutinya membiak-biak. Gila banyak. Kepuasan hati dirabak-rabak. Memang kacak. Semua orang cuti berlambak-lambak. Sampaikan bos cuak-cuak. Office terbengkalai gila rabak. Tunggu masa nak kena rompak. Tapinya, aku tak. Baki cuti tak berapa nak gempak. Tengok orang cuti bagai nak rak. Jelousy di hati membuak-buak.

Rumus Algabra:
Minggu kedua 8/12 = AidilAdha
Minggu kedua 11/12 = Sultan Selangor Lahir Kembali Berkali-kali
Minggu keempat 25/12 = Hari Krismes Santa Claus Kerja Overtime
Minggu kelima 29/12 = Maal Hijrah 1430 Nak Kena Fikir Azam Baru Lagi

Soalan nombor 2.
Huraikan maksud "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3".
( lebih daripada 80 patah perkataan pun tak apa )

Jawapan.
Pagi tadi. On the way nak pergi mengais rezeki. Jalan Bangsar. Lampu trafik tengah merah. Kereta Myvi Silver. Lajur dan baris depan aku. Belah belakangnya tertampal stiker 'halus tak berapa nak ikhlas saiz tulisannya'. Penat aku zoom in anak mata. Rupa-rupanya, tertulis "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3". Terasa macam ada unsur humour. Tak berapa nak pasti. Mungkin silap deria rasa barangkali. Pagi-pagi dah nampak pro-poligami. Sengal ini.

Soalan nombor 3.
Huraikan perasaan anda jika digoda kaum sejenis.
( kalau terlebih daripada 180 patah perkataan pun lagi bagus )

Jawapan.
Semalam. On the way nak balik selepas mengais rezeki. Jalan Bangsar. Jem gila kronik. Pada paras berbahaya. Kelajuan kereta 5km/j setiap 10 minit. Memang 'thank you Allah'. Hampir menangis air mata darah. Tapi, kutahan saja. Apakan daya. Mata pula makin melayu. Mengantuk woi (intonasi bertanda seruan). Dengan tak semena-menanya, sebiji kancil di depan. Macam sarat. 5 orang jejaka yang.. tak berapa nak jejaka dia punya jejaka itu.

Maksud tersirat di sebalik ayat di atas, fahamkan sendiri.

Sekejap-sekejap tersengih berjemaah. Tergelak berjemaah. Gelak ketawa remaja riang ria. Sambil menari berjemaah. Memang... agak gedik. Dude, gadis-gadis lain yang semulajadi hot, mencari 'hot' atau pun perasan hot pun tak pernah menari macam itu dalam kereta. Dahlah senja. Lagi sikit saat je nak masuk maghrib. Dan sekejap-sekejap pandang ke kanan belakang.

Rupa-rupanya..

Mangsa adalah 2 jejaka yang 'boleh tahan rupa mereka tapi mungkin ada orang lain yang tengok sampai tak tahan'. Kereta jiran sebelah kami. Siap mereka terpaksa menjarakkan kereta berjengkal-jengkal. Gara-gara nak larikan diri daripada di'ayat' jejaka-jejaka kereta kancil itu. Gila kesianlah. Memang siaran langsung depan mata. Sampaikan siap overtake kereta-kereta lain semata-mata nak merapatkan saf diri dengan kereta mangsa.

Menakutkan.
Menangislah tengok muda-mudi zaman sekarang.

Semoga... semoga korang dipeliharalah daripada benda-benda mengerikan macam ini.

Soalan nombor 4.
Berikan pendapat anda tentang Hari Raya Korban.
( kurang daripada 50 patah perkataan )

Jawapan.
Berbondong-bondonglah lembu dan kambing bakal menjadi korban tahun ini. Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Semoga korang semua sentiasa dalam limpah dan rahmat dariNya.

Apa Itu Korban.

Dan baca juga..

Sudahkah Anda Berkorban?

Baik.
Karangan sudah tamat_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, December 02, 2008


_Minggu ini barulah bermakna. Cuti sekolah bukan saja terletak pada sekolahnya. Tapi juga. Terletak pada jalannya. Jalanraya akhirnya lengang. Minggu ini. Dan sampai habis bulan ini. Semoganyalah. Kan.

Akhirnya.

Selamat. Lama aku tunggu tahu. Tunggu SPM tahun ini besar panjang. Nak tak nak sampai juga dia punya penghujung. Penghujung bukan sebarang penghujung. Penghujung sekolah menengah yang tak berapa nak menengah cuma. Memang full stop. Tapi. Jangan pula kau belajar sampai paras itu saja. Itu memang paras berbahaya. Belajarlah separas dengan Gunung Everest. Barulah kacak bergaya.

S = Sijil
P = Penamat
M = Menuntut


Walaubagaimana pun.

Bukan SPM saja selamat habis. Ada lagi yang bakal habis. Memang tak semena-mena habisnya. Habis secara tak disengajakan. Atau kadang, memang disengajakan. Sikit-sikit, lama-lama memang jadi bukit dia punya habis. Mengerikan. Memang gila tak ingat dia punya ngeri.

Mayat-mayat kucing dan anjing.

Semahu-mahunya bergelimpangan di tepi jalan. Di tengah jalan pun iya juga. Dengan perut pecahnya. Terkeluar semua isinya. Mata terbeliaknya. Lidah terjelirnya. Erghhh.. kesianlah. Pening lalat aku dibuatnya pagi-pagi nak pergi kerja. Habis jalanraya kena jilat dengan sebaldi darah mayat-mayat itu.

Maksud aku.
Kesianlah mayat-mayat itu.

Itu pun kalau pandang sekali, bukan takat terkesima. Teruja. Tersedih. Teristighfar. Tergeleng kepala. Tapinya. Siap boleh ter'accident' lagi barangkali. Gara-gara nak elak mayat. Memang bahaya. Kemungkinan besar, filem Bangkok Kuala Lumpur Dangerous bakal menapak di pawagam berhampiran anda tak lama lagi. Nantikan, sila.

Tapi kan..

Antara ayam, anjing, kucing, kambing, lembu, kerbau, ular, burung dan haiwan-haiwan lain. Yang wataknya adalah pengguna yang rajin melintas di jalanraya. Atau nama lainnya, pedestrian. Potensi ayam, lembu dan kambing adalah lebih tinggi untuk jadi sebahagian daripada jalan tar. Atau nama lainnya, mayat jalanan. Berbanding kucing, anjing, burung dan ular.

Sebabnya..

Ayam Kucing dan anjing. Sebelum melintas mesti tengok kiri kanan. Mesti punya. Tak pun, mereka akan lari sekuat hati bila nak menyeberang. Kalau tak percaya pergi duduk tepi jalan. Sila jadi saksi. Mereka memang melintas pakai mata. Dan sedikit akal. Yang tak berapa nak akal sangatlah. Tapinya. Memang kalau ada kereta, budak-budak itu siap boleh tarik langkah lagi sebelum menyeberang jalan. Bijak kan.

Kiranya.

Tak patutlah makhluk yang sedikit bijak menjadi mayat jalanan kan_


Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, November 28, 2008


_Mungkin. Berhenti menulis.

Sekejap, agaknya.
Lama, boleh jadi juga.

Musim hujan sekarang ini. Kan. Cuaca pun sejuk manjang. Rahmat itu hujan. Hujan itu rahmat. Tak panas langsung. Jarang-jarang. Kadang-kadang, tak berapa nak jarang. Jualan langsung dah tak berapa nak langsung payung dan baju hujan pun makin laku. Sana sini pun orang tutup blog. Berhenti menulis.

Musim tengkujuh ini.

Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 24, 2008


_Setiap manusia ada super power.

Ini memang built in punya super power. Standard. Tak ada nak modify hantar bengkel. Apa korang ingat Superman, Spiderman, Batman dan segala man yang lain je ke ada super power. Ordinary man pun ada tau. Macam kita, contohnya. Cumanya. Antara sedar dengan tak sedar je. Tapi memang iya. Kita semua ada super power.

Super power KITA, berjuta ganda lebih hebat daripada segala man itu. Iya. Percayalah woi. Tak payah nak pakai 'seluar kecil' dekat luar. Dahlah ketat. Berdarah-darah hidung manusia sejagat. Bukannya hebat. Percayalah woi. Tak payah nak pakai kereta kebal gila bersayap boleh tukar-tukar macam transformer. Tak payah itu semua.

Percayalah dengan super power kita.

"Lu tak caya sama wa ke beb?" Mat Pet (Malaysia).

Wa caya. wa ca.. yalah ni.

"You don't trust me?" Harry Potter (UK).

Trust. Trust. Unit trust.

"Lo nggak cayain ama gwe dong?" Dewi Sastroyo (Indonesia).

Cayain. Cayain. In aja dong.

Dulunya. Aku tak berapa perasan super power ini. Maklumlah. Tengah jahil. IQ pun memang rendah. Mak bapak bagi nasihat berbuih-buih pun macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri kadang. Tak pun telinga tiba-tiba berasap. Panas pun iya juga kadang. Memang satan masih menggelegak dalam jiwa.

Satu hari..

Dua hari..

Tiga hari..

Berhari-hari..

Bila datang kesusahan. Bila susah hati macam dunia dah nak kiamat dan tak sempat bertaubat. Bila sedih hati sampai nangis berguling-guling macam dalam dunia ini kita seorang je yang paling malang. Bila datang ketakutan macam semua jenis spesis hantu dan iblis tengah berkumpul dalam jarak 3cm dekat belakang kita.

Bila datang semua perisa jiwa.
Di situlah keluarnya super power kita.
Super power yang paling power dalam dunia yang power ini.

SELAWAT.

Kenapa aku kata super power.

Itu memang super power built in. Tertanam secara kekal. Tak dapat dicarigali. Dalam setiap hati kudus manusia. Yang mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan yang mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Macamana nak tahu super power itu ada power.

Senang je. Nak tau power tak power. Setiap kali kau bangun tidur. Kau test super power itu. Baca selawat. Setiap kali kau nak gosok gigi. Baca selawat. Nak pakai kasut. Baca selawat. Nak buka pintu. Baca selawat. Nak masuk kereta. Baca selawat. Setiap perbuatanlah pendek katanya. Verb orang putih kata.

Bukan takat itu je kau test super power.
Semua takat tau.
Baru kacak.

Bila kau kena tinggal awek/balak.
Bila kau ditimpa dugaan (yang kau panggil malang waemah bukan).
Bila dateline hari itu.. tapi banyak lagi kerja tak siap.
Bila berdebar-debar nak kena buat presentation depan bos.
Bila kepala tiba-tiba blank tak tahu nak jawab soalan test.
Bila nak makan tiba-tiba tak ada duit.
Bila kena marah dengan bos/kawan/mak/bapak/cikgu/bf/gf.
Bila terasa nak maki mencarut di tengah jalan raya.
Bila berjalan seorang diri malam-malam tengah sunyi.
Bila tak ada duit nak bayar hutang bil bagai.
Bila susah hati laptop hilang.

