Email: harasxt_21@yahoo.com | YM: famiaxz

Satu Tambah Satu

Monday, July 13, 2009

4


_Tadi. Kita dan Dani bertemu.

Lama tiada bertanya khabar berita. Rindu sungguh dengan sahabat dunia akhirat itu. Ya. Rindu orang belakang kita dan jiran baru kita juga. Itu sahaja yang paling dekat dengan kita. Sampai terasa macam ada kakak besar dan adik tambahan pula. Sekarang jiran baru kita itu sudah jadi jiran kita. Hari-hari boleh datang rumah dia pinjam kicap.

Ok. Ok.

Kawan-kawan yang lain pun kita rindu juga. Semua pun saudara seIslam kita bukan. Rindu berjemaahlah mari. Gusar ada yang berkecil hati nanti. Janganlah kamu menggores hati dan kecilkan saiznya. Tiadalah kita berniat mahu mengkastakan manusia. Sesungguhnya, kita bukan keling. Err.. silap. Sesungguhnya, kita bukan orang India kelas paling bawah.

Tapi.
Jumpa Dani memang seronoklah hai!

Ha.

Ini cerita kita.
Sebelum jumpa Dani tadi.

Sesungguhnya.

Jodoh itu rahsia Allah.
Ya... ya. Betul.

Tiada perlu mahu tercari-cari bercouple bagai.
Ya... ya. Betul.

Mengundang zina hati nanti.
Ya... ya. Betul.

Bersabarlah dalam menanti jodoh.
Ya... ya. Betul.

Ha.

Ini cerita kita.
Selepas jumpa Dani tadi.

Sudah terasa mahu mencari pekebun ladang pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa diseru pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa mahu menumpang membina masjid pula.
Ya... ya. Betul.

Kena pergi tahajjud malam nanti ini.
Ya... ya. Betul.

Aiseh.

Sabarlah hati hai.

Tak.

Kita tak cakap perihal kahwin. Kita cakap perihal ladang. Perihal.. err.. fitrah manusia. Fitrah menjadi manusia lengkap. Fitrah mahu mencari pelengkap. Selepas bertemu pelengkap. Kalau Matematik, dia macam satu tambah satu jadi dua.

Kita + Kamu = Masjid = Ladang = Ternakan

Woi.. woi!

Astaghfirullahalazim.

Nafsu yang mana satu yang buat perangai ini, hah?

Nak kena ini_


Sambung baca...

Kategori:

Masa itu Masa

Sunday, July 12, 2009

9


_Sesungguhnya, masa itu emas.

Emas juga yang menjadi pilihan.

Emaskah yang paling mahal di dalam dunia ini?
Emaskah yang paling mahal?
Emaskah?

Eee.. masss.. kah? Kah? Kah?

Berterabur langsung tanda bacaan.

-_-"

Kita rasa, iman lagi mahal.

Ok, tukar!

Sesungguhnya, masa itu sebahagian daripada iman.

Dan sesungguhnya, kita sangat teruk dalam menguruskan masa. Buat janji pun memang janji Melayu. Setengah jam kemudian baru sampai. Astaghfirullahalazim. Sekarang ini baru bertatih nak uruskan masa dengan lebih semenggah. Sudahlah suka tangguh menangguh. Sungguh dalam kerugian.

Sila jangan tiru macam kita.

Hah.

Berjaga-jaga setiap masa.
Pencuri dan perompak iman itu ada di mana-mana sahaja.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati dengan keberanian dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kesabaran."
Surah Al-Asr (ayat 1 - 3)

Rumah kita ini.

Di tingkat bawah ada sebiji jam dinding. Yang mana agak boleh tahan luar biasa perangainya. Minggu lepas-lepas, jam dinding itu memang sentiasa laju 40 minit. Mak kita pun panjat dinding seperti Spiderman, lalu membetulkan jam dinding itu mengikut waktu yang sepatutnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam setengah jam dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Tanpa berputus asa. Mak kita panjat lagi dinding dan membetulkan jam dinding yang degil itu mengikut waktu yang sepatutnya. Agar tiadalah kami satu keluarga kelam kabut lagi dengan perjalanan masa yang terlebih laju setengah jam. Mahu berbuka puasa pun jadi keliru dibuatnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam lima belas minit pula dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Malaikat punya kerjakah?