Dan. Semua bilalah pendek katanya. Tak ada kerja aku nak senaraikan semua 'bila' dalam satu dunia ini. Gila tak kacak. Harapan tulus ikhlasku. Semoga kau orang sedar diri bahawasanya, kita semua ada super power yang paling power seorang satu dalam dunia ini.

So, percaya tak sekarang_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, November 21, 2008


_Arkib lama. Al-kisahnya. Merujuk entri September 2005.

'Bagaimana nak baikkan gestrik. Tolong saya.'
oleh: 3vil gurlzZzZ
dikomen pada: 16 November 2008


< Gigihnya awak korek lubang arkib saya. Gigih sangat ini. Terharu >

Gastrik.

Tanpa gastrik. Siapalah perempuan. Ibarat buku lali dan tumit. Tak dapat nak dipisahkan. Aku antara 'peminat' tersohor gastrik sejak zaman berzaman. Tak berapa nak zaman sangatlah. Dari tahun 2000 sampailah ke zaman Choki Choki 2008 ini. Aku dan gastrik. Masih belum dapat dipisahkan. Kami insan 'bercinta'. Memang bercinta sungguh nak berpisah dengan gastrik. Memanggggg bercinta.

Ok, man.
Hentikan adegan bercengkerama bahasa sanskrit tak siap itu. Tak semenggah.

Mari saya rephrase (oh, manglish.. peduli!).

Dari sekolah menengah aku gastrik. Sebab aku jenis kera sumbang. Aku memang tak bagitahu sesiapa pun aku ada gastrik. Tak nak bagitahu. Dan tak suka nak bagitahu dan 'weh apsal kena bagitahu?'. Tahap kroniknya, tahap 1. No pain. No gain. No drugs. Gastrik itu baru nak masuk tadika. Baru nak berjinak-jinak dengan dinding perut. Makin lama makin membesar mentaliti gastrik itu. Sampailah masuk universiti. PPP UiTM, Shah Alam. Tahap kroniknya, tahap 2.

Tahap 2.
What do you expect? Mestilah gastrik itu dah berotak-otak.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Bila tahap 2. Setiap minggu kena gastrik. Yang paling worst, bulan puasa. Setiap hari gastrik. Setiap hari tau! Memang 'thank you Allah'. Setiap kali waktu sahur pun gastrik. Tapi, puasa tetap puasa. Peduli apa. Rabak dinding perutku pun rabaklah. Masa itu memang tekanan darah jadi rendah. Tekanan otak lagilah rendah. Kata IQ pun rendah. Kan.

Masa itu, dadah dan doktor. Itu teman setia. Selain bebelan bertenaga doktor 'akibat tak suka makan, nak diet, blablablablaballa dan entah apa-apa yang macam nampak berguna tapi tak berapa nak berguna' itu, aku dapat dadah juga. Air kapur. Rasa dia macam kapur kasut. Sebiji. Cuma bau ada sikit harum seperti pudina dan Chewing Gum. Kalau mental tak cukup kuat, memang ubat kapur itu lari keluar menjejeh-jejeh ikut hidung punya. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi.

Memang rabak. Itu tahap 2.

Aku?
Aku berserah saja. Tak melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.

Secara tiga sukunya. Itulah kehidupanku yang bergelumang gastrik. Memang 'thank you Allah'. Seterusnya. Masuk tahap 3. Fasa hampir kritikal. Yang mana bila gastrik, aku tak boleh bangun. Tak boleh tidur. Tak boleh makan. Tak boleh nak lepaskan kenikmatan pergi toilet bagai. Pendek katanya, setiap masa kenikmatan dunia ditarik Dia. Memang 'thank you Allah'. Sebagai manusia berotak, hidup perlu banyak bersyukur.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Tahap 3. Aku jumpa Parasetamol. Yang putih. Bukan pink. Asal gastrik je telan 2 panadol. Asal 2 biji panadol je, telan gastrik. Kalau satu hari boleh tibai 1 papan panadol, memang tak sia-sialah makin rendah IQ aku. Tambahannya, air kapur. Dan ubat angin. Hah. Bukan saja perut aku berangin. Kepala pun berangin sama. Memang 'thank you Allah'. Zaman itu. Hidup dan matiku hanya pada panadol. Dan air panas mati yang boleh pijar lidah sampai mati segala jemaah tunas rasa. Kesianlah. Begitu panas sekali. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi. Seperti biaselah katakan.

Memang rabak. Itu tahap 3.

Aku?
Aku berserah sekali sekala. Kadang-kadang melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.
Kena fight. Itu baru namanya usaha. Fight! Fight! Die! Die!

Semenjak, dua menjak kemudiannya. Aku makin matang. Gastrik itu lagilah makin matang. Aku dah berhenti telan panadol. Dan beberapa jenis dadah lain. Secara beransur-ansur. Ubat kapur pun habis aku tolak tepi. Kapur tak kapur. Kena fight. Fight! Fight! Die! Die! Sekarang. Aku cuma minum air panas mati. Sepanas-panas alam. Sebanyak-banyak mungkin. Dan koyok SalonPas berkotak-kotak. Dan 8 guni selawat sambil mengurut-urut dinding abdomen secara lembut dan bersahaja.

So, cik adik 3vil Gurlzz.


  1. Jangan biarkan perut anda dibelenggu asid. Makanlah setiap masa walaupun seciput cuma.

  2. Selawat dekat abdomen (sakit ulu hati) itu berjuta kali. Sampai tertidur pun lagi bagus.

  3. Tak perlu kurangkan minum kafein dan segala minuman bergas lain. Hentikan saja serta merta.

  4. Rajin-rajinlah minum susu. Kalau tak masuk, minumlah susu kacang soya.

  5. Kurangkan makan pedas. Hentikan saja pun lagi bagus.

  6. Kumpul duit setiap bulan. Khas untuk beli koyok SalonPas semata.

  7. Untuk baring, pastikan posisi anda sedang bersujud. Penting untuk asid turun ke otak.

  8. Pastikan bila tidur itu, posisi kepala lebih tinggi daripada badan. Jangan tidur tak berbantal. Asid senang turun ke naik ke mana entah perginya. Tapi pendek kata, jangan letak kepala sama level dengan badan. Ini tips paling penting. ( tips penting berwatak utama perlu diletakkan di akhir sekali )

  9. *Paling penting: Setiap pagi, sebelum sarapan.. sila ambil satu gelas air panas suam. Letak 1 sudu madu. Selawat banyak-banyak. Minum. Hari-hari. Ingat. Sebelum sarapan ya. Perut biar kosong dulu. Siram air madu itu banyak-banyak. Memang berkesan. Insyaallah.



Lagi satu. Orang-orang tua kata. Ubatnya kena kahwin laju-laju. Dengar cerita, perempuan yang dah berkahwin jarang kena gastrik atau senggugut atau sebarang masalah perut yang lain. Woh. Melainkan satu. Perut kembung dipenuhi embrio.

Itu sahaja. Selamat mencuba_


Sambung baca...

Kategori: ,

Thursday, November 20, 2008


_Zaman mengecapi mental jerlus. CASE UTM, KL. 2003.

David.
Merangkap watak utama.

"You tahu tak, kalau amoi muka cantik haa.. mesti selalunya blond and stupid."

Aku pernah dengar fakta itu. Kesahihannya kadang disangkal.

"Really? I wonder why."
"Because pretty girls are always stupid. They are stupid because they are pretty."
"Haha. Luckily I am not pretty David. Otherwise I'll be as stupid as them."
"Hahaha.. yeah. Exactly that's my point."


Aku kejung.

"Wait. So, you are saying that I am not prettylah ni? Teruklah you."
"Hahahahahahahahahahahaha.." David masih tergelak macam haram jadah.


Walau bagaimanapun. Gadis yang kacak adalah.. kurang bijak. Elakkan diri daripada perkataan-perkataan seperti bodoh, bahlol, bangang, bongok, lembu, bladichick, otak lembab dan seangkatan dengannya. Tak manis dipandang koklea. Tambahannya. Menambahkan lagi tahap mental jerlus dan tak cukup matang atau sinonimnya b*d*h.

Boleh pula.

Anyway.
Pretty girls, are you.. really that stupid?

Tepuk pipi tanya muka. Kebenaran itu pembunuh. Kesianlah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, November 19, 2008


_Ada satu benda yang paling susah aku nak faham.

Lelaki memang gagah. Kental. Tegar. Sasa bagai. Tengok macam 'The Rock'. Memang kentalkan. Tough. Badan berketak-ketak ototnya. Bukan takat 6 ketul pack dekat perut dia. Dah 8 nak ke 10 barangkali. Itu baru The Rock. The Sun. The Moon. Belum lagi ahli bina badan macam Encik Malik Noor, Encik Arnold Schwazenegger dan Encik Rambo.

Hah.
Sasa kan mereka.

Ada juga lelaki gagah yang datang bersama pakej otot lain. Angkat bangunan pakai telinga. Tarik jentera pakai misai. Gantung batu-bata pakai lidah. Tarik kapal terbang pakai lubang hidung. Misteri nusantara sungguh. Memang suntik apalah organ mereka ini. Gila kental dan tegar.

Tapinya.

Ada satu benda yang paling susah aku nak faham. Homo sapiens berjantina lelaki yang gagah dan sasa dan kental dan tegar dan kacak ini. Yang memang tiada tandingan kalau nak dibandingkan dengan homo sapiens berjantina perempuan.

Macamana Encik Sponge Bob 'berseluar kotak tak berapa nak siap dan kalau picit-picit keluar air boleh sental badan' itu berjaya menarik hati lelaki?? Dan lagi sebiji. Seekor penguin yang bijaksana, degil, gigih, kental tetapi katik dan selalu miming keluar suara Eskimo macam tak siap bernama Pingu.

Rata-rata member lelaki dan adik lelaki dan saudara lelaki aku yang lain semua kaki kipas mati keras (die hard fan) Span Kuning Lembut Penyental Badan aka SpongeBob dan Pingu katik.

Tak kena

Kena ke?

Mana kena. Tak patut kena ini. Tak faham. Tak faham_


Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 17, 2008


_Ini cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok Kepayang >

"Adik eg, awak nak tahu tak saya beli apa pergi Penang hari tu?"
"Nak.. nak!"
"Cuba teka dulu."
"Asam?"
"Bukan.."
"Baju?"
"Bukannn.."
"Alaa.. tunjuk jelah."
"Oke. Nah."