Sejak itu. Tiadalah kami menukar lagi waktu pada jam dinding itu. Kalau dia mahu berlari laju, biarkan sahaja dia dengan kelajuannya.

Sebab.

Sesungguhnya manusia memang berada dalam kerugian.

Eh, tapi luar biasa betul jam itu.

Biarlah.

Eh, tak pelik ke dia selalu laju waemah berkali-kali betulkan?

Biarlah.

Eh, tapi....

Biarlah.

Eh, ....

Ish, budak ini. Sudah-sudahlah itu. Ingat ini misteri nusantara ke.

Eh, tapi pelik kan_

Sambung baca...

Kategori:

Bandar Manggis

Tuesday, July 07, 2009

20


_Manggis boleh ditanam di mana-mana sahaja.

Siapa kata tidak boleh.

Manggis ini kegilaan kita tahu. Setiap tahun terpaksa tunggu bulan Jun dan Julai. Barulah dia muncul. Kepingin betul. Zaman muda-muda dahulu kalau balik Johor, kita rajin memanjat pokok. Tetapi, sempat beberapa minit sahaja berdiri di atas dahan pokok manggis. Gayat betul nampak kerengga berlari-lari anak di sebelah kita. Tanah berpijak pun jauh betul dari mata.

Fuh....

Kali terakhir kita menjolok manggis sambil berdiri di atas dahan pokok manggis, kita dan kakak saudara dikejar geng tebuan. Pengganas betul geng tebuan ini. Kalau terjumpa dek FRU, sudah lama disiram air atau disembur gas pemedih mata. Akibatnya, lari bertempiaran kita dibuatnya di dusun atuk. Maklang kita pun sempat disengat di batang hidung.

Hasilnya, hidung maklang kita jadi dua.

Kasihanlah.

Manggis dan kita.
Ada juga angan-angannya.

"Mak. Nanti kita tanam pokok manggis eh?"

Mak pandang makngah kita sambil tergelak-gelak.

"Tengok dia ini Ngah. Dia ingat pokok manggis itu besar pokok cili agaknya. Ada ke nak ditanamnya depan rumah tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini."

Kita terkebil-kebil.

Sampai hati emak.

Tunggulah manggis.
Suatu hari nanti, terpacak juga kamu depan rumah kita.

Siapa kata tidak boleh_

Sambung baca...

Kategori:

Inai Berinai

Monday, July 06, 2009

15


_Soalan cepu emas.

Inai itu budaya siapa?

Cina?
India?
Melayu?

Err... Islam?

Tengahari tadi.

Bos kita yang bermata sepet menegur.

"Eh, Huzai. Wow, that is very nice! That is called inai, right?"
"Hehe. Yes."
"I heard that in Islam inai boleh kuatkan kuku, right?"
"Err.. yes."


Eh, sugoi!

Bangsa Cina pun tahu hikmah memakai inai. Dalam Islam pun ada dijelaskan hikmah berinai. Dan larangan menggunakan pewarna kuku selain inai. Entahlah semua wanita Melayu di Malaysia ini sedar atau tidak dengan hikmah inai dan larangan memakai perwarna kuku lain.

Jauhi Kuitex (macamana ejalah).

Kalau mahu ganas, inai warna hitam pun ada. Itu kalau mahu sangat nampak ganas. Ah, kita dahulu kala pun ada terniat mahu memakai. Mujur belum pernah. Ngeri ditempeleng ayah nanti. Silap-silap, emak pun tiada izinkan kita masuk ke rumah.

Hai....

Segan juga kita kadangkala dengan golongan bermata sepet dalam office ini. Ada yang tahu mengeja Jawi. Ada juga yang tahu perempuan Islam tidak berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Ada juga yang arif makanan itu dan ini tidak halal untuk orang Islam. Ada yang tahu tentang kewajipan setiap lelaki Muslimin ke masjid setiap Jumaat tengahari. Ada yang tahu perempuan Muslimat wajib memakai tudung.

Bangsa Cina pun arif dengan hal-hal macam itu.