Lipan..
Mat Lipan.

Nama gua.. Mat Lipan

"Huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!"

Lalu. Adegan pinggan terbang. Kaki terbang. Baju terbang semua ada. Klasifikasi tak berapa nak sesuai untuk tontonan umum. Bukannya aku kejar pun kan. Aku rilek je berdiri dengan gaya 'potongan yang tak berapa nak ada potongan tapi bolehlah terpotong-potong' depan dia. Sambil senyum simpul-simpul ikat mati.

"Awak kenapa?"

Pura-pura tanya dengan muka langsung tak ada rasa bersalah. Waemah dalam hati gelak macam haram jadah.

"Akakkkkkkk..!! Tu lipan yang gigit nenek moyanglah..!!" Sambil berlari-lari ayam kering.

Lepas itu.

Sampai akhirat aku kacau dia dengan benda alah itu. Saban hari juga dia meracau-racau. Terpekik terlolong lari dalam rumah. Sejak itu. Adik eg selalu hidup dalam ketakutan bila nak masuk bilik. Sebab dia tau. Kakaknya yang tak berapa nak betul kewarasan itu bukan saja ada lipan jadian. Malah, lipas jadian dan cicak jadian pun ada. Koleksi makin banyak.

Ya..hu!

Cicak Kobain

Ini cicak mungil. Ukuran badan 24 24 25. Lahir tahun 1998. Berasal dari Beseri, Perlis. Harganya entahlah berapa. Makhluk pertama aku bawa masuk dewan exam SPM. Saja nak ajak jawab exam sama-sama. Konon sehati berdansa sejiwa. Masa kertas Bahasa Melayu I. Kesudahannya. Ramai yang histeria. Nasib tak kena pelempang dengan pengawas SPM bertugas.

Ini Lipas

Ini lipas jadian. Siang jadi Chewing Gum. Petang, senja, malam dan subuh pula jadi lipas. Memang GRO. Hebat bukan. Asal usulnya misteri. Berbekalkan RAM kepala yang tak seberapa ini, mana mungkinlah aku dapat ingat sejarah beliau kan. Cumanya. Kadang-kadang aku sendiri pun lemah jiwa juga dengan lipas ini. Mati segan hidup pun tak mahu. Entah bila nak dilepasnya Chewing Gum itu. Genggam erat dendam kesumat. Memang cinta sejati betul.

Mak?

Mak chill saja. Mak aku jenis insan yang rilek-rilek. Tak kecoh. Tak melatah. Lagi tak gentar langsung dengan makhluk-makhluk jadian itu. Makhluk jadian basic macam itu tak ada benda nak dihairannya. Sinonim, tak larat nak berkata-kata. Mana taknya. Ternak benda-benda tak berfaedah lagi membazir duit. Mesti perut mak tak sejuk mengandungkan aku. Mesti sampai cramp. Mesti suam-suam kuku punya. Kesianlah emak saya, kan.

Walau bagaimanapun.
Point pentingnya.
I am happy!

Ahakhakhaks.. yeslah!

Ini.
Cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok kepayang >

Itu. Sepatutnya pantun 2 kerat_

Sambung baca...

Kategori: ,

Sunday, November 16, 2008


_Ini semua. Cerita pasal emosi berkumpulan. Kategori balada.

Semalam. Aku mimpi adik Uri meninggal. Entahlah kenapa aku suka mimpi sedih cemas berlipat ganda. Mimpi kena tembaklah. Mimpi orang meninggallah. Namun begitu, orang-orang tua kata mimpi-mimpi macam itu selalu maksudnya berlawanan. Semogalah.

Dalam mimpi itu. Aku bagitahu emak, adik Uri dah tak ada. Sayu betul. Sobbing. Bersungguh-sungguh sedihnya. Sampaikan aku terjaga, aku masih sobbing. Mata berair. Hidung bermukus.

Ganas betul penangan CGI mimpi.

Dan sepanjang pagi tadi. Sampai ke malam. Kami semua sms dia bertubi-tubi. Tak dibalasnya. Kadang-kadang macam tak sedap hati. Tapi kena terapkan bersangka baik. Semoga dia masih panjang umur. Aku tak harap mimpi aku jadi kenyataan walaupun aku tahu semua itu ketentuan Dia. Semogalah. Tak sedap hati dibuatnya.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Semalam juga dapat sms. Salah seorang budak kelas 'Seni Gerak' aku accident. Betul-betul lepas kelas Jumaat malam Sabtu itu. Motornya terbabas masuk longkang. Kepalanya terhantuk. Pendarahan dalaman. Masuk ICU. Koma sekejap. Baru lepas operate malam semalam.

Dengar khabar, keadaan dia dah stabil sikit. Waemah baru Jumaat malam itu aku passing beg dia. Walaupun dia seorang 'mamat'. Tapi masih sebati memakai beg warna pink. Memang takdir tak dijangka. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Tadi malam juga. Ain sms. Katanya, aku bakal jadi makcik. Whoaaa..! Alhamdulillah. Gembira dalam duka. Gembira tang dia dapat rezeki anak. Duka itu pula. Entah datang dari mana. Mungkin sebab terfikir rezeki sendiri yang entah bila agaknya. Sayu dalam duka juga.

Takpelah. Kalau di dunia tiada, kata ketentuanNya. Aku tunggu dekat akhirat sana. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan. Mana tahu kalau esok lusa bertemu jodoh. Whoaa..

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Gara-gara nak masuk tahun 2009_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, November 16, 2008


_Sekarang baru aku paham. Tag itu ibarat kasih sayang. Nak tak nak terpaksa buat juga. Kacak tak kacak terpaksa layan juga. Terima kasih kepada Nessa kerana sudi bersedekah kasih sayang. Ok. Aku dah berusaha buat. Sekarang berusahalah membacanya sampai habis.

Berusahalah..~~

7 Fakta Tentang Saya


  1. Super ngeri dengan cicak.

  2. Choki Choki, ABC dan Slurpee adalah my partner in crime.

  3. Degil gila dan super keras kepala.

  4. Egomaniac, berlagak, stereotaip, perfectionist & susah nak mengalah.

  5. Putih adalah warna pujaan.

  6. Segala jemaah ikan yang mana aku siang dan robek perutnya, memang aku tak makan lepas masak. Kesian dekat binatang itu. Aku boleh imagine dia minta tolong masa nak kena siang. Dengan mata yang bundar bercahaya. Blinking-blinking. Tsk.. kesianlah.

  7. Lebih suka berdiam diri sunyi sepi dan melepak di rumah bersama keluarga sepanjang masa berbanding melepak dan chill di luar bersama masyarakat. Sinonimnya kera sumbang menyumbang.



7 Perkara Menakutkan di Dunia

  1. Kemalangan jalan raya.

  2. Kehilangan mak dan ayah.

  3. Cicak, kucing dan segala jenis binatang yang berbulu gebu.

  4. Laut, sungai, tasik, kolam dan seangkatan dengannya yang mana kalau dipijak tak bertapak dasarnya.

  5. Terjun daripada tempat tinggi.

  6. Tidur tak bangun-bangun.

  7. Sesat jalan yang tak berpenghujung



7 Lagu Buat Masa Sekarang

  1. Switchfoot - Dare You To Move

  2. Lifehouse - Take Me Away

  3. Lifehouse - Blind

  4. David Cook - Always Be My Baby

  5. Chris Daughtry - What About Now

  6. Jason Mraz - Lucky

  7. Drew Seeley - New Classic



7 Perkara yang Selalu disebut

  1. Bismillahirrahmanirrahim

  2. Gila kacak

  3. Chill man

  4. Ok cun

  5. Kesianlah

  6. Gila kental

  7. Tak berapa nak go



7 Perkara yang Amat Bernilai

  1. Imanku yang nipis

  2. Ibu

  3. Bapa

  4. Adik beradik + saudara mara pertalian darah

  5. Kawan-kawan rapat (you know who you are)

  6. Nami (sebab belum habis bayar weh..!)

  7. Kakeno (sebiji kamera kental Canon)



7 Pertama kali dalam hidup saya

  1. Pertama kali masuk tadika belakang rumah dan bergaul dengan masyarakat tempatan.

  2. Pertama kali tolong mandikan jenazah moyang. Perasaan menggosok kulit nenek dapur masih terasa sampai sekarang.

  3. Pertama kali tolong pegangkan leher ayam nak kena sembelih. Tak sempat ayam itu nak dikerat habis lehernya, aku dah terlepaskan tangan. Ngerii!!! As usual, kesianlah ayam itu woi!

  4. Pertama kali tumbuk lelaki yang besar dan sasa. Perasaannya macam, 'oh.. macam ini je ke rupanya tangan lelaki'.

  5. Pertama kali memandu. Kan aku pernah cerita dulu, langgar pagar sekolah rendah adik aku. Bumper depan Iswara ayah kemik dan jatuh melorot. Gara-gara tak tahu mana satu brek dan clutch.

  6. Pertama kali masuk sekolah rendah darjah 1, member depan aku buang air kecil dalam seluar. Dia nervous agaknya. Kesianlah.

  7. Pertama kali baca komik masa sekolah rendah. Sampai sekarang aku collect komik. Pembaca tegar, kononnya.



7 orang bertuah jawab tag ini.

  1. Dani

  2. Dope

  3. Astri

  4. LadyUgly

  5. Anisa

  6. Sweet Thinker

  7. Pacik Nuaeman



Baik. Itu saja_


Sambung baca...

Kategori:

Friday, November 14, 2008


_Ada dalam 3 ke 4 biji game sengal lagi klasik aku nak bagi.

Ini aku layan masa degree. Sekarang pun layan lagi. Di kala ngantuk sengal ayam. Tahap game ini memang tahap negatif. Tak adalah kacak bergaya macam House of The Dead, Counter Strike, Need for Speed dan Tomb Raider yang kami main dulukala.

Game ini tak perlukan skill dan IQ yang tinggi. Kalau level IQ anda lagi rendah pun lagi bagus.

Nama permainan: Kejar Cicak, Jangan Tak Kejar.
Cara bermain: Watak kau Ladybird. Makan seberapa banyak bunga yang boleh. Jaga-jaga cicak melintas dari pelbagai arah. Nanti kau kena ngap!
Download

Nama permainan: Teka Cicak, Lagi-lagi Cicak.
Cara bermain: Watak kau manusia. Kau kena teka kotak mana satu ada cicak. Kalau salah, kau tak kena makan dengan cicak pun. Cuma kesimpulannya kau memang bengap dan lembab sajalah.
Download

Nama permainan: Dope Wars v1.2
Cara bermain: Watak kau jadi Drug Dealer. Masuk black market. Beli dadah. Jual dadah. Hati-hati ditembak polis.
Download

Nama permainan: Dope Wars v2.2
Cara bermain: Sama macam Dope Wars v1.2. Interface saja lain sikit. Tapi lebih kacak dan chill berbanding versi lama.
Download

Permainan ini semua ringan belaka. Ringan macam Choki Choki. Paling busuk pun download dan sedekahlah bagi anak-anak main. Anak jiran ke. Anak saudara ke. Anak buah ke. Anak kapal ke. Anak tiri ke. Anak angkat ke. Segala jemaah anak yang wujud dekat muka bumi inilah pendek katanya.

Oke dah_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 13, 2008


_Konsep setia kawan. Malam semalam. Lepas kelas.

Soalan rambang pertama.

"Apa nama sahabat anda..?"

Masing-masing jawab nama kawan baik sendiri.

"Faris."
"Normah."
"Ani."
"Izat."
"Bini saya.."
"Si polan.. si polan.."


Soalan rambang kedua.

"Dalam masa 10 minit, kalau kena serang, siapa yang datang tolong kita? Kalau ada yang betul-betul datang tolong masa kesusahan tu, itulah dia namanya sahabat."

Ya juga.

Aku sokong 808%. No offence. Tapinya. Macam aku juga. Aku susah nak wujudkan istilah sahabat. Except. Kawan rapat. Kawan tak berapa nak rapat. Kawan tapi tak rapat. Kawan tak rapat langsung. Kawan tak kawan. Itu semua banyaklah.

Sebabnya.

Betul kata penyelia kelas aku. Dalam masa 10 minit ditimpa kesusahan, siapa yang datang tolong. Mana ada siapa-siapa. Cuma kaki dan tangan semata. Diri sendiri seadanya. Kesimpulannya. Kaki, tangan, mata, hidung dan mulut. Kaki tangan kerajaan semata. Pendek katanya, diri sendirilah sebaik-baik sahabat.

Aku rasa.

Sahabat itu bermaksud.. segala-galanya pun didahulukan demi untuk sahabatnya yang lagi satu. Walaupun dia dalam kesusahan. Walaupun dia dalam kelaparan. Walaupun dia tinggal separuh mati. Walaupun nyawanya dihujung tanduk. Tetap didahulukan teman. Semua keutamaan diletakkan pada sahabatnya semata. Menangis saing. Makan sepinggan. Tidur sebantal. Susah sama dipikul. Senang sama dibaling saja. Semuanya serba-serbi saing. Buang air besar kecil bagai pun saing.

Simpel saja term sahabat itu.

Ada bila diperlukan. Ada bila tak diperlukan. Pakai tak pakai. Tak pakai, pakai pun tetap ada saja. Makanya. Pasal itulah ayat 'Jaga Diri' diberanakkan. Jaga diri. Mekap peribadi. Tak kisahlah pakai MAC ke. Avon ke. Mabelline ke. Oil of Ulay ke. Apa lagi entah nama jenama-jenama kosmetik plastik mat saleh ini. Belasah kering saja.

100 Plus.

Manusia naif zaman ChokiChoki sekarang ini kena lebihkan diri sendiri semata. Kerana dirimu begitu berharga. Tagline jenama apa entah. Lagi juga. Perlu bersikap selfish dan acuh tak acuh dengan orang lain. Semuanya 'jual ikan' belaka. Aku termasuk sama. Tak terkecuali langsung.

So.
Tanya sikit, korang ada sahabat ke_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, November 12, 2008


_Zombie Kampung Pisang. Rasa macam satu Malaysia dah tengok.

Aku belum.

Cuma aku sempat tengok beberapa minit nak habis. Adegan di mana segala jemaah zombie itu nyanyi lagu 'Semboyan telah berbunyi, menujuuuuu medan bakti'. Sambil ditangkap polis-polis. Kiranya, asal usul kenapa Kampung Pisang itu nama Pisang pun aku tak tahu. Kenapa zombie itu semua jadi zombie pun aku tak tahu. Kenapa watak-watak utama yang ramai dalam cerita itu tak jadi zombie pun aku tak tahu.

Cumanya.

Aku rasa cerita itu ala-ala Resident Evil barangkali. Lagi pula, kenapa entah tajuknya bukan Bangkai Bernyawa Kampung Pisang atau Mayat Hidup Kampung Pisang instead of Zombie Kampung Pisang. Juga aku tak tahu. Dan kenapa kena pisang tidak betik atau juga manggis. Lagilah aku tak tahu.

Yang aku tahu.

Ramai kata cerita itu sengal dan best tahap melampau nak mati. Lawak tak berapa nak siap. Kata mereka.

Anyway.

Semalam aku mimpi jadi watak dalam Zombie Kampung Pisang itu. Bezanya. Aku bukan zombie. Apatah lagi pisang. Tapinya. Kawasan rumah aku itu dipenuhi Zombie. Dan juga pisang. Siapa yang berjaga malam-malam, memang kena gigit dan transform jadi Zombie. Siapa yang tertidur bungkus itu memang tak transform pendek kata. Teorinya. Simple saja. Kalau kau tidur mati malam itu. Kau takkan jadi zombie pendek katanya. Zombie itu pun tak berselera nak kejutkan kau panjang katanya.

Mereka punya tak berselera itu sampai berpeluh-peluh aku mimpi tau, tapinya!

Dalam mimpi itu.

Kena cari kereta. Nak kena lari dari kawasan itu. Dalam rumah, masih lagi area Melawati. Bila buka pintu rumah, jalanraya itu bertukar jadi jalanraya depan rumah atuk aku dekat Kluang. Gila besar ruang lingkup mimpi aku. Sebesar-besar ruang lingkup pun, memang susah gila nak cari kereta. Belakang rumah aku pula. Tiba-tiba macam banyak kereta. Ada rupa seakan parking lot pendek kata. Tapinya. Sepatah Sebuah haram pun tak boleh pakai.

Memang dasar mimpi betul.

Masa itu. Bakal senja. Aku dah gabra ayam. Nak lari mana-mana pun tak ada idea. Tengok langit macam nak gelap suam-suam kuku. Gila cemas. Alih-alih pula datang Litium, Nurnana, Ayumi, Maoi, Dani, Adik nurse. Gila ramai roh-roh berkeliaran masuk mimpi aku. Entah kenapa semua nak jadi hero. Tiba-tiba watak semakin ramai. Discuss punya discuss. Dah tak tahu nak lari mana. Kami semua bersepakat membawa berkat.

Solusinya.

Aku dan adik nurse tidur. Watak-watak lain semua pergi berjuang menentang jemaah zombie serata Melawati sampai ke Kluang. Kamikazelah mereka makanya. Berjuang kering. Kesudahannya. Aku bangun tidur. Dah pagi. Semua zombie dah lesap. Dan aku selamat. Tapi peluh-peluh keseramannya masih ada. Dalam mimpi itulah.

Kawan-kawan yang lain. Entah apa jadi. Dah jadi zombie. Atau dah jadi pisang. Wallahualam. Tapinya. Gila cemas. Tak banyak tempat nak larikan diri. Sebab itu aku tak suka tengok cerita unsur horror. Boleh terpengaruh masuk mimpi. Menakutkan orang yang tak berapa nak takut sampai jadi penakut. Keji betul.

Tapinya.

Mimpi ini stabil lagilah efek dia. Dulu aku pernah mimpi kena selamatkan orang. Macam jadi tentera pejuang Bosnia. Tak berapa nak gerila. Tapi ada sikit seakan gerila. Jadi hero. Yang mana aku kena tembak tepat dekat telinga kiri. Berdarah-darah masuk lubang telinga. Tapi tak sakit. Cuma lepas terbangun tidur, telinga kiri aku berdesing-desing pekak sebelah tau. Macam kena tembak betul-betul pula terasa.

Gila real CGI dalam mimpi itu_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, November 11, 2008


_Dalam toilet. Aku. Suhaila. Wudhu.

Orang perempuan. Dalam bilik air memang suka betul bercerita. Dalam bilik lain tak nak pula bercerita. Entahlah kenapa. Tak perlu tanya. Nama pun orang perempuan. Faham-faham saja.

Kan.

"Aku dah janji dekat anak buah aku, lepas SPM nak bawak pergi jalan-jalan."
"Aik? SPM dah start ke?"
"Laaaa budak ni.. mestilah. Hari ini start. Paper BM. Kau ni Huzai."
"Laaaaaaaaaa.. ye ke... aku ingat belum lagi."
"Apsal? Kau ada adik yang SPM ke?"
"Mestilaaaahhhh.. adik last aku tu."
"Ish ish ishhh.. habis kau tak wish ke kat dia."
"Mestilaahhhhhhhh takk.. alahaii.. takpelah. Aku wish nanti. Belated."
"Ish ish ish.. apa punya kakaklah."

Tengok. Aku lupa.

Adik uya.
Selamat berjuang ya. Ingat janji kakjai dulukala.

1 A = rm50

Amacam?
Berusahalah makanya.

"Budak-budak sekarang bestlah. Pakai gred A. Kita dulu pakai agregat je. Asalkan pangkat 1, dah kira bijak dah."
"Haah kan."
"Kiranya, zaman kita dulu bodohlah kot ek. Sebab kalau tak dapat A pun, tapi asalkan Pangkat 1 Agregat 24 pun tetap bijak."
"Hahahahaha.. haah."

Ya tak ya juga.

Aku dulu. SPM 1998. Dapat 2A je. Itu pun bukan A1. A2 barangkali. Subjek apa entah. Tak ingat pun. Yang aku ingat, mana-mana subjek pun aku tak habis study. Jangankan sejarah. Fizik. Kimia. Biologi. Hancur. Cuma dapat score Matematik je. Sebab aku suka Matematik. Yang lain semua belajar sambil berenang di atas awan.

Eh,
sebelum SPM, pakai apa eh?

Kalau PMR, sebelum dia nama SRP. Kalau SPM pula, siapa nama_

Sambung baca...

Kategori: ,

Monday, November 10, 2008


_Orang kata. Peluang datang sekali saja.

Pagi tadi. Bos tanya.

"Hi Huzai. Do you want to upgrade your Photoshop?"
"Err.. why Mr.B?"
"I heard that Adobe has already releasing their Photoshop CS4. So, if you want to upgrade your Photoshop please tell me."
"Emm.. mine is already the latest version. CS3 Extended version. I think I don't want to upgrade yet Mr.B."
"Ok. But if you want to change your mind. Please tell me. I'll get one for you."
"Err.. ok. Thanks."

Aku menolak Hang tuah.

Gilalah.