Bangsa Melayu?

Malu tak_


Sambung baca...

Kategori:

Orang Tengah Yang Ditengah-tengah, Sila Ke Tengah

Monday, July 06, 2009

12


_Aisehmen.

Terasa nervous pula tiba-tiba.

Setahu kitalah.

Seumur hidup kita belum pernah lagi menjodohkan kawan-kawan. Diri sendiri pun tiada pandai mahu dijodohkan. Apatah lagi kawan-kawan. Ini kalau ada kawan-kawan mahu kenalkan lelaki pada kita pun kita dah angkat kaki seribu. Waemah kaki kita dua sahaja. Orang putih kata, freaked out.

Assalamualaikum.

Ingat tak nervous ke nak dikenal-kenalkan macam itu. Kita dah merasa hari itu. Sia-sia je kita err.. terpaksa tidak terima. KIV pun tidak. Tiada kesanggupan. Pintu hati pun tiada. Mahu dibukanya bagaimana. Walaupun jika maaf itu berguna nak polis buat apa lagi, tetapi maaf sahajalah kita pinta. Urusan jodoh ini, kita serah pada mak ayah kita sahaja. Sila lalu pintu hadapan ya.

Ingat tak nervous ke bab main hati ini?

Nervous, woi!

Tersilap langkah, jatuh zina hati kita dibuatnya nanti.

Cumanya.

Kita sekadar mahu menyampaikan pesanan. Barangkali kita tiada kelayakan mahu jadi orang tengah. Tetapi, kita cubalah bukan. Manalah tahu. Boleh juga menolong kawan. Langkah pertama mahu jadi orang tengah pun kita masih bertatih lagi. Siapa yang arif, harap boleh beri tunjuk ajar. Kalau ada galah boleh tolong jolokkan sekali. Maklumlah, sekarang musim buah-buahan di dusun kampung. Sedekahkan kita seplastik dua buah manggis. Kita kepingin.

Err....

Ada seorang kawan gadis kita ini. Sebaya kita. Tidak muda. Tidaklah tua juga. Mahu mencari pasangan. Sehidup semati. Membina ladang dan masjid. Menghasilkan tanaman yang subur. Dan....

Dah... dah.

Kena penampar sulung juga kita ini nanti.

Beginilah.

Siapa mahu mencari pasangan dan sudi dipasangkan dengan kawan kita?

Sila bagitahu sekarang_


Sambung baca...

Kategori:

Makan Choki Choki Bersama-sama, Ada Benarkah Bermekap Di Dalam LRT itu Perkara Biasa

Friday, July 03, 2009

14


_Perempuan dan alat solek.

Ibarat lelaki dan rokok.

Namun.

Perempuan kalau mahu digandingkan, 8 kajang kertas pun belum tentu cukup. Belum tentu habis satu malam dibentangkan kertas kerjanya.

Perempuan dan mulut pok pek pok pek.
Perempuan dan segala jenis tudung.
Perempuan dan hiasan rambut.
Perempuan dan tas tangan.
Perempuan dan alat solek.
Perempuan dan kasut.
Perempuan dan baju.
Perempuan dan....

Oh, perempuan!

Yalah.

Kita pun perempuan juga.

Oh, kita!

Sudah... sudah.

Tersasar alignment dibuatnya. Kena buat balancing ini. Kita mahu cerita lainlah. Ini semua satan punya angkara. Suka sangat terbuai-buai entah ke mana mencecehnya. Manalah tidak berpatah-patah perkataan ditulisnya. Suka sangat berlayar. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga.

Get carried away, orang putih kata.

Macam ini.

Hari-hari lepas.
Dalam LRT.

Biasalah.

Mata kita ini kadang degil juga mahu disuruh menunduk. Sekejap-sekejap mahu meliarkan mata. Lantas, terpandanglah kita akan benda-benda yang tiada molek. Manusia, beginilah perangainya. Bila mahu melemparkan kesalahannya kepada orang lain, alasannya pasti ada perkataan 'ter'. Sedikit pun tiada mahu mengakui itu silap sendiri.

Iya. Itu bukan salah kita. Itu satan, empunya angkara.

Hai, manusia.

Hah, di kala itu.