Photoshop CS3 Extended rm4k lebih ini pun aku tak habis khatam. Ini nak upgrade ke CS4. Memanglah teruja. Tapi.. tamak tidak begitu bagus dalam kehidupan. Mahal pula itu. Kesianlah. Nanti terikat kuat dengan ofis. Hutang budi dibawa ke liang lahad. Lagi pula. Gerak hati mengatakan bahawa, semakin mahal harga Photoshop yang dibeli, semakin hebatlah grafik yang dihasilkan. Sekiranya tidak begitu memberangsangkan, nescaya akan dipenggal kepala menjadi 8 cebisan.

Another Mona Fandy.
Taknaklah.

Anyway.
Dalam satu ofis ini, aku seorang je yang pakai XP dan Office 2003. Lain semua Vista berserta Office 2007. Kacak kan mereka. Akulah paling gila tak kacak. Tak kental. Tak hebat. Kesian. Kesian. Takpe. Biar low profile asal hati kacak bergaya. Asalkan bukan materialistik dan Photoshoplistik.

Tapi kan,
agak-agak nak request ke CS4 itu.

Terasa keji. Hihi_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 06, 2008


_Silence is a bliss. Ignoring lagilah bliss.

Malas nak cakap banyak. Semua rasa ada. Bercampur baur. Sila bagi gua sikit masa. Hilangkan marak api neraka. Penuh satu kepala. Bengang. Sedih. Grudge. Dendam. Hati tak tenang. Annoying. Meluat. Menyampah. Semua ada. Inilah akibat mengumpulkan semua dalam satu kawah yang sama. Dia punya lava meleleh merata-rata.

Sila bagi gua sikit masa.

Anyway. Mencari bila diperlukan. Tinggalkan bila dalam kesenangan. Mengumpat dan menikam dari belakang. Derhaka. Keji. Ambil kesempatan. Berpura-pura baik di depan. Belakang seperti jin dan satan. Sayang manusia ditangan-tangankan. Itu semua benda basic jadi manusia. Basic saja.

Sila bagi gua sikit masa.

Ha. Sepatutnya aku nak cakap. Aku tak suka YM. Aku dah berhenti borak dengan manusia. Aku tak friendly. Jangan add aku masuk YM kalau tak kenal. Walaupun aku letak dekat public YM Id. Buat-buat tak nampak saja. Aku tak borak dengan orang yang tak kenal. Lagi pula kalau orang yang berkawan atas unsur parasrupalistik. Atau.. materialistik. Atau popularistik. Kenalan dekat pun tak terjaga. Minta maap. Aku kera sumbang. Jujur. Aku tak friendly. Agak-agak aku tak suka nak layan.. memang sampai akhirat aku tak YM. Tapi kadang. Gua tertido depan laptop. Itu ikhlas. Sori naik lori. Dahlah handphone mangkuk mana entah selalu suka merepek main-main. Aku macam rasa tak nak pakai handphone dah. Gila kencang sakit hati. Lamanya pembalasan mainkan handphone orang masa hingusan dulu. Dah taubat ini. Letih.

Woi.
Gua cintakan keamanan. Die hard fan keamanan tau. Sebelum gua bagi buah serang, silalah sedekah kebebasan.


Waw..~~

Ini rupanya kemarahan.

Padam.
Padam.

Sila bagi gua sikit privasi. Gua tak nak benci manusia. Tak mulia. Tak kacak. Bagi gua masa nak chill sikit. Ambil nafas. Istighfar. Buat masa sekarang, gua nak duduk gua. Kawan-kawan tersayang, mari teruskan next trip ke Taman Negara pula. Marilah_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 06, 2008


_Oke. Oke. Aku admit.

Tahap pendidihan memang sangat ketara tingginya. Bila kena tembak tepat dengan mata jejaka. Memang boleh tak keruan. Dengan berdebar-debar tak tentu arah secara tiba-tibanya. Peluh sejuk. Semua benda serba tak kena. Waktu-waktu macam itulah boleh jadi orang bodoh. Spastik. Memalukan diri sendiri. Normal kan.

Macam haram.

Jumaat lepas. Stesen minyak Petronas. Belakang Ampang Point. Ada pam kosong. Nampak macam kacak dari jauh. Memang mengundang masuk. So, aku pun masuk. Menonong begitu saja. Turun kereta dengan kacak embunnya. Tempat masukkan minyak pun dah ternganga. Tengok pam nombor berapa.

Nombo 9.
Diesel.

Ah.. sudah.

Silap masuk. Dah salah. Dah salah. Angkat muka. Tengok kiri kanan. Nampak brader Satria depan tengah pandang straight. Tepat. Masuk mata. Sengih tak bertempat. Smirking. Sambil isi minyak. Watak dia. Tak berapa tall. Tak berapa dark. Muka bumi beliau ada sikit kacaklah tapi. Dressing kacak juga. Kemas. Kemeja putih. Seluar jeans. Memang bunyi macam kacak.

Kalau tak.. macamana aku boleh transfer jadi bongok depan itu kan.

Nervous aku tau.

Sengih-sengih macam perasan manis. Brader itu pandang tak berkelip. Macam tak pernah tengok perempuan. Motif nak gelakkanlah itu. Sampai kesudahannya. Nak cover malu punya pasal. Aku buat-buat masuk kereta balik. Tutup pintu kereta. Capai handphone. Buat-buat macam tengah on the phone. Konon-konon. Waemah saja letak dekat telinga.

Nak cover punya pasal.

Aku drive. Aku blah terus dari daerah itu. Selaju mungkin. Brader itu tak lepas pandang. Sampaikan aku rasa tayar Nami boleh cair kena lazer mata beliau. Gila tak tahan. Tak guna. Malu malu. Panas muka dibuatnya. Berpinar-pinar kepala. Aku rasa dia Cyclops jadianlah. Sampai balik rumah pun aku tak tutup tempat isi minyak Nami itu. Bengang betul dengan diri sendiri.

Nervous aku tau_

Sambung baca...

Kategori: ,

Wednesday, November 05, 2008


_You see man. I don't take coffee. Or any caffein based.

Ecececeh.. cakap english berhabuk.

Bahasa majmuk.
Tulis majmuk.
Tak salah.

Sebenarnya. Fakta tepat kenapa aku tak sebati dengan kopi adalah sebab gastrik. Percintaan dan kebahagiaan kami terhalang. Sebab orang ketiga. Kiranya. Itu pasal kami tak ada jodoh. Sekarang. Hidup lebih bahagia. Bersama Milo. Walaupun tanpa kasih sayang kopi. Nasib baik tak bercinta dengan kopi. Kalau tak.. mesti dah dapat anak berlipat ganda. Migrain namanya.

Gila tak kacak.

Tapi yang lebih sebenarnya. Fakta terulung kenapa aku tak pandang langsung kopi walaupun sampai parah dia ngorat. Adalah disebabkan. Disebabkan. Sebabkan.

Kejap.

Korang pernah tengok iklan Eno dekat televisyen? Brader itu perut dia gila kencang berkeroncong lagu Chemical Romance - The Black Parade. Sampai satu lif pandang brader itu atas bawah. Perut brader itu pula makin lama makin besar. Mengembung. Sebabnya. Angin lintang penuh gila dalam itu. Macam separuh nak pecah juga perut dia mengembang. Kenduri angin lintang. Sekarang sila fokus pada angin lintang dalam perut beliau. Bukan pada pengembungan perut.

Think inside the perut, man.

Ha.
Tengok kan? Kan?
Iklan itu sangat penting dalam hidup aku tau.

Itulah sebab sebenarnya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 04, 2008


_Apa punya jenis percutianlah entahnya.

Gila penat berganda.

Percutian yang tak dapat dilupakan. Memang kenangan. Percutian anak dara 4 sekawan. Dan 1 hero. Budak-budak VersaPAC semata. 4 hari. 3 malam. Dengan Maverick. Si hero. Ha.. Maverick ini bukan watak baru. Ini memang kawan Nami. Seekor Myvi juga. Hitam manis tapinya. Wataknya.. boleh tahan. Tall. Dark. Dan kacak. Potongan badan juga agak kencang. 36 28 40. Kulit berkilat. Dengan debu-deban. (Hihihi.. jangan hot ya tuan Maverick..~~)

Kiranya.
Memang penat berganda.

Perak.
Jumaat. Destinasi Kampar. Sedut oksigen. Sedekah karbon oksida. Sedut. Sedekah. Sedut. Sedekah. Lalu Taman Tasik Taiping. Jumpa pokok-pokok sujud. Menyembah bumi. Makan Yong Tau Fu sampai ke Taiping. Gila terbaik. Dia punya feel.. memang tak terkata. Tengok Taiping cuba. Baru tahu leleh tak leleh dia punya saliva. Memang kacak dia punya rasa. Malam pertama kami di situ.

Pulau Penang.
Sabtu. Destinasi Bayan Baru. Sedut oksigen. Sedekah karbon dioksida. Lari-lari manja tak bertempat sekeliling pantai Batu Feringgi. Main baling-baling air. Nak mandi tak lepas. Masing-masing usung seluar jeans sehelai. Basah suam-suam kuku saja. Night marketlah sasaran pertama. Tak ada yang lain di hati. Cumalah dia semata. Dalam 3 jam bertawaf satu night market. Memang tak ada kerja. Malam kedua kami di situ.

Pulau Penang. Lagi.
Ahad. Destinasi Batu Feringgi. Jalan-jalan sedut oksigen tak berapa nak tercemar sekitar Persiaran Gurney. Ini semua gara-gara nak cari jalan ke Bukit Bendera. Gila tak jumpa. Waktu tak nak pergi, jumpa pula papan tanda dia. Tak guna. Faham-faham saja takdir aku dengan jalanraya. Memang gila sesat, jalan tak jumpa. Sedih. Sedih. Kesian Dani. Kempunan. Lepas Gurney, balik samak segalanya. Layan Night Market lagi. Puas gila. Manusia dah kurang. Maklumlah. Esoknya kerja. Kami saja yang tak ingat nak balik. Sayang KL, tinggal-tinggalkan. Malam itu. Malam terakhir kami di situ.

Kuala Lumpur.
Isnin. Lewat petang nak ke senja baru sampai. Penat memang tak ingat punya. Dengan selsema dan sakit tekaknya. Dapat habuan pendek katanya. Berlipat ganda. Memang terasa deritanya. Utara punya cuaca. Memang kering semata. Awannya kena sorok kalau tengok pada gayanya. Memang panas lagi kering tak ingatnya. Pening gila kepala. Memang terasa bahang api neraka. Fuh..~~

Hah. Nak apa mendanya. Habis sudah. Itu saja_

Sambung baca...

Kategori: ,

Thursday, October 30, 2008


_Tak begitu senang nak jadi manusia.

Semoga imanku belum lari alignment. Semogalah. Tekanan dari depan, belakang dan kiri kanan. Entah berapa kali kena pam. Kadangkala. Terasa semacam imanku sudah tercabut rim. Kadangkala. Terasa semacam imanku sudah meletup tergelek paku. Pun iya juga. Botak tayarnya. Pun iya juga.

Apa-apa pun.
Tengs..~~

Jumaat sampai Isnin aku takda sini. Mencari ketenangan jiwa yang hitam metal. Harapnya jumpa. Kalau dalam tempoh aku takda tu, aku takda terus sampai bila-bila.. makanya aku dahulukan dengan ucapan minta maaf kepada semua manusia seluruh dunia walau di mana jua anda berada.

Dengan ucapan..
'Kalau maaf itu berguna, nak jadi manusia buat apa'.

Episod terakhir. Yang buruk, degil, keji, hati busuk, tamak haloba, pentingkan diri sendiri, menyakitkan hati, suka bangkang cakap orang, rakus, tak sabar dan menyusahkan orang itu semua memang datangnya dari aku saja. Jaga diri. Mekap peribadi_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, October 29, 2008


_Aku dah tahu kenapa kami sinonim.

Si toilet. Dengan aku.

Bertahun-tahun juga mencari asal usulnya.

Masa sekolah rendah. Jadi pengawas. Kena jaga toilet. Waktu rehat. Entah apakejadah motifnya. Kena jadi pak pacak senyum-senyum manis jaga depan toilet. Memang terasa hiba. Tapinya. Hiba dalam iman saja. Baling-baling senyuman manis. Walaupun bau toilet itu tak adalah manis mana. Balingkan saja. Kata sedekah.

Kalaulah dulu aku ada kebijaksanaan. Dan secolek akal yang tak berapa nak cerdas. Dah lama aku letak tupperware bekal makanan depan toilet. Boleh kutip duit. Tak banyak mana pun kena bayar. Dalam 25sen jadilah. Boleh juga buat beli ChokiChoki. Dulunya. Harga ChokiChoki mahal gila. Nak beli sebatang pun tak mampu. ChokiChoki cuma dinikmati oleh golongan berada saja.

Kesianlah.
Tapinya. Waktu itu. Aku dan toilet dah bersatu hati.

Masa sekolah menengah. Jadi AJK Pengurusan Asrama. Bahagian toilet. Tengok. Toilet lagi. Kali ini. Kena jaga kebersihan toilet. Kalau ada 'najis' yang tak berapa nak boleh edjas dekat dalam itu. Dan kalau ada 'roti kering kotor' yang tak berapa nak cekap duduk dalam sanitac bin yang sepatutnya. Memang masaklah rollcall malam itu. Boleh bertukar jadi Darth Vader woi.

Henss.. henss... hembus.

Kesianlah.
Tapinya. Waktu itu. Aku dan toilet dah bersatu hati.

Bila dah dewasa yang tak berapa nak dewasa. Tapi matanglah juga pendek katanya. Kerja aku mesti tak lain tak bukan cuci toilet. Asal kepala rasa macam nak berangin suam-suam kuku je terus basuh toilet. Asal toilet rasa macam nak berangin suam-suam kuku je terus basuh aku. Gila terpelihara daripada godaan nafsu baran. Cemerlang.

"Dani.. ko cuba identify apa passion kau. Dari situ baru boleh go. Buat freelance ke apa ke. Part time. Boleh tambah duit lebih."

Selalunya. Itu jelah yang aku berbuih nasihatkan Dani. Passion. Part time. Duit. Passion. Part time. Duit. Disebabkan itu. Aku rasa aku dah jumpa passion baru. Selain nak buat freelance photography. Aku rasa dah boleh kemaskini dan kembangtaraf passion aku. Dah layak ini.

Aku ingat nak buat freelance cuci toiletlah_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, October 28, 2008


_Mulai dari Sabtu lepas. Sampai bila-bila.

Aku isytiharkan.

Aku dengan Dani tak suka Kajang. Kajang tak sepatutnya dimasukkan dalam peta Semenanjung Malaysia (minta maaf orang Kajang). Atau mungkin.. kami berdua yang tak sepatutnya dimasukkan dalam peta Semenanjung Malaysia.

Ini baru betul Kajang Pak Malau Kajang Aku Rasa Susah Nak Lipat.

Susah betul nak cari Kajang. Dia punya susah itu macam nak cari jodoh. Susah susah. Kalau cakap susah banyak kali, memang confirm jadi susahkan. Tapinya. Rasanyalah kan. Kajang tak ada masalah dengan kami berdua. Kemungkinan besar... kami yang bermasalah.

Tak guna. Tak guna.

Ini makan tuan namanya. Rasa menyirap saja bila nampak signboard Kajang. Kadangkala. Aku dan Dani kesal juga. Kesal pasal kenapalah orang jenis kami ini boleh wujud dekat muka bumi Semenanjung Malaysia. Kalau wujud dekat Uganda ke. Somalia ke. Australia ke. Tak apalah juga. Kami suka. Mungkinlah. Aku rasa mungkin suka. Dani tak tahulah dia rasa macamana punya gaya. Kena tanya pada tuan punya badan. Kalau dia diam, tandanya setujulah. Senang saja kesimpulan jadi orang perempuan.

Kan.

Ha. Sabtu hari itu. Cadangnya nak pergi 2 buah rumah. Nawaitu asalnya nak makan. Tak ada niat buruk langsung. Memang ikhlas nak makan free. Kira berbuat baik dengan sesama manusialah pendek katanya. Tolong makan. Tolong-menolong juga namanya itu. Rumah yang seorang ini dekat Sunway. Yang lagi seorang itu kenduri dekat Kajang. Memandangkan rumah yang dekat Sunway itu buka makanan sampai jam 3 petang saja. Kami pun terpaksa tolak tepi.

Sedih. Sedih.

Sedih dalam kesedaran sivik. Keluar rumah pun sudah jam berapa woi. Dekat nak jam 3. Dari KL nak bekejar ke Sunway dalam masa kurang 30 minit. Itu luar biasa. Pakai silap mata pun belum tentu lepas. Tolak tepi langgar segala speed trap pun belum tentu sampai. Trafik teruk hujung minggu.

Lagi pula.

Terpaksa berpakaian dan bermekapan secara kacak embun. Maklumlah. Bersangka baik terhadap diri sendiri bahawasanya saham masih tinggi. Jadi perlu sedikit kacak. Dani lagi kacaklah tapi. Berkebaya woi. Ini kerana saham tinggi. Saham tinggi. Walaupun cuma nak pergi tolong makan free. Siapa lagi nak up diri sendiri. Kalau bukan aku dengan Dani sendiri.

Kan.

Ha. Kami masuk KESAS. Keluar Sungai Besi. Tembus kawasan UPM. Lalu sebelah Uniten. Nampak exit Kajang. Belasah masuk. Dengan harapan setinggi gunung. Bahawasanya.. basic saja nak menyampaikan ke Kajang ini. Seperti di hujung jari. Pusing Kajang. Cari Prima Saujana. Pusing punya pusing. Semua pun poskod Kajang.

Pening.. pening.

Di saat itu, baru dapat kesedaran. Fakta Kajang gila luas dan besar adalah sahih rupanya. Pusing punya pusing. Jumpa Bangi. Tak jumpa Kajang balik. Keluar masuk Bangi. Jumpa Kajang balik. Keluar balik Bangi. Terus masuk Cheras. Keluar Cheras. Terus masuk Highway besar. Mana Kajang man..?!?!

Tak guna.

Jam dah nak pukul 4 lebih. Dekat ke 5 petang. Dah boleh senja ini. Ada hati nak pergi kenduri kahwin petang-petang buta. Jangankan sisa makanan. Periuk belanga pun belum tentu jumpa. Pakailah sekacak alam. Senyumlah semanis gula. Harapanlah nak dapat makanan free.

Kesudahannya.. give up.

Harapan tinggal kenyataan saja. Sepenuh hati kami berputus harap. Pusing celah mana pun nampak signboard Kajang saja. Namun. Batang hidung Kajang itu tak kelihatan mana pun. Bikin membara rasa di dada saja. Mana Kajang. Mana..?!?! Kajang kejam. Kejam.

Kiranya.

Korang faham tak apa yang kami alami. Trauma dengan Kajang. Kesianlah. Seorang tak tahu baca peta. Seorang lagi tak tahu tengok jalan. Dia punya chemistry gila berlipat ganda. Sampai kiamat pun belum tentu jumpa Kajang. Sedih sedih. Makanya. Mulai dari Sabtu hari itu. Kami isytiharkan kami tak suka Kajang. Tak suka. Tak suka.

Kajang.

Kesianlah kami_

Sambung baca...

Kategori: , ,

Saturday, October 25, 2008


_1 kad biru gelap. 1 bookmark kayu. Bertatahkan lembu.

Kad Dani

This is what she said.

Dearest Xai,
I like you because... kau nih pelengkap aku. Aku punya ying. Kau punya sengal orang tak boleh senang-senang nak tiru. Kau pelik tapi itulah normal kau. Kau terima aku as it is. Kau pengsabar. Kau Data Center. Walaupun kau rajin defrag, tapi banyak gak file tercicir.. hahak. Dory yang kronik. Nih aku blah dari Vesapek aje.. tapi bukan dari hidup kau. Alhamdulillah tuhan panjangkan lagi umur aku. Kita GENG sampai mati, oke. Memang aku akan miss kau. (Nanti aku misskol.. hahak). Ailefyulah, xai. Kau memang SNIPER aku. Time kasih sudi lagi kawan dengan aku, huhu.. Arghh.. AKU RINDU KAU NANTI NI..!!


Pagi itu. Kami gelak-gelak. Ceria semungkin yang boleh. Bersama kerja yang selambak gunung. Di saat-saat akhir. We laughed. Banyak banyak. We laughed. Dan kerja sampai mati. Berpura-pura sibuk di saat-saat akhir. Supayanya. Takkan teringat pun ini last day Dani. Dekat sini.

Lewat petang. Kami gelak-gelak. Banyak banyak. Ceria semungkin yang boleh. Waktu nak balik. I sent her off. Sampai dekat kereta. Masing-masing sunyi sepi. Gelak pun tak. Serius pun tak. Silent mode. Masing-masing buat-buat cool. Dani hulur tangan. Salam. Tanda nak balik. Yang mana takkan balik-balik ke sini lagi. She smiled.

Finally. She said it.

"Xai, aku sedih.."