Ternampaklah kita seorang awek gadis yang sedang gila khusyuk mentenyeh segulung gincu ke bibir mulusnya. Penuh khusyuk lagaknya sambil memandang cermin compact powder jenama entahlah tetapi berwarna coklat cerahlah badan compact powder itu.

Sekejap-sekejap ditenyeh gincu.
Sekejap-sekejap ditenyeh eyeliner.
Sekejap-sekejap ditenyeh pemerah pipi.
Sekejap-sekejap ditenyeh pembayang mata.
Sekejap-sekejap ditenyeh tompok bedak di muka.

Kita tesengih.

Kita tengok yang duduk depan gadis itu kesemuanya jejaka. Berbagai bangsa. Yang seorangnya memandang ke lain. Terasa segan di hati mungkin. Yang lagi seorang memandang tepat sambil tersengih melihat lagak gadis itu.Yang seorang lagi terbuai diulit mimpi.

Kita tersengih lagi.

Khusyuk sungguh kita memandang gadis itu. Melaramnya bukan main. Semacam tiada manusia di sekeliling. Langsung tiada datang kesopanan, keseganan dan kesusilaan.

Selamba kering sahaja.

Yalah.

Kita pun tenyeh juga celak di mata.

Cumanya, tiadalah kita tenyeh di depan orang. Semacam segan pula menjalar andai berduyun mata yang meliar menjamah mata kita di kala sedang melaram di khalayak ramai.

Lepas itu.

Kita ada nampak lagi. Dalam LRT lagi. Kali kedua. Gadis yang berlainan. Khusyuk mentenyeh pelembab bibir pula. Tidak silap kita, Lip Ice Glossy. Lebih kurang begitulah yang dipakainya.

Tenyeh, tenyeh, dan tenyeh.

Selalunya kita nampak dalam cerita Mat Saleh di kaca tv sahaja. Bersolek di dalam kereta dan di dalam keretapi. Maka, tidaklah begitu rare kelihatannya. Kerana itu Mat Saleh. Yang memang kurang kesopanan, keseganan dan kesusilaan. Hidupnya memang selamba kering sahaja.

Cumanya.

Kalau Melayu yang buat begitu, kita terasa sedikit kelakar dan pelik pula.

Kita tahulah pelik itu normal.

Cuma maaflah. Kita memang jakun sedikit dengan benda-benda semacam itu. Barangkali, itu perkara biasa di mata rakyat Malaysia. Cuma kita pula yang terlebih terasa segan. Dan kelakar. Maaflah gadis-gadis. Tergelakkan kamu-kamu.

Entahlah perasaan kita sahaja, atau....

Bersolek di dalam LRT itu memang perkara basic dekat Malaysia ini_


Sambung baca...

Kategori:

Mimpi itu Mainan Tidur Atau Mimpi itu Tidur Dimain-mainkan

Thursday, July 02, 2009

5


_Orang kata, mimpi itu mainan tidur.

Ada benarnya itu.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
"Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Adakalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi itu ada tiga macam:

  1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

  2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

  3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.


Mimpi kita yang satu ini, entahkan mainan atau tidak.

Dalam mimpi itu....

Kita dan adik gadis kita terdengar satu lagu. Lembut terbuai-buai kita dibuatnya. Iramanya menenangkan. Kita terasa semacam di tepi pantai yang indah. Sambil berlari-lari anak. Bukanlah seperti bersa'i. Cuma, larian secara gerak perlahan ala-ala pasangan romantis berlari-lari gedik mengada tak ingat dunia di tepi pantai di dalam cerita Mat Saleh di kaca televisyen. Ah, pelakon Melayu pun ada juga.

Mungkin jika dimodenkan lagu tersebut, adalah sedikit bunyinya macam lagu 70an di bawah ini.

Di tepi pantai yang indah.. greng greng greng
Ku duduk seoranggg diri..
Suasanaaaa...

Hah.

Lagu yang dalam mimpi kita itu bukan digoreng gitar bunyinya. Cuma perasaan tenangnya semacam di tepi pantai itulah.

Kita tanya adik gadis, "Apa tajuk lagu ini?"
Adik gadis kita senyum simpul menjawab, "Damai bersamamu."