Yang ditahan-tahan semua terlepas. Masing-masing punya air muka kontrol macho semua habis hilang. Aku hulur tangan. Dani hulur tangan. We hugged each other. Lama. Cried. Sobbing. Sobbing. Sobbing. Macam anak-anak kecik. I bid her farewell. I wished her good luck. And I left. Itu saja. Masih sobbing. And sobbing. Sedih. Sangat-sangat. Sebab dia pergi dalam terpaksa. Dem him. Ya. Aku curse. If only they knew. Anyway. Thanks for your effort dalam memisahkan kami. Ya aku tahu. Aku boleh jumpa Dani lagi. Tapinya. Bukanlah dia kena blah atas sebab ini.

Dem him.

She left. I left. We left you.

Anyway. Ask me nothing. Case closed. I won't say a thing. Never. Ever. Benda dah jadi. I'll promise I'll forgive him. When the time has come. I'll promise I won't regret. Percaya dengan Allah. Kerja Dia. Ada hikmahnya. Time will heal. Insyaallah. Mari percaya kepada Allah. Percaya kuat-kuat. He has plans for us. Ya. Ya. Redha saja. Ada hikmahnya. Ya. Ya.

Dani.
I'll miss you like hell too my dear friend. Jaga diri. Mekap peribadi_

Sambung baca...

Kategori: , , ,

Friday, October 24, 2008


_Secara jujur. Terang. Jelas. Lagi bersuluh. Aku tak berapa pandai layan tag. Sebab. Sebab tak kacaklah layan tag woi. Haha. Anyway. Terima kasih banyak-banyak. Dekat mereka yang sudi nak tag. Tanpa mereka. Siapalah blogger.

Kan..~~

Tag 1
Pemberi: Pacik Nuaeman


  1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?
    Ada.. 2 keping. Sebetulnya itu baju ofis. Tapi mak dah warning siap-siap suruh forward ke raya. Warna apa eh. Semua color ada. Background putihlah tapinya.

  2. Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?
    Ketupat. Burasak. Kuah Kacang.

  3. Apakah biskut Raya kegemaran aku?
    Putu kacang. Sama suji.

  4. Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?
    RM10. Apalah. Dah besar pun dapat duit raya. Malu aku.

  5. Aktiviti Malam Raya Aku?
    Main bunga api. Pasang pelita. Hihi.



Tag 2
Pemberi: Nananya

Panjang alamnyaaaaaaa soalan tag ko nananya.. nangislah.


Name: famia
Sisters: 1
Brothers: 3
Shoe size: 6 atau 7 size wanita tempatan malaysia.
Height: 160cm
Where do you live: Melawati

Have you ever been on a plane: Pernahlah.
Swam in the ocean: Pernah. Tapi itu bukan berenanglah. Itu terapung namanya woi.
Fallen asleep at school: Bukan studentlah namanya kalau tak tidur dekat sekolah.

Broken someone’s heart: Pernahlah.
Fell off your chair: Pernah pernah. Nak duduk je member tarik kerusi. Gila jatuh atas lantai macam cempedak kering. Sakit nak mati.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Tak pernahlah. Takde kerja ke apa.
Saved e-mails: Ada. Kerana email terlalu bahagia (apa ke sengal soalan ni woi).
What is your room like: Dinding pink. Rak buku yang berlambak. Bersama buku-buku. Seperti bilik stor. Tongkang pecah pun iya juga.
What’s right beside you: Dinding pink.
What is the last thing you ate: Nasi. Ikan sambal pedas nak mati. Sayur-sayuran.

Ever had…
Chicken pox: Pernahlah. Gua normal.
Sore throat: Pernahlah. Langsung tak rare.
Stitches: Pernahlah. Masa umur 5 ke 6 tahun. Main lari-lari sampai kepala terlanggar pisau yang terpacak dekat corner dinding kayu rumah.
Broken nose: Tak pernah. Mesti hidung sengetkan lepas itu.

Do you Believe in love at first sight: Ya.
Like picnics: Like. Very very like.

Who was/were…
The last person you danced with: Dance? Diri sendiri.
Last made you smile: Budak-budak silat malam semalam.
You last yelled at: Adik.

Today did you…
Talk to someone you like: Ya. Adik nurse.
Kissed anyone: Ada. Ibunda dan ayahanda sayaAnda.
Get sick: Ya.
Talk to an ex: Tak.
Miss someone: Ada. Dani. Sedih sedih.

Who do you really hate: At the moment.. orang tua tak guna itu.
Do you like your hand-writing: Ya. Hodoh pun tetap kacak di mataku (siapa lagi nak up handwriting sendiri kalau bukan diri sendiri hah)

Are your toe nails painted: Tak.
Whose bed other than yours would you rather sleep in: Dani's.
What color shirt are you wearing now: Hitam kelabu.
Are you a friendly person: Ya (up diri sendiri lagi).
Do you have any pets: Takde takde.
Do you sleep with the TV on: Biasalah itu. Tapi biasanya, I slept with my laptop on and YM on. Haha.

What are you doing right now: Jawab tag yang panjang lagi tak guna inilah!
Can you handle the truth: Ya. Saya jujur. Berani kerana benar huh!
Are you closer to your mother or father: Dulu ibunda. Sekarang ibunda dan ayahanda.
Do you eat healthy: Ya. Sayur sebanyak alam.
Do you still have pictures of you & your ex: Tak pernah ambil gambar masa itu (thank god man.. haha).
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: No one. Only Him.
Are you loud or quiet most of the time: Bising. Kecoh satu dunia.
Are you confident: Ya (up kan saja diri sendiri setinggi boleh).

5 things I was doing 10 years ago:
Masa form 5.
- Ambil SPM dekat Beseri, Perlis.
- Belajar sambil main-main. Result SPM pun main-main hasilnya.
- Ke hulu ke hilir cari kerja kosong sementara nak tunggu result. Aku pernah apply nak jadi tukang kutip hutang kad kredit. Kena gertak orang. Gila takut. Tapinya, airmata itu tiada gunannya.
- Isi borang UPU dan segala jemaah tawaran belajar yang lain. Sungguh desperate.
- Mengsibukkan diri nak belajar driving. Tapi ayahanda tak bagi. Sebaliknya, ayahanda ajar sendiri dekat rumah. Hasilnya, aku rempuh pagar dinding sekolah menengah adik aku. Pasal tak tahu mana satu clutch mana satu break. Macam haram saja.

5 things I would do if I were a billionaire:
- Beli EOS1D Mark II. Plus, segala koleksi lens-lens Canon.
- Bagi seorang 1juta dekat family dengan cousin bagai.
- Beli SEMUA buku Design dan Judith McNaught dan komik-komik Gempak.
- Beli Apple Macbook.
- Mengembara seluruh dunia ambil gambar.

5 of my bad habits:
- Diam dan tak bertegur sapa dengan masyarakat tempatan bila terlalu marah berapi.
- Suka tangguhkan kerja bila tak ada mood nak buat.
- Senang berubah mood kurang daripada 1 saat.
- Cepat lupa. Senang lupa. Selalu lupa.
- Tak tahu baca map. Selalu sesat jalan.

5 places I’ve lived/living:
- Taman Gunung Lambak, Kluang Johor.
- Lorong 8, Kg. Datuk Keramat KL.
- Taman Melur, Ampang.
- Wangsa Melawati, KL.

5 + 1 people I tag:
(Minta maaf kerana berlaku kejam. Saya juga mangsa keadaan. Nak buat, sila buat. Taknak buat.. sudah. haha)
- Anisa
- Kelambu
- LadyUgly
- Riena
- Kakak Putri
- Indrasakty

Oke.
Habis.

Nangislah buat tag panjang macam ini. Nangis. Nangis_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, October 21, 2008


_Sabtu itu hari. Dalam LRT. Dengan Dani.

"Hari tu dekat KLCC ada SPR. Pelik aku." Aku.
"Pencegah Rasuah ke? Apa diorang buat kat situ?" Dani.

Automatik aku blank.

Aku pandang Dani. Dani pandang aku. Aku blank. Dani tak blank. Aku pula. Semakin-makin blank. Bila Dani tak blank. Aku lagi makin blank. Biar betul Dani ini. Isk.. Dani.. sila tolong fill in my blank. Biar betul budak ini. Nak gelakkan Dani pun macam serba salah. Tapi sebab dah kawan lebih daripada 10 tahun. Aku selamba kering saja gelakkan beliau.

Itu tanda keikhlasan.
Dalam perkawanan lebih 1 dekad.

"Hahahaha.. woi.. kesian betul. Itulah. Orang tak pernah mengundi. Dah 27 tahun pun tak pergi mengundi. Blablablabala.. hahaha.. blablablabala.. hahaha.." Aku gelakkan Dani pakai perkataan.

Baru macam sopan.

"Err.. salah ke?" Dani berkerut.
"Salahlaaaaaaaa.. mana ada Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Itu Suruhanjaya Pilihan Rayalah. Mana ada Badan Pilihan Raya. Kau ni.. "

Budak ini memang tak boleh diterima akal kadang-kadang. Macam akulah tu. So, korang semua nampak tak apa pasal aku kawan dengan Dani. Nampak tak? Hah. Nampak kan. Kalau nampak, sila paksa Dani mengundi next pilihanraya nanti ya. Paksa sehabis baik. Tolong mengundi untuk pihak dia pun tak apa. Asalkan nama dia tak wujud dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah itu.

Tolonglah.

Kesian beliau_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, October 19, 2008


_Hah. Natijah salah faham tak bertempat.

Petang tadi.

"Tengah buat apa tu?" Ayah tanya dari sebalik tangga.
"Ada kerja sikit. Kenapa ayah?" Aku jawab dari sebalik pintu.
"Ayah nak kenalkan dengan kawan ayah. Dari Filipina."

Pling..~~
Automatik berderau darah.

"Ha.. kenapa?" Aku tanya pelik. Waemah dalam hati gila babas cemas.
"Saja jelah." Jawab ayah sambil turun tangga selamba.

Pelik.

Imaginasi mula menular. Nak kenalkan? Nak kena kenalkan ke? Nak kenal nak buat apa? Nak buat apa kalau kenal? Kepala dah start fikir pelik-pelik. Kenapa kena kenalkan? Nak kasi barang? Atau.. err benda lain. Siap darah aku automatik berderau ini. Takkan match making kot. Tak guna. Gila fikir luar alam ini. Macam black box testing. Imaginasi yang sungguh transparent. Kalau match making, sumpah aku takkan turun sampai esok pagi nak pergi kerja.

Cemas ni.. cemas.

Kesudahannya. Lepak secara tegar depan laptop. Itu saja. Layan kerja. Sambil tengok cerita korea. Sambil kerja. Sambil tengok cerita korea lagi. Sambil kerja juga lagi. Kejap-kejap adalah juga jenguk dekat tangga. Bau perfume naik sampai tingkat atas. Gila tangkap dia punya bau.