Kapoof!

Kita terus terjaga daripada tidur. Mata tercelik. Terus kita tanya pakcik Google tajuk 'Damai bersamamu' itu. Sangka kita tak terjumpa. Mimpi itu bukankah mainan tidur. Entah apa sahaja yang disampaikan satan dalam mimpi itu ke kita. Maka, tiadalah kita bersandar harapan dengan hasil carian pakcik Google.

Dan entah macamana, pakcik Google gigih pula mencari lagu itu sampai terjumpa.

Pling!

Nyanyian Haddad Alwi - Damai Bersamamu.

Masyaallah.

Memang iramanya sebiji macam dalam mimpi kita.
Tajuknya pun sebiji sama juga.
Dinyanyikan lelaki juga.

Terkejut kita.

KESIMPULANNYA:
Silalah bangun untuk bertahajud atau bertaubat menghadap Allah jika terbangun pada sepertiga malam. Jangan tiru macam kita. Boleh pula kita menghadap pakcik Google sebaik sahaja tercelik mata. Astaghfirullahazim. Segala yang tak semenggah itu memang milik kita.

-__-"

Hah.

Cuba lalukan lagu itu ke telinga.

Tengok damai tak damai bersamamu_


Sambung baca...

Kategori:

Setia Yang Boleh Tahan Menggila

Wednesday, July 01, 2009

15


_Betullah.

Ada sesetengah manusia, setianya hingga ke akhir hayat.

Kalau sudah suka sesuatu, sampai mati pun itu juga disukanya. Jarang bertamu kebosanannya. Jarang goyah dengan godaan lainnya. Walaupun kadangkala tidak logik. Namun, suka lebih mengatasi segalanya. Memang crazy.

Salah seorangnya, kita dan keluarga kita.

Kita ada peti kaca gambar bergerak.

Ada juga Astro. Ada berjuta Channel. 24 jam disiarkan segala gambar bergerak. Ada juga berita dunia. Ada juga Liga Inggeris secara langsung bergerak di dalam peti kaca kita. Ada juga telenova Sepanyol yang haram sebiji butir tiada kita faham. Ada juga drama Indonesia yang suka peragakan tudung pelbagai jenis.

Namun.

Hanya satu sahaja di hati kita dan keluarga kita.

Channel 303.

KBSW Korea.

Beritanya korea. Drama bersirinya korea. Iklannya korea. Maklumat kajian cuacanya juga korea. Laporan bola sepaknya korea. Rancangan masakannya korea. Akademi hiburan Fanta Kokakola dan lawak jenakanya juga korea.

Kesemuanya korea.

Kami tetap setia menonton.

Walaupun TANPA subtitle.
Tanpa ya... tanpa.
Tanpa subtitle.

Memang crazy.

Dan setiap malam.

Demi menunggu siaran drama yang bermula jam 9. Pasti kami sudah tertebeng depan itu. Dan sanggup pula dilayan berita korea yang entah langsung tiada faham biji butir yang disampaikannya. Semata-mata kerana setia.

Kalau nampak kilang terbakar,
"Ooo, ini berita kebakaran."

Kalau nampak majlis kahwin artis korea,
"Ooo, ini si polan yang kahwin."

Kadangkala ayah kita berborak dengan mak secara serius.
"Haritu siapa mati? Mak dia tahu tak dia itu bukan anak kandung?"

Waemah tengah bincang pasal drama Korea.

Eh, jangan gelak!
Itu salah satu teknik mempelajari bahasa korea ok.

Cuma kebelakangan ini....

Bukan saja peti kaca gambar bergerak yang menjadi tumpuan kami. Internet pun sama. Sekarang sudah banyak bersepah online drama yang dipasang secara streaming. Youtube pun ada juga. Memang crazy.

Mysoju.com

Suatu petang kita menjenguk mak depan laptop.

"Mak tengah buat apa itu?"
"Diam-diamlah orang tengah tengok ini."
"Ehhhh.. mak pun dah pandai tengok mysoju!"


Mak jeling kita.

Tengok.

Mak kita pun IT savy tahu.

Memang crazy kan_

Sambung baca...

Kategori:

Recent Comments

Mereka