Waw..!
Harum gila baunya.
Tapi aku tetap takkan turun ok. Lupakan saja.

Menjelang maghrib.

"Apasal tak turun tadi?" Mak tanya.
"Saja tengah buat kerja sikit. Kenapa mak?"
"Kau kenal Siti? Siti kerja dekat Texas tu."
"Emm.. yang pakai tudung ikat belakang itu ke?"
"Haah."
"Wohhhhhhhh.. kenal kenal. Kenapa mak?"
"Yang kau tak turun itu kenapa. Ada dia tanya-tanya tadi."
"Laaa.. ya ke." Ala-ala menyesal.

Perempuan rupanya.

Tak guna.

Apahal fikir pelik-pelik ini. Malu.. malu. Aduu.. rasa macam kalau terjun bumbung rumah pun belum tentu kebah dia punya malu. Tak guna. Tak guna. Tapinya. Kalau betul-betullah tadi itu ada unsur-unsur match making, memang sumpah aku tukar kerja kat Kedah. Laju-laju. Terasing sikit daripada masyarakat tempatan. Barulah kera sumbang menyumbang.

Alerjik betul kalau orang nak jadi matchmaker. Aku boleh sabar tunggu 'dia yang sepatutnya' a.k.a jodoh. Takkan orang lain tak sabar kot. Tak kisahlah turun daripada bas ke. LRT ke. Daripada langit ke. Tapi daripada langit taknaklah. Itu geng ayahpin. Ah.. peduli. Tapi gua boleh sabar woi. Apa pasal orang lain tak sabar.

Haha.
Dah woi dah.
Ini menjemput emo ni.

Tapinya...

Tapi. Memang tak boleh blahlah sampai boleh fikir macam itu. Terlampau tak boleh dimaafkan langsung ini. Siap berderau darah kejap. Hah. Bengang betul dengan diri sendiri. Tak boleh diterima akal ini. Tak logik. Tak logik. Terlampau keji.

Demit_


Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, October 15, 2008


_Kau nak tahu contoh manusia ketinggalan zaman?

Hah.

Pagi tadi. Minyak tinggal 2 bar. Belum nyawa ikan lagi. Tapinya. Pasal malas gila nak tunggu dia blinking, aku pun pergilah isi. Saja. Nak bagi Nami sarapan pagi-pagi. Minyak Petronas memang lazat berbanding Shell. Alah. Minyak mana-mana pun sama saja. Kalau boleh isi minyak masak ke minyak sapi ke. Lagi lazat. Murah pun murah. Agaknyalah.

Dalam rm70, Nami bersarapan.

Mewah betul. Aku punya sarapan pun tak sampai rm3. Tahu tak Nami woi. Hah. Pagi tadi. Aku beli Pokka Pomegranate lagi. Teh Delima paling sedap dalam dunia. Dengan beli minyak sapi untuk Nami. Bersyukurlah Nami, gua sangat murah hati padamu. Lepas itu, apa lagi. Angkat. Tekan. Masuk. Picit.

Zreng...
Zrengggg...
Zengggggggg...

Bunyi Nami tengah teguk minyak.

Glukk..!

Nami sudah kenyang. Baru rm61.45. Woi! Biar betul. Aku dah bayar rm70 tadi. Apa pasal sikit sangat minumnya Nami. Kau 'minum tak kenyang, mandi tak basah, accident tak kemik' ke Nami? Macam manusia bercinta saja kau ini. Mengada. Dukalara aku macam ini. Aku tekan lagi. Saja paksa. Mana tahu dia saja buat perangai ke. Nak kata penuh tak nampak pula macam penuh perutnya. Tak melimpah ruah pula muntah minyaknya.

Glukk..!

RM63.08. Hesh.. boleh pergi lagi ini Nami. Come on man. Aku tekan lagi.

Glukk..!

RM64.85. Dah sendawa 3 kali ini Nami. Kena berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w. So, aku berhenti. Angkat. Lepas. Keluar. Tak picit. Pandang kanan. Tengok sikit berapa ringgit je dia sarapan.

Ehhhhhh...

Sejak bila harga minyak dah jadi rm2.30...????

Bukan rm2.50 ke. Hah. Inilah contoh manusia dah ketinggalan zaman. Entah berapa banyak zaman dia tertinggal pun tak tahu. DSAI dah jadi Perdana Menteri ke belum entahnya. Lamanya tak tahu berita dunia. Jangankan dunia, berita Kuala Lumpur pun tak habis khatam lagi. Ada hati nak tahu berita dunia.

Waw..~~
Macamana aku jadi manusia ini.

Kagum dengan diri sendiri. Aku rasalah kan. Nami lagi updated pasal berita dunia berbanding aku. Teruknya. Nasib baik budak stesen minyak itu bagi duit baki. Kalau tak, tak tahu nak cakap apa. Belagak lagi isi rm70. Tak pandang kiri kanan langsung sebelum isi.

Hah.

Apa lagi berita yang aku tak tahu_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, October 14, 2008


_Accident lagi.

Bukan akulah tapinya. Kereta sebelah aku. Hala jalan berlawanan. Depan Istana Budaya. Menghala ke Jalan Pekeliling. Jem macam ... macam-macamlah. Mamat itu naik Satria Neo. Oren hitam. Berderai bunyi kaca lampu depan dia pecah. Kemik. Bercium dengan Mercedes ke Honda entah. French Kiss terus. Aku tengok kereta depan dia rilek je lagi. Masih tegap. Kental. Sikit pun tak bercalar-balar. Masih kacak.

Gila mantap.

Tapinya. Satu je aku pelik. Jalan opposite aku itu mana ada ruang nak laju pun. Semua layan 5km/j. Yang tidur-tidur pun mungkin ada. Jem gila haram. Tau-tau je dah bercium. Ini mesti kes 'Pandu Sambil Menerawang'. Tengok awek tepi jalan ke apa ke. Tak pun kes 'Pandu Sambil Mata Pejam'. Tingkap pun turun habis. Mestilah ini. Tak lain tak bukan itu.

Selamba je suspek rambang.
Sori brader..~~

Nasib baik mamat itu ajak driver 'Kereta Depan yang Tak Kemik Masih Tegap Belaka' setel tepi di hujung jalan. Good manners. Sekurangnya, tak jadi penyumbang kerakusan trefik jem terlampau. Cumanya. Aku kadang-kadang pun ada sindrom 'Pandu Sambil Menerawang'. Tengok awek tepi jalan. Kadang-kadang siap boleh naik atas pembahagi jalan. Rakus betul dia punya penangan.

Bahaya rupanya jadi pejalan kaki wanita.

Memang antara penyumbang terbesar statistik kemalangan jalan raya. Tak percaya? Hah. Cuba sendiri baru tahu. Ngeri juga bila accident. Aku ini pun dah 2 kali kena French Kiss yang tak berapa nak French. Ehhhh.. bukan aku. Bukan.. bukan. Namilah. Maksud aku, Nami_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, October 09, 2008


_Jam 8 lebih-lebih malam semalam.

'All that grief in my teeth..'

Maximilian Hecker - Flower Four
Default Ringtone Nokia 5300.
Black and White.
Edisi Kacak.

1 missed call.

Kejadahnya main tembak-tembak. Mengundang panas di malam hari sungguh. Pandang dari corner kening sudah. Malas nak layan. Nak call... sila pakai pintu depan. Takat missed call macam itu, memang harapanlah aku nak tengok balik. Masuk spam sudah. Dahlah ofis tengah sunyi malam-malam. Mengundang seriyau sungguh. Belum habis office hour lagi woi. Awal lagi nak balik ini. Boleh layan missed call kering-kering macam itu pula.

Nak marah kang.. macam PMS lagaknya.
Buat dek saja.
Rilek-rilek sudah.

1 message received.
Dia hantar.

"Mat malm, aku mau tanya, apa nama prodak untk ibu-ibu yg kelihatan muda, walaupun uda ada anak harganya RM 49 aku dngar di radio. Sory mengganggu aku di tuaran sabah"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 08:52:47pm
2008 Oct 8

Pling..~~
Krekk.. krekk.. krekk.. (bunyi cengkerik)

Apakah semua ini..??

Molek je aku tengah layan siapkan tender, terus terberhenti. Apa kejadahnya ini. Terasa putus fius sekejap. Hamba Allah yang mana satu punya kerja ini. Dahlah tanya pasal produk ibu kelihatan muda. Lepas tu tanya pasal ibu ada anak. Aku ini, malam pertama pun belum sampai perjalanan lagi (hah sensored.. sori). Apatah lagi nak jadi ibu. Lepas tu harga rm49. Lepas itu dengar dalam radio pulak itu. Aku mana dengar radio. Televisyen pun gua tak layan woi. Internet saja dihatiku. Everything pun online saja.

Ahh.. ini semua godaan syaitan.
Buat dek saja.
Rilek-rilek sudah.

Sebab nak jaga akhlak bersopan-santun dengan mereka yang miskin akhlak. Aku balaslah cakap salah nombor. Itu saja. Terus sambung kerja. Dah nak masuk 9 malam. Tak jejak lantai rumah lagi. Gila. Gila. Gila. Kayuh jari laju-laju. Siapkan tender.

1 message received.
Dia balas.

"Aku dgr di radio suru hubungi itu nomor"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 08:56:37pm
2008 Oct 8

Hek elehhh mamat/minah ini. Main-main pun agak-agaklah. Dahlah tak ada ribut tak ada angin layan sms dari Sabah. Tanya pasal unsur-unsur jamu. Silap orang pula itu. Serkap jarang daripada radio katanya. Siapa jual nombor gua ini. Hah. Ini sudah mengundang anasir api neraka. Ini boleh mendatangkan marah ini. Nasib baik tak marah.

Sebab masih nak jaga akhlak bersopan-santun dengan mereka yang miskin akhlak. Aku balaslah cakap memang salah nombor ini. Itu saja. Terus dah tak sambung kerja.

1 message received.
Dia balas.

"Bego"
Sender: (no name)
+60143734236
Received: 09:00:07pm
2008 Oct 8

Ahakhkakas.

Mungkin dia maki seranah dalam bahasa Sabah agaknya. Alhamdulillah. Berat sikit sebelah kanan aku. Haha. Kiranya. Sebab aku baik hati. Aku nak berterima kasihlah dekat hamba Allah yang entah siapa-siapa entahnya itu. Sebab berjaya suruh aku balik menjejakkan kaki mencari lantai rumah. Macam manusia tak ada life je duduk ofis lama-lama.

Alaa...

Terasa macam ditimpa pembulian secara bertubi-tubi pula sepanjang minggu ini_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.